Orang Ramai Sokong Program 15 Minutes Break Reading Diperluas
KLANG 24 JUN : Program ’15 Minutes Break Reading’ anjuran Kerajaan  Negeri dilihat amat praktikal bagi menyemai minat membaca di kalangan  masyarakat bermula dari usia rendah, kata Hanita Muda kepada TV Selangor  selepas menghadiri perasmian program ini di sini pagi tadi.
“Kita dapat lihat ramai yang datang secara berkumpulan dan bersama  keluarga. Ini perkembangan positif ke arah mewujudkan masyarakat sihat  dan berilmu,”katanya yang menyokong penuh agar program anjuran Kerajaan  Negeri dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor(PPAS) ini diperluaskan  ke seluruh negeri.
Beliau berkata ia banyak memberikan manfaat kepada semua dan rakyat  Selangor dapat bergerak maju dan bersaing dalam zaman serba maju ini.
Latifah Sujang, 42, dari Pulau Indah berharap program itu diadakan  secara berterusan kerana ia amat menyeronokkan dan menghimpunkan seluruh  masyarakat dalam acara menimba ilmu.
Katanya, dia turut berharap ia diadakan di kawasan kediamannya di Pulau Indah.
“Bagus sangat sebab semua orang ada turut serta. Saya sendiri datang  dengan anak-anak dan kawan-kawan disebabkan program ini menarik. Jadi  program ini mendapat sambutan ramai bila ia dijalankan,” ujarnya.
Program “15 Minutes Break Reading” diadakan di Pengkalan Batu di sini  dirasmikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal  Insan, Dr Halimah Ali.
Turut hadir, Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan Pengarah PPAS, Mastura Mohamad.
Dr Halimah berkata, program “15 Minutes Break Reading” itu diadakan  di daerah di seluruh Selangor bagi melahirkan masyarakat berilmu di  negeri itu.
Katanya, ia bersesuaian dengan status negari maju bagi Selangor yang  memerlukan rakyat bergerak seiring dengan peredaran zaman yang serba  moden dan terkehadapan.
“Ia diadakan bagi menyemai minat membaca di kalangan rakyat supaya  dapat dipupuk dari usia rendah lagi hinggalah ke usia emas. Dalam  program sebegini kita dapat kumpulkan seluruh masyarakat dari pelbagai  peringkat usia dan bangsa untuk bersama turut serta membaca. Maka dari  situ lama kelamaan amalan suka membaca ini dapat disuburkan dengan  jayanya terhadap orang ramai,” katanya.
Menurutnya, program itu diperluaskan di negeri itu juga adalah hasil  kejayaan program Hari Ilmu yang diadakan buat kali pertama di Tasek Shah  Alam pada 26 Jun 2010 yang menghimpunkan lebih 15,000 orang dengan  catatan rekod bacaan serentak teramai bagi kawasan luar di negara ini.
EXCO Pendidikan Selangor rasmikan 15min READING BREAK@Gerakan Membaca/Menulis Daerah Klang
Labels:
Mengilmukan rakyat Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
Comments :
Post a Comment