Pray For MH370

Pray For MH370

PERKONGSIAN PAK PANDIR BAKAL MENANTI PENEROKA FELDA

Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Tan Sri Rozali Ismail berkata permohonan pembelian saham MITI akan ditutup hari ini. Warga Felda, khususnya anggota (GWGF) yang berkemampuan, disaran segera memohon saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH)melalui MITI.



Pegangan saham FGVHB apabila IPO (initial public offer) dilaksanakan bakal didominasi oleh pelabur institusi Malaysia dan antarabangsa dengan pegangan sebanyak 41% yang mana 20% bakal dipegang oleh rakan kongsi strategik yang telah dikenalpasti.

 Pelabur Bumiputera terpilih (dipilih oleh MITI)  bakal menguasai 11.5% dari jumlah saham FGVHB yang akan diapongkan. Ini bermakna pelabur institusi akan menguasai majoriti (52.5%) saham FGVHB yang diapongkan. 

Oleh itu, kesan utama daripada penyenaraian FGVHB ialah pemindahan harta Felda kepada pelabur-pelabur institusi dalam negara dan luar negara dan sebuah syarikat asing yang diangkat sebagai “rakan kongsi strategik” bakal berkongsi milik tanah dan lain-lain harta Felda dengan peneroka.



Post ini memuatkan kajian oleh Dr Rosli Yaakop phD, bekas pegawai Bank Negara Malaysia dari prospektus yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan laporan oleh ANAK yang dipengerusikan oleh Sdr Mazlan Alimin. Penyelidikan dan usaha di atas tidak dibayaai oleh mana-mana pihak tetapi berdasarkan keprihatinan dan rasa tanggungjawab agar kita mempunyai hujjah di hadapan ALLAH pemilik semua yang ada di langit dan di bumi, mengenai usaha pihak pemimpin UMNO yang ingin menghancurkan umat Islam dan ekonomi mereka.


 

FGVHB: Menang sorak kampung tergadai

Dr. Rosli Yaakop, 03 Mei 2012


Deraf Prospektus Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVHB) telah dipaparkan di laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mulai 29 April 2012. Prospektus itu masih bertaraf “registrable” dan hanya menjadi “registered” apabila permohonan penyenaraian diluluskan. Penganalisi berspekulasi ia pasti lulus. Ruang sudah tiada untuk Perdana Menteri bermain sorong-tarik.



Penyenaraian bakal terjadi pada akhir bulan Jun ini setelah tertunda berkali-kali. Berdasarkan maklumat di dalam prospektus, saham FGVHB, atas asas modal berbayar yang telah dibesarkan, berjumlah 3.65 bilion unit pada nilai tara RM1.00 se saham. Harga IPO tidak dinyatakan di dalam prospektus tetapi sumber Reuter yang dipetik oleh Malaysiakini bertarikh 30 April 2012 menyebut harga IPO ialah RM4.65 se saham. Ini akan menghasilkan pungutan modal melebihi RM10 bilion bagi FGVHB. Butir terpenci saham FGVHB adalah seperti dalam Jadual 1.



Jadual 1: Jumlah Saham FGVHB yang Diterbitkan





Dari kesemua saham FGVHB (3.65 bilion unit), hanya 2.19 bilon unit atau 60% (“saham IPO”) akan diapongkan, iaitu, dijual kepada pelbagai pelabur yang terdiri daripada pelabur runcit (pelabur orang awam Bumiputera dan bukan Bumiputera), peneroka Felda yang layak, kakitangan Felda yang layak, pelabur institusi dalam dan luar negera dan pelabur Bumiputera terpilih (yang berdaftar dengan MITI).



Saham yang bakal dijual kepada para pelabur terdiri daripada saham sedia ada, iaitu, saham milik Felda Badan Berkanun (Felda BB) di dalam FGVHB sebagai balasan kepada pelupusan 49% kepentingan Felda dalam Felda Holding Berhad (FHB) kepada FGVHB berjumlah 1.21 bilion unit (33%). Felda akan menawarkan untuk menjual kesemua saham ini kepada para pelabur. Selepas ini, ia tidak lagi memiliki apa-apa kepentingan dalam FGVHB.



Selain dari itu, FGVHB bakal menerbitkan saham baru (“saham terbitan”) berjumlah 980,000,000 unit (27%) untuk dijual kepada para pelabur. Ini bakal menjana RM4.6 bilion untuk FGVHB, tidak cukup besar untuk ke arena perniagaan global.



