Pray For MH370

Pray For MH370

GURU JADI PENGINTIP PERSENDIRIAN AMBIL GAMBAR PELAJAR PONTENG

Bagi menangani masalah pelajar ponteng di sebuah sekolah di bandar raya Johor Bahru yang pernah mencecah kira-kira 100 orang setiap hari dari bilangan pelajar kira-kira 2,000 orang di sekolah berkenaan, ada guru yang sanggup berkorban menjadi "paparazi" atau lebih tepat lagi sebagai "Pengintip Persendirian".

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah berkenaan, Abdullah Abdul Rahman berkata:

“Pelajar yang ponteng bukan saja berfoya-foya, malah ada yang melepak di kediaman rakan sehingga tamat waktu persekolahan dengan bermain terup, merokok, melakukan vandalisme dan paling mengejutkan ialah menonton filem lucah beramai-ramai,”

Abdullah berkata, semua gambar dan rakaman itu akan dipertontonkan kepada ibu bapa terutama bagi mereka yang tidak mengakui kesalahan anak masing-masing atau tidak menyedari perbuatan anak-anak terbabit dengan gejala ponteng sekolah.

Ketua pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom,pula dilaporkan Bernama sebagai berkata kes disiplin di kalangan pelajar sekolah tidak membimbangkan(0.22 peratus).
Beliau juga berkata jumlah pelajar yang terbabit dengan kes disiplin dari Januari hingga Jun tahun ini ialah kira-kira 1.26 peratus, iaitu penurunan 0.01 peratus berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun lepas, 1.27 peratus.

Antara kes disiplin yang sering dilakukan dalam tempoh itu ialah kurang sopan (0.24 peratus), berunsur kelucahan (0.03 peratus), kekemasan diri (0.22 peratus) and ponteng sekolah (0.22 peratus).

Cikgu paparazi


oleh Mary Victoria Dass/MYMETRO
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Misi sekumpulan guru yang terpaksa menjadi ‘paparazi’ selama hampir dua bulan bagi menangani masalah pelajar ponteng di sebuah sekolah di bandar raya ini berjaya merakamkan kira-kira 50 gambar dan video pelajar terbabit melakukan pelbagai kegiatan tidak berfaedah dan bermoral termasuk menonton filem lucah beramai-ramai.

Semuanya akan dijadikan bahan bukti untuk didedahkan pada ibu bapa, sekali gus membuka mata mereka berhubung sikap sebenar anak masing-masing di sekolah berbanding ketika di rumah.

Pengurusan Sekolah Menengah Tun Syed Nasir di sini, terpaksa mengambil pendekatan berbeza daripada kebiasaan itu bagi membendung gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah berkenaan yang meruncing terutama pada beberapa hari terakhir sebelum tamat penggal persekolahan 2009, Jumaat lalu.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Abdullah Abdul Rahman, berkata langkah itu terpaksa diambil memandangkan timbul keresahan di pihak sekolah dan ibu bapa berikutan bilangan pelajar sekolah berkenaan ponteng pernah mencecah kira-kira 100 orang setiap hari.

Katanya, bilangan pelajar di sekolah berkenaan kira-kira 2,000 orang, namun gejala ponteng sekolah tidak sepatutnya diberi pengecualian dengan mengambil kira jumlah keseluruhan pelajarnya, kerana ia ibarat barah yang boleh merosakkan badan manusia jika tidak dirawat di peringkat awal.

“Sekumpulan guru yang ditugaskan mengawasi pergerakan kumpulan pelajar yang disyaki sebagai kaki ponteng dengan menjadikan lorong berhampiran kawasan sekolah sebagai tempat melepak merakam pelbagai aksi mengejutkan kami.

“Mereka bukan saja berfoya-foya, malah ada yang melepak di kediaman rakan sehingga tamat waktu persekolahan dengan bermain terup, merokok, melakukan vandalisme dan paling mengejutkan ialah menonton filem lucah beramai-ramai,” katanya selepas Seminar Budaya Lepak, Maksiat dan Jenayah di sekolah berkenaan, kelmarin.

Majlis dirasmikan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor yang turut menyampaikan sijil kepada peserta.

Abdullah berkata, semua gambar dan rakaman itu akan dipertontonkan kepada ibu bapa terutama bagi mereka yang tidak mengakui kesalahan anak masing-masing atau tidak menyedari perbuatan anak-anak terbabit dengan gejala ponteng sekolah.

“Tindakan ini bukan untuk membuka pekung sesiapa, tetapi lebih kepada menimbulkan kesedaran kepada pihak terbabit dan menunjukkan pihak sekolah berusaha melakukan sesuatu bagi membendung gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar,” katanya.

Menurutnya, PIBG merancang melakukan pemeriksaan mengejut di lokasi yang dikenal pasti sebagai ‘port’ pelajar ponteng sekolah menghabiskan masa dengan membawa bersama ibu bapa pelajar yang disyaki.

Menurutnya, ibu bapa harus sedar peranan mereka juga penting dalam memastikan anak-anak yang keluar rumah pada hari persekolahan, benar-benar sampai di sekolah dan tidak melencong ke tempat lain.

“Hasil rakaman dan gambar itu membantu kami mengurangkan kes pelajar ponteng sekolah, di mana rekod terakhir menunjukkan bilangan pelajar ponteng sekolah ialah kira-kira 30 orang berbanding 100 sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nor berkata, pihak pentadbiran sekolah dan guru harus memainkan peranan bagi membendung masalah pelajar ponteng sekolah.

Katanya, polis sentiasa membuka pintu kepada pihak sekolah untuk mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung tindakan ke arah membendung gejala tidak sihat membabitkan pelajar.

“Gejala ponteng sekolah tidak seharusnya berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Apabila lebih 100 orang dikatakan ponteng sekolah setiap hari, ia sesuatu yang serius dan perlu ditangani segera,” katanya.

====================================================================================


Peperiksaan Berdasarkan Sekolah Vernakular Ukur Pencapaian Pelajar

Dalam perkembangan lain,Ketua pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kes disiplin di kalangan pelajar sekolah tidak membimbangkan dan hanya membabitkan kes seperti datang lewat ke sekolah, ponteng sekolah dan membuli.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata jumlah pelajar yang terbabit dengan kes disiplin dari Januari hingga Jun tahun ini ialah kira-kira 1.26 peratus, iaitu penurunan 0.01 peratus berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun lepas, 1.27 peratus.

Antara kes disiplin yang sering dilakukan dalam tempoh itu ialah kurang sopan (0.24 peratus), berunsur kelucahan (0.03 peratus), kekemasan diri (0.22 peratus) and ponteng sekolah (0.22 peratus).

BERNAMA

Comments :

0 comments to “GURU JADI PENGINTIP PERSENDIRIAN AMBIL GAMBAR PELAJAR PONTENG”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com