Pray For MH370

Pray For MH370

ANTARA ISU, PRINSIP PERJUANGAN DAN LATAR BELAKANG CALON

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Jan sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 17 Jan. 2009 bagi pilihanraya kecil P036.

Calon BN, Wan Ahmad Farid dilaporkan berkata setelah menyedari strategi menyerang peribadi beliau sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya sebelum ini tidak menjadi, pembangkang telah menukar perancangan untuk memainkan isu-isu nasional.

Parti pembangkang tidak mempunyai isu nasional yang kukuh untuk dimainkan dalam pilihan raya kecil nanti. Kenaikan harga minyak sudah tidak menjadi isu kerana kerajaan telah berkali-kali menurunkan harga minyak menurut beliau.
Isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sememangnya rakyat telah menyedari pentingnya akta tersebut untuk mencegah kekacauan di negara ini kata Farid.

Wan Ahmad Farid Serah Surat Letak Jawatan

KUALA TERENGGANU, 4 Jan (Bernama)-- Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan anggota Dewan Negara dua hari lepas.

Beliau berkata peletakan jawatan itu berkuatkuasa esok, sehari sebelum hari penamaan calon.

Surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh melalui setiausaha sulit kanannya Zulkifli Abidin, katanya keada pemberita selepas majlis penyerahan komputer kepada Komuniti Bestari di Sekolah Rendah Wakaf Mempelam di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Jan sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 17 Jan.

Sebelum itu, ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama MCA di Kampung Cina, Wan Ahmad Farid berkata parti pembangkang tidak mempunyai isu nasional yang kukuh untuk dimainkan dalam pilihan raya kecil nanti.

Katanya setelah menyedari strategi menyerang peribadi beliau sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya sebelum ini tidak menjadi, pembangkang telah menukar perancangan untuk memainkan isu-isu nasional.

"Sebenarnya tidak ada isu nasional yang boleh menjejaskan pilihan pengundi dalam pilihan raya nanti. Kenaikan harga minyak sudah tidak menjadi isu kerana kerajaan telah berkali-kali menurunkan harga minyak.

"Malah jika tanya kepada rakyat sekalipun, mereka telah tidak ingat berapa kali kerajaan telah menurunkan harga minyak pada tahun lepas," katanya.

Begitu juga dengan isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sememangnya rakyat telah menyedari pentingnya akta tersebut untuk mencegah kekacauan di negara ini, katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah memandang ringan tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat malah sentiasa cuba memperbaiki keadaan dari semasa ke semasa dan bukannya menyembunyikan masalah itu.




BIODATA CALON PAS P036

Nama penuh : Haji Mohd Abdul Wahid bin Hj. Endut

Umur : 51 tahun

Tarikh lahir : 29 hb September 1957

Tempat kelahiran : Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu

Tempat tinggal : Kampong Seberang Baruh Kiri,

sekarang Jalan Kelantan, Kuala Terengganu

Keluarga :

Isteri : Wan Fatimah binti Wan Abdullah

Pekerjaan Isteri : Guru (P.K. HEM)

Anak : 9 orang – 2 lelaki dan 7 perempuan

Taraf Pendidikan

1. Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu

2. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu

3. Universiti Pertanian Malaysia ( UPM ) Serdang.

Pengalaman kerja

1. Pegawai Tadbir UPM

2. Peniaga

3. Exco Kerajaan Negeri Terengganu 1999 – 2004

4. ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990 – hingga sekarang

Jawatan Dalam Parti

1. Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu

2. Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Terengganu <>span>

Comments :

0 comments to “ANTARA ISU, PRINSIP PERJUANGAN DAN LATAR BELAKANG CALON”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com