Juga, FGVHB memiliki opsyen untuk menjual saham tambahan (di bawah “Greenshoe Option”) berjumlah 109,445,000 unit (3%) lagi kalau berlaku “oversubscription” atau untuk menyetabilkan harga saham di pasaran. Kalau opsyen ini dilaksanakan, jumlah saham bakal diapongkan berjumlah 2.3 bilion unit.



Sejumlah 1.35 bilion unit saham FGVHB tidak diapongkan di pasaran saham. Ia sekadar “diketepikan” atau “diperuntukkan” kepada KPF kerana penyeneraian FGVHB “tidak melibatkan KPF.” Walaupun KPF “tidak terlibat” di dalam pengapongan ini, namun kepentingannya (51%) di dalam FHB bersama-sama kepentingan Felda BB (49%) di dalam FHB, adalah harta yang menjadi asas kepada saham-saham yang diterbit dan diapongkan. Harta inilah dinilai bagi menentukan harga seunit saha FGVHB yang akan diapongkan.



Walaupun saham berjumlah 2.19 bilion unit yang bakal diapongkan, tetapi asset back-up merangkumi kesemua aset iaitu, 51% hak KPF dan 49% hak Felda BB. Tiada pemecahan aset dilakukan.



Saham yang tidak diapongkan berjumlah 1.35 bilion unit (37%) dan ini adalah hak KPF. Ia tidak diapongkan kerana KPF “tidak terlibat” dalam penyenaraian dan KPF tidak memberi kebenaran kepentingannya itu diapongkan di bursa saham. Bila pasaran sekondari bermula nanti, yang akan dijualbeli hanyalah 2.19 bilion unit saham. Saham 1.35 bilion unit ini tidak tersenarai dan tiada dijualbeli di pasaran sekondari.



Saham itu “diketepikan” dan tidak dijual kepada para pelabur di bawah tawaran IPO. Ia akan dipindahkan kepada Felda Asset Holding Company (FAHC) yang akan memegang dan mengurus saham ini secara mutlak bagi pihak KPF. Perlantikan FAHC sebagai pemegang dan pengurus saham berkenaan bagi pihak KFP diputuskan sendiri oleh Felda BB. Tiada resolusi berkaitannya diluluskan oleh mana-mana mesyuarat KPF yang sah.

Jadual 2: Agihan Saham IPO FGVHB



Bagaimanakah saham IPO bakal diigihkan? Sebagaimana yang didedahkan di dalam prospektus, saham IPO (terdiri dari saham sedia ada dan saham terbitan) yang bakal diapongkan akan diagihan seperti dalam Jadual 2. Diperhatikan, pertama, saham yang mewakili kepentingan Felda berjumlah 1.21 bilion unit (saham sedia ada - “offer for sale shares”) bakal diapongkan kesemuanya ditambah dengan 0.98 bilion unit saham terbitan baru (“public issue shares”) menjadikan jumlahnya 2.19 bilion unit.



Kedua, pegangan saham FGVHB apabila IPO dilaksanakan bakal didominasi oleh pelabur institusi Malaysia dan antarabangsa dengan pegangan sebanyak 41% yang mana 20% bakal dipegang oleh rakan kongsi strategik yang telah dikenalpasti. Pelabur Bumiputera terpilih (dipilih oleh MITI bakal menguasai 11.5% dari jumlah saham FGVHB yang akan diapongkan. Ini bermakna pelabur institusi akan menguasai majoriti (52.5%) saham FGVHB yang diapongkan. Oleh itu, kesan mutakhir daripada penyenaraian FGVHB ialah pemindahan harta Felda kepada pelabur-pelabur institusi dalam negara dan luar negara dan sebuah syarikat asing yang diangkat sebagai “rakan kongsi strategik” bakal berkongsi milik tanah dan lain-lain harta Felda dengan peneroka.



Ketiga, tiada saham percuma untuk peneroka Felda. Peneroka Felda diperuntukkan 91,204,000 unit saham (1%), bermakna, kalau diagihkan sama rata kepada kesemua 112,635 orang peneroka, setiap peneroka akan mendapat 809.73 unit saham seorang (dibulatkan kepada 1 lot atau 1,000 unit seorang). Pada harga IPO RM4.65 se saham, kosnya RM4,650 se lot. Dikira setakat membeli 1 atau dua lot, majoriti peneroka mampu membeli secara tunai, tidak perlu pinjaman bank. Kalau diperuntukkan 10 atau 20 lot seorang, barulah berbaloi membuat pinjaman bank.



