Pray For MH370

Pray For MH370

DOKUMEN PERJANJIAN KONSESI LEBUH RAYA TIDAK LAGI DI BAWAH OSA

Sesiapa yang ingin menyemak perjanjian konsesi lebuh raya perlu datang ke Perpustakaan Kementerian Kerja Raya, di tingkat enam, Blok B, Bangunan Kementerian Kerja Raya di Jalan Sultan Salahuddin. Mereka perlu mengisi borang sebelum dibenarkan membuat semakan.
Masa yang diperuntukkan untuk satu semakan adalah tidak melebihi dua jam. Sebanyak 22 syarikat konsesi lebuh raya telah membekalkan dokumen perjanjian kecuali Maju Expressway yang mengendalikan Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya. Tidak dinyatakan sama ada boleh mengambil gambar atau membuat salinan pendua dokumen berkenaan.


Perjanjian konsesi lebuh raya kini boleh disemak



Utusan online
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Mulai hari ini orang ramai boleh menyemak perjanjian konsesi lebuh raya antara kerajaan dengan syarikat-syarikat terbabit selari dengan keputusan Kabinet untuk mendedahkan perjanjian tersebut pada 17 Oktober lalu.

Semua dokumen perjanjian tersebut membabit 22 syarikat pemegang konsesi boleh disemak di Perpustakaan Kementerian Kerja Raya di sini.

Sejajar dengan persetujuan 22 syarikat konsesi lebuh raya seluruh negara, orang ramai kini boleh menyemak mana-mana Perjanjian Konsesi Lebuhraya di perpustakaan tersebut.

Ketua Pengarah, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Mohamad Razali Othman berkata, keputusan untuk mendedahkan dokumen perjanjian itu kepada umum dibuat dengan persetujuan syarikat terbabit.

"Kabinet bersetuju supaya perjanjian konsesi lebuh raya yang sedang beroperasi dikelaskan semula selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas mendapat persetujuan daripada syarikat konsesi sejajar dengan peruntukan klausa kerahsiaan yang termaktub dalam perjanjian terbabit,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, hanya Maju Expressway yang mengendalikan Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya belum mendedahkan perjanjian tersebut.

Kerajaan memutuskan untuk mendedahkan kepada umum perjanjian tersebut berikutan banyak pihak mendakwa perjanjian itu berat sebelah yang lebih menguntungkan pemegang konsesi tol.

Dengan mendedahkan dokumen itu, orang ramai akan dapat meneliti semua aspek perjanjian dan operasi syarikat konsesi lebuh raya termasuk aliran kewangan mereka.

Orang ramai yang ingin menyemak perjanjian itu perlu datang ke Perpustakaan Kementerian Kerja Raya, di tingkat enam, Blok B, Bangunan Kementerian Kerja Raya di Jalan Sultan Salahuddin. Mereka perlu mengisi borang sebelum dibenarkan membuat semakan.

''Masa yang diperuntukkan untuk satu semakan adalah tidak melebihi dua jam. Ini untuk memberi peluang kepada orang lain menyemak perjanjian tersebut selain mengurangkan masa menunggu,'' katanya.

Comments :

0 comments to “DOKUMEN PERJANJIAN KONSESI LEBUH RAYA TIDAK LAGI DI BAWAH OSA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com