Menjelang Syawal, keluarga yang miskin gembira berbaur pilu kerana menyambut Hari Raya tetapi kedhaifan menghalang mereka memenuhi keperluan anak kecil serta tetamu daripada sanak saudara dan jiran tetangga.
Sumbangan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor berupa barang-barang dapur sudah tentu disambut penuh keriangan. Lebih-lebih lagi apabila yang turut menghantarnya dalah wakil rakyat mereka sendiri.
Pasukan Muslimat PAS Dun Selat Klang bergabung tenaga dengan staff pejabat ADUN Selat Klang untuk menjelajah sebanyak mungkin rumah golongan marhaen.
Kegigihan mereka tidak boleh dipertikaikan. Mengalahkan kaum Adam. Kebanyakan meeka adalah suri rumah. Sanggup berkorban bermandi peluh tanpa meminta balasan. Keredhaan Tuhan dipulunkan...
Yang sakit kronik juga tidak ketinggalan untuk disantuni. Pesakit buah pinggang berkembar kencing manis. Hj Jaafar, pesakit strok jelas terkejut ria menerima kunjungan tanpa notis ADUN Selat Klang dan rombongan.
Sebelah petang pula bertemu dengan peniaga pasar malam Kpg Delek yang diuji oleh Allah swt dalam usaha mencari rezeki yang halal dengan perpindahan tempat pasar malam untuk mengelakkan gangguan pengguna jalan simpang tiga kritikal di Kpg Delek. Mula-mula masa perpindahan memang ada sedikit kegusaran. Mereka takut rugi!Namun atas keprihatinan dan akur kepada permohonan penduduk kampung, mereka pasrah,
Difahamkan daripada pemantauan ahli majlis MPK dan JKKK perniagaan mereka terus rancak. Rezeki mereka tidak terhalang.
Inilah berkat apabila maslahah awam diutamakan daripada maslahah golongan kecil.
Allah Maha Adil.Allahu akbar!!
Selat Klang semakin yakin derap kemajuan insyaallah!
Comments :
Post a Comment