Kalau peneroka diperuntukkan 10 lot seorang, maka jumlah keseluruhan menjadi 1,126,350,000 unit saham atau 51.4% dari seluruh saham yang diapongkan. Kalau seorang peneroka diperuntukan 20 lot, maka jumlah keseluruhan menjadi 2,252,700,000, sudah melebihi 100% jumlah saham yang diapongkan. Jadi, tidak logik peneroka bakal diberikan 10 hingga 20 lot seorang seperti mana yang diuar-uarkan selama ini. Kalau pun diberikan, peneroka akan menjualnya (lebih-lebih lagi kalau berhutang dengan bank) segera menyebabkan harta mereka terlepas buat selama-lamanya kepada orang lain, majoritinya pelabur bukan peneroka dan pelabur asing yang memang diharapkan masuk secara besar-besaran ke Bursa Malaysia untuk memacu naik harga saham FGVHB ini.



Jelas tiada durian runtuh untuk peneroka dalam bentuk saham. Hatta, kalau diberi satu lot pun, peneroka kena bayar. Pada analisis mutakhirnya, berapa banyak pun saham yang bakal dimiliki peneroka, ia pasti dijual dalam jangka pendek apatah lagi kalau pembelian dibiayai bank. Yang bakal meraih untung besar ialah “pelabur Bumiputera terpilih” (di bawah MITI) yang umum maklum majoritinya adalah kroni pemerintah dan penama-penama yang mewakili sebuah parti politik.



Mungkin peneroka bakal dibayar durian runtuh tunai. Sumbernya dari Felda yang bakal memperoleh RM5.62 bilion tunai. Kalau peneroka diberikan RM10,000 seorang, jumlahnya RM1.13 bilion. Ini tidak berbalau kerana nilai tanah Felda Plantation Sdn. Bhd. sudah jauh lebih besar. Kalau diagihkan kesemua RM5.62 bilion itu, peneroka bakal mendapat RM50,000 seorang. Kurang dari RM50,000 seorang bukan durian runtuh namanya. Kebenarannya ialah, Felda tidak mungkin membayar jumlah ini.



Penyenaraian FGVHB tidak lebih dari eksersais memindahkan harta yang selama ini berada di bawah Felda Badan Berkanun kepada pelabur institusi (awam dan swasta) dan pelabur asing swasta dan di dalam proses ini, segolongan pelabur bernama “Pelabur Bumiputera Terpilih” dan pemain judi di pasaran saham – bukan peneroka - menikmat manfaat terbesar. Felda BB dan KPF dimandulkan. Jadilah peneroka “menang sorak kampong tergadai.”




==================================================================
Permohonan saham FGVH melalui MITI ditutup esok
9:41PM Mei 3, 2012
Warga Felda, khususnya anggota Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang berkemampuan, disaran segera memohon saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Permohonan boleh dilakukan melalui peruntukan saham kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), khas untuk terbitan saham Bumiputera.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail berkata permohonan pembelian saham MITI akan ditutup esok.

Namun, katanya anggota masih berpeluang memohon saham FGVH dengan melayari laman web kementerian iaitu http://saham.miti.gov.my untuk memperoleh maklumat
berkaitan saham tersebut.

"Peluang ini harus direbut oleh warga Felda sebelum penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia nanti," kata Rozali.

Menurutnya Gabungan itu tidak mendapat peruntukan saham istimewa daripada FGVH.

Oleh itu, katanya warga Felda, khususnya anggota GWGF, boleh terus berhubung dengan MITI, Felda dan FGVH, bagi mendapat maklumat sebenar berkaitan saham yang ditawarkan.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/196888
========================================

Tiada peruntukan khas generasi kedua Felda beli saham FGVH'
9:08AM Mei 3, 2012
Felda perlu mewujudkan satu mekanisma bagi generasi kedua tanah rancangan itu memiliki saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Wakil gabungan empat badan bukan kerajaan generasi kedua Felda iaitu Majlis Belia Felda Malaysia, Gabungan Wawasan Generasi Felda, Persatuan Usahawan Felda dan Persatuan Pengamal-pengamal Undang-Undang Generasi Felda berkata mereka menyokong usaha kerajaan untuk menyenaraikan FGVH, dan berharap mereka diberikan
peruntukan khas.

Pengerusi Persatuan Pengamal Undang-Undang Generasi Felda, Roshidi Hasan, yang mewakili kumpulan itu, berkata di bawah peruntukan pembelian saham FGVH, generasi kedua Felda tidak ada diperuntukan khas untuk memiliki saham itu, kecuali membelinya di pasaran terbuka.

Justeru itu, mereka berharap FGVH dapat memberikan peruntukan khas baru atau menawarkan saham di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, katanya dalam satu sidang media di ibunegara malam tadi.

