Pray For MH370

Pray For MH370

PPIM KINI JADI JUARA

PPIM berdiam diri dalam isu kenaikan harga barang, sorok barang terkawal seperti tepung serta gula, monopoli pengusaha bukan Islam dalam permit import barangan makanan utama umat Islam seperti gula serta tepung dan barangan bagi tujuan ibadah seperti kain putih untuk mengkafan mayat.




PPIM Akan Failkan Saman Terhadap Penganjur Dan Dalang Demonstrasi ISA

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan memfailkan saman pemula untuk menuntut ganti rugi kepada pihak yang bertanggungjawab menganjurkan demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sekitar ibu negara 1 Ogos lepas, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Maamor Osman.

Beliau berkata saman itu akan difailkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi sebaik proses pengumpulan bukti untuk mendakwa penganjur dan dalang yang mencetuskan huru-hara itu selesai.

"Kami akan menuntut ganti rugi daripada penganjur tersebut tapi jumlahnya akan ditentukan kemudian berasaskan kepada bukti yang kita akan kumpul daripada orang ramai, jadi kepada semua pihak yang terlibat merasakan kerugian tersebut sama ada secara material ataupun psikologi boleh berhubung dengan sekretariat PPIM," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Katanya, PPIM akan melantik peguam yang berwibawa bagi menyelesaikan kes tuntutan itu nanti yang dijangka akan melibatkan tuntutan daripada pihak persatuan, peniaga dan individu.

Menurutnya PPIM juga menimbang untuk menuntut ganti rugi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana gagal menghalang demonstrasi itu sepenuhnya.

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) Datuk Annuar Zaini berkata kerugian yang ditanggung negara akibat demonstrasi itu tidak ternilai kerana ia telah menjejaskan imej negara di mata dunia.

"Kita akan teliti indeks pelaburan langsung luar negara (FDI) dalam masa tiga bulan ini, kalau jatuh, Pewaris akan ambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab, bukan dalam jutaan ringgit boleh jadi berbilion ringgit kerana ia akan menyebabkan dana negara kita akan berkurangan," katanya.

Sabtu lepas, 10,000 orang menyertai demonstrasi jalanan anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) di beberapa lokasi sehingga menyebabkan kesesakan teruk di sekitar ibu negara manakala beberapa premis perniagaan terpaksa ditutup.

-- BERNAMA

Comments :

0 comments to “PPIM KINI JADI JUARA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com