Sektor perindustrian berasaskan elektronik paling banyak memerlukan tenaga kerja mahir dan tidak mahir berdasarkan ramalan pengeluaran yang dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang.
Selangor menyumbangkan 35 peratus pendapatan Malaysia dan sektor perindustriannya adalah yang terbesar di negara ini.
Tan Sri Khalid Ibrahim berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SSIC dan Gabungan PPTKIS di Hotel Sultan, Jakarta hari ini. Gabungan PPTKIS melibatkan lima syarikat swasta Indonesia yang terlibat dalam pembekalan tenaga kerja di Malaysia.
Majlis itu turut disaksikan Timbalan Menteri Tenaga Kerja Indonesia Jumhur Hidayat dan exco kerajaan Selangor Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar, Dr Halimah Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif SSIC, Datuk Mohd Jabar Ahmad .
S'gor bangun pengkalan data pekerja Indonesia
Kerajaan Selangor menjalinkan kerja sama dengan sebuah Gabungan Pelaksana Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Swasta (PPTKIS) untuk membangunkan pengkalan data tenaga kerja untuk membekalkan pekerja dari negara berkenaan kepada syarikat yang beroperasi di Selangor terutama bagi sektor perindustrian.
Anak syarikat milik penuh Kerajaan Selangor, Pusat Pelaburan Negeri Selangor Berhad (SSIC Berhad) diberi tanggungjawab membangunkan pengkalan data ini dan akan menjadi pusat sehenti bagi mendapatkan tenaga kerja Indonesia.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata apabila pengkalan data ini siap sepenuhnya, syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang memerlukan pekerja asing yang sah, boleh menggunakan khidmat yang disediakan SSIC.
“SSIC akan bertindak sebagai fasilatator dan dengan adanya pangkalan data ini, urusan pengambilan pekerja dari Indonesia menjadi lebih mudah dan teratur,” kata Menteri Besar sambil berterimakasih kepada Kementerian Tenaga Kerja Indonesia dan Dewan Perniagaan dan Perdagangan Jakarta yangmemberi persetujuan kepada kerja sama tersebut.
Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SSIC dan Gabungan PPTKIS di Hotel Sultan, Jakarta hari ini. Gabungan PPTKIS melibatkan lima syarikat swasta Indonesia yang terlibat dalam pembekalan tenaga kerja di Malaysia.
Majlis itu turut disaksikan Timbalan Menteri Tenaga Kerja Indonesia Jumhur Hidayat dan exco kerajaan Selangor Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar, Dr Halimah Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif SSIC, Datuk Mohd Jabar Ahmad .
Tan Sri Abdul Khalid berkata usaha ini bukan sahaja memastikan bekalan tenaga pekerja tanpa gangguan mengelakkan tetapi juga memantau sama ada pekerja yang diambil adalah sah atau tanpa izin.
Ini, tambahnya, secara langsung dapat memantau kegiatan permerdagangan manusia.
“Selangor adalah kerajaan negeri pertama di Malaysia yang telah menubuhkan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia untuk mencegah pemerdagangan manusia dan ini adalah salah satu tindakan dalah usaha kerajaan negeri,” kata beliau.
Sementara itu, menteri besar juga mengumumkan projek pembinaan penempatan pekerja di Sungei Way Free Trade Zone di Petaling Jaya yang boleh menempatkan lebih 10,000 pekerja.
Penempatan ini adalah salah satu kemudahan dalam projek besar “PJ Elevated City” yang bernilai RM1.2 bilion diatas tanah keluasan 20 ekar. Kemudahan yang lain termasuk pusat perniagaan komersil, pejabat korporat, dan hub kenderaan.
“PJ Elevated City ini akan menjamin keselesaan kepada pekerja asing demi menjaga kebajikan mereka,” kata Khalid.
Cadangan penubuhan pangkalan data ini timbul selepas SSIC menjalankan kaji selidik yang mendapati keperluan tenaga kerja asing dalam sektor perindustrian bagi tempoh tiga tahun akan datang adalah tinggi.
Kaji selidik itu mendapati, bagi tempoh Jun 2010 hingga Disember 2010, seramai 7, 110 pekerja tidak mahir diperlukan bagi sektor perindustrian di Selangor, manakala pada 2011 seramai 13,031 pekerja diperlukan dan 0,815 pekerja pada 2012.
Sektor perindustrian berasaskan elektronik paling banyak memerlukan tenaga kerja mahir dan tidak mahir berdasarkan ramalan pengeluaran yang dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang.
Selangor menyumbangkan 35 peratus pendapatan Malaysia dan sektor perindustriannya adalah yang terbesar di negara ini.
malaysiakini
Comments :
Post a Comment