Umno pilih tiga pendekatan lain bagi kekal berkuasa
Sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dianggap paling penting dalam sejarah Umno, tiga pemimpin utamanya menyampaikan ucapan dasar dengan berkobar-kobar, semuanya dengan tujuan menaikkan semangat perwakilan menjelang pemilihan itu.Bagi presiden Umno, Datuk Najib Abdul Razak, beliau memilih kesederhanaan dan pendekatan untuk berdamai. Namun timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memilih tema “Ketuanan Melayu” dan menjadi orang Cina sebagai momokannya.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengambil pendekatan lebih intelektual. Beliau menggesa ahli-ahli parti yang muda supaya lebih progresif dan liberal. Namun ini dijangka tidak dapat difahami oleh kebanyakan perwakilan.
Ketika ini, Umno cuba memperlihatkan parti itu sebagai terbuka tetapi pada masa yang sama berpegang kukuh terhadap konsep Melayu, meskipun Najib telah berulang-kali, khususnya sejak mengambil tampuk pentadbiran pada 2009 berkata Umno perlu melalui proses transformasi untuk kekal relevan.
Rentak dan nada perbahasan pada perhimpunan kali ini ditetapkan oleh Muhyiddin Yassin yang pada malam Selasa lalu memalu gendang bahawa perpaduan Melayu hari ini menghadapi ancaman yang semakin menonjol daripada masyarakat Cina dan penganut Kristian.
Pada ucapannya beliau menggesa perwakilan supaya berjihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Beliau juga menggambarkan parti DAP yang didominasi oleh masyarakat Cina sebagai "parti paling rasis" dan musuh utama Umno.
Comments :
Post a Comment