Umno masih harap dapat kerjasama dengan PAS

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan  berkata parti itu masih berharap PAS dapat bekerjasama dengan Umno bagi  menyatu padukan umat Islam dan Melayu di negara ini terutamanya dengan  ketibaan bulan Ramadan pada minggu hadapan.
 "Walaupun  tangan yang dihulurkan oleh Umno tidak disambut sebelum ini tetapi Umno  tidak pernah menutup pintu rundingan kepada PAS apatah lagi sempena  bulan Ramadan," katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Perdana  Menjana Umatan Wahidah anjuran Umno Bahagian Kota Raja di Shah Aalam  malam tadi.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, berkata kesanggupan Umno untuk bekerjasama dengan PAS bukanlah kerana Umno berada dalam keadaan terdesak tetapi untuk masa hadapan umat Islam terutamanya dalam soal sosio-ekonomi.
"Lagipun, sejak PAS menukar haluan perjuangannya daripada memperjuangkan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan, akan memudahkan lagi kerjasama kedua-dua parti memandangkan Umno telah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan ini," katanya.
Ahmad berkata penduduk bukan Melayu tidak perlu bimbang jika orang Melayu dalam Umno dan PAS bersatu kerana orang Melayu akan kurang berpolitik dan lebih menumpukan perhatian untuk membangunkan tahap sosio ekonomi mereka.
- Bernama
 "Walaupun  tangan yang dihulurkan oleh Umno tidak disambut sebelum ini tetapi Umno  tidak pernah menutup pintu rundingan kepada PAS apatah lagi sempena  bulan Ramadan," katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Perdana  Menjana Umatan Wahidah anjuran Umno Bahagian Kota Raja di Shah Aalam  malam tadi.
"Walaupun  tangan yang dihulurkan oleh Umno tidak disambut sebelum ini tetapi Umno  tidak pernah menutup pintu rundingan kepada PAS apatah lagi sempena  bulan Ramadan," katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Perdana  Menjana Umatan Wahidah anjuran Umno Bahagian Kota Raja di Shah Aalam  malam tadi.Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, berkata kesanggupan Umno untuk bekerjasama dengan PAS bukanlah kerana Umno berada dalam keadaan terdesak tetapi untuk masa hadapan umat Islam terutamanya dalam soal sosio-ekonomi.
"Lagipun, sejak PAS menukar haluan perjuangannya daripada memperjuangkan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan, akan memudahkan lagi kerjasama kedua-dua parti memandangkan Umno telah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan ini," katanya.
Ahmad berkata penduduk bukan Melayu tidak perlu bimbang jika orang Melayu dalam Umno dan PAS bersatu kerana orang Melayu akan kurang berpolitik dan lebih menumpukan perhatian untuk membangunkan tahap sosio ekonomi mereka.
- Bernama
 
Comments :
Post a Comment