SHAH ALAM
2-4.3.12
EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor , YB Dr Hjh Halimah Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pemabangunan Modal Insan Negeri Selangor telah menganjurkan program SPIES untuk pendidik Selangor yang turut disertai pendidik daripada pelbagai negeri termasuk Sabah.
Peserta SPIES telah diberi taklimat tentang SPIES dan usaha kerajaan Selangor untuk mengINSANkan insan di Selangor Darul Ehsan
Untuk mencapai matlamat tersebut sudah tentulah kaum pendidik mesti memahami segala konsep dan falsafah disebalik gagasan tersebut. Tasawwur yang jelas mengenai konsep pendidikan itu sendiri adalah VITAL untuk menjayakannya.
Skop pendidikan di mana kerajaan Selangor telah meletak dasar pendidikan sepanjang hayat. Bagi umat Islam dikenali sebagai falsafah minal mahdi ilal lahdi yang bermaksud daripada buaiyan hingga ke liang lahad.
Kurikulum pendidikan sepatutnya merangkumi langkah-langkah kritikal untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Ilmu dan kemahiran mesti diiringi dengan amalan praktikal dan disulami dengan ketekunan dan kejelasan matlamat sebagai penjana stamina untuk terus mempertahankan daya maju, daya juang dan daya saing.
Kurikulum dan ko kurikulum pendidikan perlu ada elemen menyuntik kemahiran sosial untuk mengupayakan diri pelajar agar mampu berdikari dan bertindak sebagai khalifah atau wakil Allah di muka bumi.
Penglibatan semua pihak atau komponen sosial dalam proses mendidik sesorang insan adalah diantara faktor sukses yang kritikal. Proses melatih guru atau pendidik untuk menjalankan tugas teras dalam pembangunan masyarakat dengan mendidik insan agar menjadi insan seperti yang dikehendaki oleh Penciptanya adalah teramat penting dan utama.
Alhamdulillah peserta kesemuanya ghairah dan bertenaga dan berjaya menghasilkan kerangka pendidikan yang melibatkan 7 komponen teras. Tahniah kepada semua!
Comments :
Post a Comment