Pray For MH370

Pray For MH370

ADUN SELAT KLANG bawa 150 orang warga emas dan OKU shopping

DUN SELAT  KLANG

ADUN Selat Klang, Yb Dr Hjh Halimah Ali meraikan 150 orang warga emas dan OKU dalam program JOM SHOPPING sebagai usaha menzahirkan keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat Negri Selangor kepada golongan warga emas yang telah menabur jasa untuk membantu membangun Selangor.
Tidak ketinggalan OKU yang sama layak dalam SKIM MESRA USIA EMAS kerana dianggap mereka juga harus diberi perhatian untuk menghiburkan diri mereka serta keluarga yang tekun sabar menyantuni mereka selama ini.
 Dlam ucapan ringkasnya, YB Dr Halimah telah menyatakan bahawa kerajaan Selangor meluluskan pemberian RM100 untuk setiap warga emas yang berdaftar dalam skim mesra usia emas(SMUE) sebagai simbolik ucapan terima kasih kepada semua warga emas Selangor yang telah bersama-sama membangun diri, keluarga dan negeri Selangor. Bagi suri rumah, sudah tentulah ia nikmat yang mereka tidak pernah rasai selama ini. Ada kerajaan yang mengambil berat dan mengambil tahu serta mengiktirafkan sumbangan mereka mencurah bakti menjaga keluarga 24jam. Bagi pesara, ia juga menyentuh perasaan kerana akhirnya pihak berkuasa negeri ambil tahu kewujudan mereka dan menilai titik peluh mereka.
 Ada ibu-ibu yang mendakap rapat YB Dr Halimah serta mengiringinya dengan doa. Ada yang menitis air mata kegembiraan. Ada yang kebingungan kerana beliau mengatakan beliau tak pernah 'shopping' , anak sahaja yang buat. Tetapi bingung seronok!
   Alhamdulillah, kejayaan negeri berjimat dan mengatasi ketirisan duit kerajaan boleh digunakan untuk diagihkan kepada rakyat jelata. Rata-rata rakyat Selangor mengakui menerima nikmat yang diagihkan KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR.Alhamdulillah.



Comments :

0 comments to “ADUN SELAT KLANG bawa 150 orang warga emas dan OKU shopping”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com