BANGI
EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali telah merasmikan larian 2dekad Jabatan Amal Malaysia sempena KARNIVAL sambutan 2 dekad Amal Malaysia.
Turut hadir Juhari,Ketua Pengarah Jabatan Amal serta Hj Aszmi,Pengarah program.
Dalam ucapannya, YB Dr Halimah telah menekan beberapa poin yang beliau harap boleh difikirkan semasa peserta berlari sejauh 7km untuk lelaki dan 5km untuk peserta wanita iaitu:
Intisari model pembangunan modal insan Selangor S.P.I.E.S yang dirumus khas untuk melahirkan insan cemerlang yang diharapkan akan membangun negeri yang layak tergolong dalam baldatun tayyibatun wa robbun ghafuur.
Beliau menekankan pembangunan S-spiritual sempena bulan Ramadhan yang akan tiba dua hari lagi.Ia sebagai kubu kekuatan yang mampu menerjah fenomena luar biasa jika diberi tumpuan sepenuhnya.
Kekuatan fizikal(P-'physical') dibina melalui senaman/riyadah seperti larian ini.Puasa juga menghasilkan kesan positif sampingan kerana merehatkan jentera pencerna makanan selama sebulan('light duty').Disiplin menjaga waktu sahur dan iftar melatih disiplin diri sepanjang hidup.
Kecerdasan I-intelek bermaksud mengasah kemahiran berfikir cara kritikal,analytikal, kreatif dan lateral untuk menjalani hidup secara efektif dan melonjak pembangunan ummat hingga sampai tahap khaira ummah.
Kekuatan E-emosi katanya lagi akan mempastikan kecerdasan yang lain tidak sia-sia sahaja kerana akan hancur insan kerana emosi yang tidak terkendali.
Kecerdasan sosial bermaksud kejayaan manusia dalam kehidupan di dunia dengan keberkasanannya mengemudikan bahtera hidupnya dengan skil berinteraksi dan berkomunikasi serta daya bantu dan daya beri yang optima.
peserta wanita tidak sabar dengar whistle |
Comments :
Post a Comment