Pray For MH370

Pray For MH370

PESAKIT BERISIKO TINGGI SAJA PERLU JALANI UJIAN

HANYA ibu mengandung, pesakit obesiti, asma, diabetes, mempunyai imuniti rendah dan sakit jantung PERLU MENJALANI UJIAN Influneza A H1N1. Pesakit yang mempunyai simptom seperti influenza (HLI = Influenza like Illness) bukan dari kategori di atas hanya perlu berehat/mengambil cuti sakit sahaja serta tidak perlu bergegas ke Hospital Kerajaan, menurut KP KKM.

Untuk maklumat pengunjung, kos minima untuk satu ujian swab tekak ialah RM200/= tidak termasuk ujian darah atau kahak atau hingus.

‘Usah panik serbu hospital’

PUTRAJAYA: Orang ramai tidak perlu bersesak di hospital semata-mata untuk menjalani ujian Influenza A (H1N1) kerana hanya mereka yang tergolong dalam kategori berisiko tinggi saja yang akan diberi keutamaan.
Mereka adalah ibu mengandung, obesiti, asma, diabetes, mempunyai imuniti rendah dan sakit jantung.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata beliau mendapat maklumat orang ramai panik dan membanjiri hospital untuk menjalani ujian, walaupun hanya mempunyai simptom ‘influenza like illness’ (ILI) yang ringan.

“Mereka yang mempunyai simptom ILI ringan dinasihatkan berehat di rumah dan mematuhi nasihat kesihatan kerana 98 peratus daripada mereka akan sembuh dalam tempoh dua hingga tiga hari.

“IMR (Institut Penyelidikan Perubatan) menerima sehingga 500 sampel ujian H1N1 setiap hari, tetapi 80 hingga 90 peratus keputusan adalah negatif.

“Ia menyebabkan IMR terpaksa menanggung beban kerja, sekali gus membazirkan masa, tenaga dan wang.

“Justeru, kita meminta kerjasama daripada semua pihak supaya hanya menghantar kes yang disyaki H1N1 untuk ujian pengesanan,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Datuk Dr Hassan Abd Rahman.

Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata, semua hospital kerajaan dan 22 hospital sudah dibekalkan ubat antiviral manakala semua klinik kesihatan yang mempunyai pegawai perubatan akan dibekalkan bermula hari ini.

Katanya, klinik swasta boleh membeli antiviral daripada syarikat farmasi berkaitan kerana syarikat terbabit sudah memberi jaminan mempunyai stok mencukupi.

myMETRO

Comments :

1
Anonymous said...
on 

err... kenapa nak berkira dalam soal keselamatan dah kesejahteraan rakyat???

kalau kata orang yang kena seseme babi ni, tapi tak tahu yang dia kena... kan ke tak pasal-pasal dia akan sebarkan virus ni kepada orang lain...

sudah nya lagi ramai yang kena... dalam yang ramai tu... tentunya ada yang berisiko tinggi...

dah jadi satu hal pulak...

suruh la menteri-menteri bayar sendiri perbelanjaan harian mereka untuk lima bulan nih... buleh kot tanggung kos ni semua... kalau tak cukup... potong je gaji menteri kesihatan dan timbalan selama setahun nih...

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com