Semua enam tahanan EO dibebaskan

Ketua  Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan media ringkas  berkata berikutan pembebasan mereka ini, tindakan selanjutnya akan  ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.
"Polis Diraja  Malaysia mengumumkan bahawa keputusan telah dibuat untuk membebaskan  semua enam orang yang telah ditangkap pada 2 Julai lalu, di Seberang  Prai Utara, Pulau Pinang, di bawah Ordinan Darurat," katanya.
Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang.
 Mereka  yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar  dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP  Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M  Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin  pemuda, R Sarat Babu, 25.
Mereka  yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar  dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP  Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M  Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin  pemuda, R Sarat Babu, 25.Mereka yang dikenali sebagai PSM6  itu  - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu  'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas  permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis  mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.
Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir.
Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir.
Sebelum ini, pelbagai pihak membidas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana meneruskan tahanan berkenaan.
Selain pemimpin Pakatan Rakyat, Presiden MIC Datuk G Palanivel juga semalam menuntut pembebasan mereka kerana mendakwa tindakan itu menarik “perhatian dunia” dan mungkin memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.
Turut menuntut perdana menteri dan menteri dalam negeri supaya membebaskan Jeyakumar adalah Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang dianggotai 13,000 pengamal profesyen perubatan.

Comments :
Post a Comment