Pray For MH370

Pray For MH370

9 ADUN BERLAKON, HISHAMUDDIN GAGAL ATASI, MUHYIDDIN CUBA NASIB

Bernama melaporkan bahawa bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh dan bekas setiausaha badan perhubungan Umno Terengganu- (yang juga anggota Dewan Dewan Undangan Negeri Ajil) - Datuk Rosol Wahid dan sebahagian besar wakil rakyat BN, tidak kelihatan pada perjumpaan denganTan Sri Muhyiddin di pejabat Umno Bahagian Hulu Terengganu semalam.

Muhyiddin percaya bahawa tiada wakil rakyat BN Terengganu yang akan bertindak untuk keluar daripada UMNO.

Menurut Ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, desas-desus itu disebarkan demi kepentingan peribadi anggota-anggota dewan tersebut yang setia kepada menteri besar terdahulu Datuk Seri Idris Jusoh. Cerita selanjutnya di SINI...

Muhyiddin Tawar Diri Jadi Orang Tengah Di Terengganu

HULU TERENGGANU, 3 Sept (Bernama) -- Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Khamis menawarkan diri menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut politik di Terengganu yang sudah berlarutan sejak selepas pilihan raya umum ke-12 lepas.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau sedia bersemuka dengan pemimpin-pemimpin Umno yang terlibat kerana berpendapat kemelut itu lebih kepada masalah peribadi.

Katanya sejak beberapa bulan lepas, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan timbalannya, Datuk Ahmad Said yang juga Menteri Besar, telah melakukan pelbagai inisiatif bagi memperbaiki keadaan tersebut.

"Saya lihat sudah ada penambahbaikan situasi sekarang berbanding dahulu. Namun begitu, saya nyatakan kesediaan saya untuk membantu mana yang difikirkan perlu kalau ada perkara-perkara tertentu yang perlu dibereskan.

"Sama ada melibatkan isu politik atau kerajaan dengan kerjasama Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Besar...lepas hari raya atau bila masa yang sesuai," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin empat peringkat Umno Terengganu di pejabat Umno Bahagian Hulu Terengganu di sini.

Sambil mengakui memang wujud krisis dalaman parti itu di Terengganu, Muhyiddin berkata masalah itu perlu diselesaikan segera supaya ia tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata sebagai sebuah negeri yang disifatkan sebagai "kubu kuat" Umno selepas pilihan raya umum lepas, hubungan dan kerjasama antara pemimpin parti perlu diperkukuhkan kembali di Terengganu.

"Saya tidak melihat ia satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Semua isu yang berbangkit, (melibatkan) hubungan antara kita..bukan ada orang luar nak kacau dan sebagainya.

"Saya melihat Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu kukuh dan bersatu padu...Terengganu merupakan negeri yang penting kepada kita dan mahu kedudukan ini terus kekal. Sebab itu kedudukan politik dan parti amat mustahak diberikan perhatian," katanya.

Dalam pada itu, beliau percaya tiada wakil rakyat BN Terengganu yang akan bertindak untuk keluar daripada parti itu kerana mereka merupakan pemimpin yang masih cintakan dan mempunyai semangat yang kuat untuk memperkukuhkan parti.

"Setakat ini, saya tidak dengar (ada pemimpin Umno hendak lompat parti). Saya tidak fikir mereka akan ambil langkah yang boleh merugikan parti," katanya.

Muhyiddin percaya kemelut dalaman itu tidak akan mengancam parti kerana pemimpin-pemimpin yang terlibat hanya menimbulkan rasa tidak puas hati mereka terhadap beberapa perkara melibatkan Umno di negeri ini.

Namun begitu, beliau berkata kunjungan dan perjumpaannya dengan pemimpin Umno Terengganu adalah kritikal bagi memastikan hubungan dan kerjasama antara mereka terus mantap bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kemelut politik Terengganu timbul selepas Ahmad dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu bagi menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh selepas pilihan raya umum ke-12 lepas.

Berikutan itu, beberapa isu timbul di kalangan pemimpin Umno Terengganu antaranya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu April lepas, 10 wakil rakyat BN tidak menghadiri mesyuarat tersebut sebagai "memboikot" kepimpinan Ahmad sebagai Menteri Besar.

Hishammuddin dan Ahmad turut hadir pada perjumpaan itu.

Bagaimanapun bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh dan bekas setiausaha badan perhubungan Umno Terengganu yang juga anggota Dewan Dewan Undangan Negeri Ajil Datuk Rosol Wahid dan sebahagian besar wakil rakyat BN tidak kelihatan pada perjumpaan di pejabat Umno Bahagian Hulu Terengganu itu.

Sementara itu, berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada wakil rumah orang tua/anak yatim di Masjid Sultan Mahmud di sini, Muhyiddin berkata kerjasama erat dari segenap lapisan masyarakat terhadap pimpinan kerajaan dan parti amat penting bagi memastikan kemajuan serta pembangunan yang dikecapi oleh negeri ini, dapat diteruskan.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan pusat amat berharap kejayaan yang capai oleh Terengganu selama ini dapat dikekal, diperkukuh serta diperkuatkan.

"Pihak pimpinan pusat melihat betapa kemajuan di Terengganu dapat ditingkatkan dengan menjadikannya sebagai salah satu komponen penting dalam pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan sebab itu peranan Terengganu dalam memainkan sumbangan pembangunan sosial ekonomi tidak boleh diabaikan.

"Sehubungan itu, kita minta semua pihak supaya tingkatkan hubungan dan semangat perpaduan sesama kita yang telah terjalin selama ini mesti diperkukuhkan," katanya.

Majlis itu dihadiri kira-kira 3,000 pelbagai lapisan masyarakat serta pimpinan Umno negeri termasuk Hishammuddin dan Ahmad.

-- BERNAMA

Comments :

0 comments to “9 ADUN BERLAKON, HISHAMUDDIN GAGAL ATASI, MUHYIDDIN CUBA NASIB”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com