PEGANGAN KERAJAAN YANG BERSIFAT LOMBONG EMAS ELOK DIJUAL
Dalam ilmu pengurusan moden, disarankan "cash cow" harus disimpan tetapi jual syarikat atau pegangan yang merugikan atau kurang strategik. Itulah konsep BCG matrix dalam bidang pengurusan. Sekarang Kerajaan BN/UMNO harus melihat apa lagi hak milik rakyat yang ditadbirurus oleh BN/UMNO yang mesti dijual atau diswastakan sepenuhnya. Cadangan: Jabatan Tanah dan Galian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , hospital, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Kastam dan Eksais, Jabatan Imigresyen, Petronas dan semua anak syarikat dan sebagainya. Kini yang nampak telah berjaya diswastakan sepenuhnya dan lumayan pula pendapatannya ialah lebuhraya, Tenaga, POS, Air dan Puspakom. Pengurusan syarikat sebegini tak perlu MBA dari Harvard Universiti.
Dulu Sime Darby rugi bila buka bank. Subang Jaya Medical Center yang dimiliki oleh Sime Darby sudah ada unit Kardiologi dan Kardiotorasik. Pesaingnya ialah IJN. Untuk atasi persaingan, mudah saja: take over competitor. Maka beli IJN. Period.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment