Pray For MH370

Pray For MH370

Gejala Sosial: apa tindakan kerajaan Selangor

15/10/12

Kerajaan Selangor memahami pola hidup rakyatnya. Sebagai sebuah negeri yang paling maju dan terkedapan dalam segala hal, rakyat Selangor terdedah kepada natijah negatif daripada pembangunan fizikal serta pengaruh global yang mencairkan jati diri bangsa dan agama.Perkembangan teknologi tinggi juga dijuarai Selangor.

Dengan alat komunikasi canggih yang berkonsep dunia di hujung jari menyemarakkan masalah remaja-belia yang cepat terangsang dengan bahan visual yang termuat di dalam facebook dan MMS.
Kelunturan nilai insan jelas terpampang di dada akhbar dan media massa perdana baik media cetak mahupun elektronik. Pergaduhan ekstrem hingga menyebabkan kecederaan bahkan kematian, dendam berpanjangan hingga melibatkan keluarga dan kawan juga sering terpapar dalam akhbar.

Kesan dadah dan komplikasi kompleks dek penagihan dadah semakin ketara. Penyakit yang berjangkit yang dikaitkan dengan zina, keberantakan rumah tangga dan kecelaruan hidup anak daripada keluarga yang tidak bahagia sentiasa mencuri perhatian para wartawan. Fenomena multi negatif R: rempit, rogol, rasuah, rompak, rock &roll,rakus, rosak(vandalisme) selain daripada dadah,zina, jenayah dan  judi.

Justeru, EXCO PENDIDIKAN,PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN SELANGOR menganjurkan bengkel PELAN STRATEGIK MENANGANI GEJALA SOSIAL SELANGOR yang melibatkan peserta daripada pelbagai jabatan kerajaan yang menjadi anggota jawatankuasa GeMS; JAIS, JABATAN KEBAJIKAN,PDRM,PBT, IMIGRESEN,AADK, UNISEL, mantan CID,Penghulu, KADO,Penguatkuasa serta Penyelaras ONE STOP GEMS CENTRE.
 
 Perkongisan daripada pembentangan data-data daripada jabatan berkaitan serta perbincangan daripada peserta amat berguna dan dinamik.

Insyaallah satu sistem pengurusan sosial yang menggunakan artificial intelligence akan digunakan bagi memproseskan data bagi tujuan pelaporan, penyelarasan, pemantauan dan rancangan tindakan bersepadu, pantas dan komprehensif.

Bermula dengan mentaliti sukses, latihan khusus bermodul untuk pengurus sosial akan diberi secara sistematik . Ini bertujuan untuk mempastikan kes kes gejala sosial diurus dengan cermat, teratur dan tepat kepada jabatan dan agensi kerajaan serta sistem sokongan yang boleh membantu di tahap berlainan, Bahkan pengurusan krisis juga akan diajar bagi membolehkan ianya diurus dengan cara terbaik bukan menambah parah lagi mereka yang menghadapi.

Kesungguhan para pemutus dasar dan pengendali gejala sosial adalah di antara faktor kritikal untuk mencapai kejayaan.

Comments :

0 comments to “Gejala Sosial: apa tindakan kerajaan Selangor”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com