Pray For MH370

Pray For MH370

PERMAINAN SYAITAN ON- LINE

Jika dilihat daripada alamat pertubuhan yang membangunkan serta menyediakan permainan terbabit, mereka beroperasi di negara ini, malah dipercayai berdaftar dengan MSC. Di mana pihak berwajib? Di mana anda sebagai Muslim serta Pengundi berdaftar yang mampu merubah keadaan yang ada sekarang?



Cemuh agama
Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim dan Mohd Azam Shah Yaacob
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Cukup hina bagi umat Islam apabila pemain permainan komputer boleh menghidupkan karekter berasaskan manusia, tetapi menamakannya sebagai Allah, malah lebih meluapkan perasaan marah apabila watak terbabit hanya berseluar dalam.

Mungkin kerana cetek pengetahuan agama menyebabkan segelintir remaja yang gemar melayari permainan komputer secara terus di Internet menjadikannya medan untuk mencaci serta menghina agama.

Mereka sepatutnya menguji kecekapan atau minda, bukannya memburuk-burukkan agama melalui permainan dalam talian berkenaan.

Berdasarkan pendedahan seorang ‘kaki’ permainan komputer, siasatan Harian Metro mendapati wujudnya pemain yang sengaja mempersendakan agama berikutan tiada tapisan mengenai sensitiviti agama atau kaum.


Pemain terbabit yang dikenali sebagai Hazdi berkata, hampir semua permainan di Internet yang pernah dicubanya tidak mempunyai tapisan membabitkan agama atau kaum.

Ini menyebabkan kebanyakan pemain yang didakwanya berusia belasan tahun itu sewenang-wenangnya mencerca dan menghina agama.

“Saya tidak faham dengan pembangun perisian ini. Jika dilihat daripada alamat pertubuhan yang menyediakan permainan terbabit, mereka beroperasi di negara ini, malah dipercayai berdaftar dengan MSC.

Bagaimanapun, mereka langsung tidak peka terhadap sensitiviti agama.

Dia yang sering berkunjung di kafe siber untuk bermain permainan komputer berkata, pembuat perisian sepatutnya membuat tapisan terhadap nama watak sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris bagi menjaga sensitiviti agama di negara berbilang kaum ini.

“Janganlah benarkan pemain sesuka hati menamakan watak yang dihidupkan bagi mengelak tindak balas daripada pihak tertentu,” katanya.

Kata Hazdi, ada permainan membabitkan beberapa pemain yang melayari permainan berkenaan di tempat lain.

Ketika berbual, pemain sengaja memaki-hamun kaum tertentu dan bercakap perkara lucah.

Dia seterusnya mengesan sesetengah pemain senior secara terus di Internet itu suka menjerat pemain baru untuk mendapatkan wang atau kad tambah nilai.

Situasi itu boleh dilihat apabila pemain senior itu menawarkan barangan yang boleh ditukar dengan kad tambah nilai atau wang.

“Kebanyakan pemain senior itu pelajar sekolah. Jadi mereka sememangnya tidak mempunyai sumber kewangan tetap untuk berkunjung di kafe siber. Disebabkan itu, mereka berani menipu pemain baru dengan menawarkan barangan yang boleh ditukar dengan kad tambah nilai atau wang yang dibayar menerusi akaun bank.

“Penipuan itu pernah terjadi kepada beberapa rakan saya ketika mula-mula mencuba permainan. Apabila mereka menyerahkan nombor pin kad tambah nilai yang diminta untuk ditukarkan dengan barangan dipersetujui, pemain senior itu tiba-tiba memutuskan talian.

“Ini menyebabkan rakan saya itu kerugian ratusan ringgit. Mengikut dakwaan mengatakan ada mangsa kerugian ribuan ringgit,” katanya.

Comments :

0 comments to “PERMAINAN SYAITAN ON- LINE”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com