1.3.12
Pelajar di tahap formatif years amat reseptif kepada input pelajaran.Apa sahaja samada yang positif mahupun yang negatif. Input yang baik sudah tentu akan menghasilkan insan yang baik dan produktif.Begitu juga sebaliknya. Input negatif yang masuk dan tidak terkawal akan menyebab produk insan yang liable.Insan yang boleh merugikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Inilah yang mungkin disebut 'sampah' masyarakat.
Menyedari hakikat ini, ADUN SELAT KLANG merangkap EXCO Pendidikan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali telah melaburkan masanya untuk menyemai benih kasih sayang, menzahir keprihatinan beramah mesra dengan pelajar-pelajar prasekolah di sekitar DUN Selat Klang. Tidak ketinggalan insan bergelar guru yang mendampingi mereka di peringkat usia begitu muda.
Hanya diiringi pegawai dan petugas daripada pejabat ADUN Selat Klang, Dr Halimah telah berjaya bergaul mesra dengan pelapis masa depan ini. Bakal modal insan!
Jelas kelihatan kegirangan mereka mendapat sedikit cenderahati daripada pemimpin mereka berupa 'pencilcase' itu. Pencilcase yg berlapik plastik mereka cepat-cepat buka untuk melihat apa yang berada di dalamnya.
Senyum menguntum bila terdapat pencil, pen, pemadam bahkan pembaris. Ada yang pantas masukkan balik dalam plastik dan disimpan dalam beg. YB tersenyum simpul melihat gelagat anak-anak bak kan putih ini memaparkan kualiti insan yang jujur dan hati bersih. Mungkin mereka tak sabar untuk berkongsi hadiah itu dengan ibubapa dan keluarga dirumah bisik hati YB.
Guru-guru dan pembantu juga diraikan agar turut menumpah anak murid mereka. Jarang-jarang orang memandang jasa guru prasekolah. Bagi kebanyakan orang, guru tadika ini darjat rendah sikit. Namun pada perkiraan kerajaan Selangor, khususnya di bawah portfolio Pendidikan, JawatankuasaTetap Pendidikan yang dipengerusikan oleh YB Dr Halimah teramat penting. Sebab itu perancangan jawatankuasa ini merangkumi pengupayaan taman kanak-kanak(tadika) atau institusi prasekolah agar mahu meletak batu asas konsep pendidikan sepanjang hayat dengan mengutamakan minat dan skil menggunakan segala pancaindera serta sumber input pelbagai untuk
mempastikan proses pengajaran dan pembelajaran di tahap optima.
Pelbagai jenis tadika dikunjungi oleh ADUN Selat Klang merangkap EXCO Kerajaan Selangor itu:tadika Kemas, tadika swasta termasuk PASTI.
PASTI AL Islah adalah PASTI terbaru di DUN SELAT KLANG di Tmana Sg Sireh.
tadika RIA |
Comments :
Post a Comment