Pray For MH370

Pray For MH370

TIMBALAN NAIB CANSELOR UNISEL DILANTIK

Satu mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang menguruskan Unisel, Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYS) pada 9 Disember lalu telah memutuskan untuk melantik tiga orang Timbalan Naib Canselor UNISEL yang baru. Perlantikan Naib Canselor hanya akan diumumkan pada awal tahun 2009. Profesor Dr Khalifah Othman yang akan menamatkan tugas sebagai pemangku Naib Canselor Unisel pada 15 Disember ini pula akan dilantik sebagai Dekan Sekolah Pasca Ijazah Pengurusan.


Unisel lantik 3 Timbalan Naib Canselor baru


Muhammad Arif Ismail/ Harakahdaily




Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat telah bertindak merombak pengurusan Universiti Industri Selangor (Unisel) dengan melantik Timbalan-Timbalan Naib Canselor yang baru.

Perkara ini telah diberitahu oleh Menteri Besar, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media selepas mengadakan satu mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, semalam.

Turut hadir dalam sidang media yang diadakan di aras 20, bangunan Sultan Abdul Samad ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong.

"Perkara ini diputuskan selepas satu mesyuarat dengan Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang menguruskan Unisel, Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYS) pada 9 Disember lalu.

Kerajaan negeri memutuskan untuk melantik empat Timbalan Naib Canselor baru iaitu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik, Profesor Dr Anuar Ahmad. Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pembangunan, Profesor Dr Ir Muhammad Daud dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Zainal Abidin Kidam," katanya.

Manakala Profesor Dr Khalifah Othman yang akan menamatkan tugas sebagai pemangku Naib Canselor Unisel pada 15 Disember ini pula akan dilantik menjadi sebagai Dekan Sekolah Pasca Ijazah Pengurusan.

Beliau menegaskan, perlantikan mereka dibuat setelah mengambil kira kelayakan dan pengalaman akademik, pengurusan dan pentadbiran, gaya kepimpinan, keperibadian dan profesionalism serta pengiktirafan tempatan dan antarabangsa.

"Mereka akan memulakan tugas secara rasmi pada 16 Disember ini dan diberi kontrak selama tiga tahun," tegas beliau lagi.

Dalam sidang media itu juga Menteri Besar Selangor itu ditanya oleh pemberita, adakah Kerajaan Negeri sudah ada calon untuk menjawat jawatan sebagai Naib Canselor Unisel.

"Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah juga telah mengenal pasti calon yang berkelayakan untuk memegang jawatan Naib Canselor Unisel.

"Pengumuman rasmi perlantikan akan dibuat dalam tahun depan," kata Abdul Khalid.

Comments :

3 comments to “TIMBALAN NAIB CANSELOR UNISEL DILANTIK”
Anonymous said...
on 

Tahniah pada TNC2 baru yang dilantik. Kami warga unisel sudah lama menunggu berita baik ini. Namun boleh kah mereka2 ini membetulkan segala permasalahan yang telah ditimbulkan oleh Hajah Rokma dan Prof Kalifah yang tidak telus dalam membuat keputusan. Kami memerhatikan anda.. samada anda membawa sinar harapan baru.. atau sekadar meneruskan agenda ROKMA yang BUSUK!!

Anonymous said...
on 

Bila pula UNISEL nak dapat PENDAFTAR baru ye?

Anonymous said...
on 

Apakah 3 tnc ini berani dan mampu membuat banyak major overhaul utk baiki kerosakan dahsyat yg dibuat oleh ROKMA & PROF KALIFAH OTHMAN dulu?

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com