Beliau juga berkata pihak Felda perlu memberi penerangan kepada peneroka dan keluarga mereka mengenai penyenaraian FGVH memandangkan masih ramai tidak memahami kebaikan tindakan tersebut.

Katanya, Felda perlu menangkis kesemua dakyah yang dijaja oleh pelbagai pihak yang membantah penyenaraian FGVH yang telah mewujudkan kekeliruan di kalangan peneroka mengenai hasrat murni Felda itu.

Beliau juga berkata keempat-empat badan itu juga turut menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hari ini untuk mendapat beberapa penjelasan mengenai kepentingan generasi kedua Felda dalam penyenaraian FGVH itu
http://www.malaysiakini.com/news/196768


- Bernama

------------------------------
NGO dakwa peneroka menyesal tandatangan borang
Abdul Rahim Sabri
7:15PM Mei 2, 2012
Terdapat peneroka yang menyesal selepas menandatangani borang permohonan pinjaman dari institusi perbankan bagi membeli saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK).

Presidennya Mazlan Aliman mendakwa, kekesalan itu apabila mereka mengetahui risiko yang mungkin ditanggung setelah mendapat maklumat sebenar.

Malah, dakwanya, ada peneroka yang berjumpa dengan pengurusan Felda untuk menarik balik borang yang ditandatangani itu.

NONE"(Bagaimanapun) respons pengurusan Felda sangat negatif," katanya sambil mendakwa terdapat peneroka yang 'diugut dan diancam' disingkir dari Felda jika berbuat demikian.

Dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini, Mazlan turut menunjukkan, mengedarkan dan membaca dokumen perjanjian dan surat tanggung kerugian itu.

"Satu yang pelik, kita berniaga memikirkan pasal keuntungan, tetapi (di sini) fikir tentang kerugian," katanya sambil mengangkat surat tanggung kerugian.

"Jadi pihak bank pun tidak yakin... Saya yakin mereka tidak mahu tanggung risiko jika saham FGVH yang (disenaraikan) diapungkan," katanya yang juga ahli jawatankuasa Pusat PAS.

Pasaran saham dijangka merudum

Mazlan berkata penganalisis ekonomi meramalkan pasaran saham akan terus merudum dalam tempoh enam bulan akan datang menyebabkan peneroka bakal menanggung risikonya.

NONE"Saya merujuk kepada pegawai bank, risiko bankrap (bakal ditanggung) jika gagal membayar pinjaman bank... Perkembangan ini, (dilihat) sangat menzalimi, satu penipuan dan pengkhianatan kepada peneroka.

"Skim yang diperkenalkan ini, hampir menyerupai skim Pak Man Telo (iaitu) kumpul saham peneroka dan dipaksa jual dalam tempoh enam bulan," katanya.

Menurutnya lagi, beliau turut berasa pelik apabila peneroka yang berumur 65 tahun turut diberi pinjaman dalam jumlah yang besar sehingga mencecah antara RM50,000 dan RM100,000.

Mazlan mendakwa separuh daripada dana yang dikumpulkan daripada saham peneroka akan digunakan untuk pemberian 'durian runtuh' oleh perdana menteri pada 8 April dan hanya separuh lagi digunakan untuk pelaburan.

Turut hadir bekas pegawai Bank Negara Dr Rosli Yaacob yang kini bergiat aktif bersama PAS.

http://www.malaysiakini.com/news/196744

Biodata Dr Rosli Yaakop
Born in Kampong Kundur, Rembau, Negeri Sembilan in 1952. Currently he is the CEO of Ahsania-Malaysia Hajj Investment and Finance Company Limited, Dhaka, Bangladesh. Obtained his first degree in Economics from UM in 1975. Obtained masters and PHD in the same field from the University of Wisconsin, USA on BNM scholarship. He served BNM for 18 years. Previously served as Senior Vice President, Global Hajj and Umrah Corporation (Labuan) Limited, CEO, Golden Pharos Berhad, Director, Islamic Banking Scheme and Special Project, Abrar Discount Berhad, CEO, Abrar Finance Berhad, part-time lecturer on financial markets and institutions at the University of Malaya and board member of several companies. Areas of expertise included regulation of financial institutions, formulation and implementation of monetary, fiscal and economic policies, liquidity management, Islamic banking and finance and developing business strategies. Writes regularly on economic issues and presents papers in economic seminars. Current research interest is on the return of Gold Dinar as the currency of the Islamic World. 21 July 2007

Comments :

0 comments to “PERKONGSIAN PAK PANDIR BAKAL MENANTI PENEROKA FELDA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com