Pray For MH370

Pray For MH370

Guru Acuan Generasi Idaman

16.5.12

Semua orang mengidamkan masyarakat yang maju, aman, makmur, beradab dan berakhlak mulia. Ramai yang mahu keselesaan hidup, kebersihan yang terjaga, indah pemandangan, bersih dan nyaman udara. Teknologi tinggi memudahkan urusan, mendekatkan yang jauh, mengeratkan lagi silaturrahim.

     Keadaan itu tidak akan datang menggolek begitu sahaja.Tanpa usaha. Tanpa perancangan.Tanpa dicorak dengan sengaja. Andaikata sudah ada hasil yang di tetapkan.Mana acuan yang akan mencorak hasil tersebut? Kalau mahu kuih bahulu, mana acuan bahulunya?

Itulah yang saya maksudkan dengan proses mencapai satu tamaddun dunia yang boleh dibanggakan zaman berzaman kita memerlukan satu acuan. Untuk mewujudkan negeri yang idaman, kita mesti dahulu melahirkan generasi berkualiti@idaman. Untuk melahirkan generasi insan berprestij tinggi dan berkemampuan optima untuk memungkinkan penggilapan potensi manusiawi yang dibekalkan kepadanya oleh Penciptanya maka acuannya harus disediakan. Acuan yang akan mencorak bentuk idaman. 

Yang mempunyai kapasiti untuk membentuk ialah guru-guru. Guru dilatih untuk mendidik manusia. Sekurang-kurang inilah teorinya. 'Core business' atau kerja utama para guru ialah membentuk rebung- yang mudah dilentur agar menjadi insan yang benar-benar jitu sifat keinsanannya.Bukan semakin tumbuh dan berkembang tubuh badan yang fizikalnya, yang semakin meningkat hanyalah sifat ke'haiwanan' bahkan lebih teruk daripada itu seperti yang diingatkan dalam ayat 179 surah al A'raf.

Inilah yang menyebabkan kepincangan, kerosakkan, kemusnahan harta benda, keruntuhan keluarga, permusuhan hingga peperangan apabila tuntutan fizikal semata-mata menjadi rebutan tanpa mengambilkira keperluan asas yang lain seperti keperluan pertumbuhan dan perkembangan rohani dan akal. Kekurangan gizi rohani akan mengakibatkan penyakit parah yang sukar dikesan zahirnya tetapi memberi natijah dahsyat yang menyebab timbul masalah sosial di atas.

Akal yang kurang diguna dan hanya berfungsi minima akan menyebab merudumnya sebuah masyarakat yang sepatutnya mencapai satu 'benchmark' budaya berilmu dan beradab yang tinggi.Akal yang tidak dilatih untuk berfikir secara kritis,analytikal akan gagal membeza di antara yang baik dan buruk, yang hak dan batil, yang mendatangkan dosa dan menambahkan pahala. 
Akal yang tidak dirangsang sepenuhnya tidak akan mampu menyelesaikan masalah kerana tidak ada daya kreatif dan kecerdasan praktikal untuk menggunakan sumber yang Allah sediakan walaupun di depan mata dan dalam lingkaran kediamannya sendiri.

   Ketidakseimbangan pembangunan elemen-elemen asas ini adalah penyebab asas kenapa remaja menjadi manusia liar yang bertindak ganas, destruktif dan membazir tenaga muda yang sepatutnya boleh dilorongkan ke arah membina masyarakat dan membantu menambah kualiti hidup masyarakatnya!Sepatutnya tenaga kuat digunakan untuk mengindahkan taman, menambah prasarana dan membersihkan halaman dan mengurangkan keperluan kepada buruh asing!

  Pengupayaan guru sebagai acuan keramat yang dituang adunan tangan ibubapa serta masyarakat sekeliling adalah faktor kritikal ke arah melahirkan khaira ummah. Justeru guru sebagai pemangkin amat penting dalam pelan pembangunan ummat. Seharusnya, guru di beri visi dan misi yang jelas untuk pastikan mereka bersama dalam menyokong dan mendokong misi tersebut.
Guru yang mempunyai wawasan yang jelas dan diberi pembelaan yang sewajarnya dan diletak dalam kerangka pelan tindakan pelan ummah yang sewajarnya akan menyerlah potensi diri dan pasti akan bangkit membuktikan kemampuan diri. Naluri guru sebagai pendidik akan mencurah khidmat bakti yang terbaik untuk mewariskan segala ilmu, kemahiran dan kebolehan untuk melihat bangsanya muncul ummat terbilang. Guru yang futuristik akan sentiasa dahaga kemajuan dan kecemerlangan murid. Guru yang mulia akhlaknya akan terubat dengan budi pekerti anak didiknya yang mencuri perhatian dan mendapat pengiktirafan.
   Guru yang sedar dan faham nilai tugasnya akan melakukannya dengan bukan sahaja jasad/ fizikal tetapi memusatkan roh, akal,emosinya ke arah membentuk dan mencorak insan muda yang di amanahkan kepadanya dengan penuh kasih sayang dan tumpuan. Ia menerima kerjaya mulianya itu sebagai satu ibadah. Mesti dilakukan dengan cara terbaik untuk mempastikan PENILAI SEBENAR yakni ALLAH swt memberi markah paling banyak kepadanya untuk memenangi kasih sayangNya. 

   Hilang penat lelah guru melihat anak muridnya berjaya menjadi orang hebat.Bahkan ia rela anak muridnya lebih hebat daripada dirinya. Guru yang panjang akal akan mahu menuai hasil titik peluhnya bukan sekadar menunggu upah kerdil hujung bulan....Beliau melabur untuk generasi akan datang. Guru murabbi mahu bentuk insan rabbani. Guru yang bersifat ehsan akan melestarikan kesan pengaruh untuk memacu kejayaan dunia hingga akhirat. Guru muttaqin mahu melahir ummat yang bakal mewarisi Al Firdaus.

  Guru penjana generasi idaman.  
       Guru Penyayang Guru Disayang

Selamat Hari Guru

Terima kasih, cikgu!

 

Comments :

0 comments to “Guru Acuan Generasi Idaman”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com