Menurut PDRM, siasatan masih berjalan. Peserta DAPAT berjumpa dengan Menteri. Alasan Menteri: "Untuk memberi keadilan". Cukup kuat punya kabel.
Peserta demo kepala lembu jumpa menteri esok
Penduduk Seksyen 23 Shah Alam - yang menyertai demonstrasi dan perarakan kepala lembu kerana membantah pemindahan kuil Hindu ke situ - akan menemui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein esok bagi menyuarakan masalah yang mereka hadapi berhubung isu tersebut.
Bercakap kepada pemberita di Putrajaya hari ini, Hishammuddin berkata, penduduk di situ yang membuat temujanji dengannya, terdiri daripada penyokong 'berlainan ideologi politik' walaupun ada spekulasi yang mendakwa mereka semuanya dari Umno.
Hishammuddin juga berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap mereka yang menyertai protes tersebut, berdasarkan kepada 52 laporan polis yang dibuat setakat ini.
Menurutnya, siasatan tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum sebarang tangkapan dibuat.
"Tetapi kita tidak akan menyembunyikan apa-apa daripada rakyat... Kita akan ambil tindakan terhadap mereka (yang membangkitkan isu senstif) tetapi pada masa yang sama, kita perlu bersikap adil kepada mereka yang berkaitan (penduduk)," katanya.
Rahmah Ghazali/Malaysiakini
Cerita Berkaitan:
1) Siapakah Penaja serta Pemberi Restu Perarakan Bawa Kepala Lembu
2) Umat Islam Dilarang Mempersenda Agama lain
PESERTA PERARAKAN KEPALA LEMBU JUMPA MENTERI DALAM NEGERI HARI INI
Labels:
KUIL,
Penduduk Sek 23 Shah Alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment