REDHA MESKIPUN KALI KEDUA RUMAH TERBAKAR DI SERI PERANTAU





Mangsa sempat selamatkan diri
Tindakan pantas seorang remaja perempuan, Nurhazimah Haron ,13, berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kebakaran di rumahnya di Flat Sri Perantau, Pelabuhan Klang Selangor.
Nurhazimah berkata, sekitar jam 10 pagi, dia berasakan panas dan dipercayai daripada dapur di dalam rumahnya dan api mula merebak dengan begitu pantas.
Menurutnya, dia berlari keluar dan meminta pertolongan jiran yang datang untuk memadamkan kebakaran di rumahnya yang terletak di tingkat empat.
Sementara itu bapanya, Haron Abdullah, 47, pula menyifatkan apa yang terjadi adalah dugaan daripada Tuhan dan reda dengan apa yang berlaku.
Katanya, dia bersyukur kerana semua ahli keluarganya terselamat dan mengucapkan terima kasih terutama kepada jiran yang banyak membantu dalam situasi cemas ketika berlaku kebakaran terbabit.
Diadaptasi dpd Sinar Harian on line
Aktiviti ADUN Selat Klang pada malam 11/08/08: Penyampaian Sumbangan Makanan
Pada majlis yang bertempat di Kg Seri Gadong / Kg Chi Liung Klang malam 11hb Ogos 2008, sumbangan dalam bentuk makanan telah diagihkan kepada individu yang telah dikenalpasti memiliki kriteria tertentu.

















Read More “Aktiviti ADUN Selat Klang pada malam 11/08/08: Penyampaian Sumbangan Makanan” »»
Aktiviti ADUN Selat Klang pada 13/07/08: Program Gotong Royong & Mesra Masyarakat di Telok Gadong Kecil Klang
Majlis di atas telah berlangsung di Telok Gadong Kecil bersebelahan dengan landasan keretapi ke Pelabohan Klang. Turut hadhir ialah Pembantu Khas ADUN.
Sebahagian dari penduduk yang hadhir.
Akiviti ADUN Selat Klang pada 10/07/08: Lawatan ke Pejabat SYABAS
ADUN Selat Klang berserta Ahli Majlis MPK Sdr Jamuliddin Alias, Tn Hj Kamaluddin Rahmat dan Sdr Abd Razak telah membuat lawatan ke Pejabat SYABAS Klang bertujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim, ramah mesra dan mengadakan perbincangan tentang masalah penduduk kawasan Selat Klang.
Kelihatan di sebelah kanan ialah staf SYABAS Klang
Kelihatan di sebelah kanan ialah team ADUN Selat Klang.
Foto kenangan sempena lawatan ke SYABAS.
Aktiviti ADUN Selat Klang pada 09/07/08: Lawatan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
Warga kerja Pejabat ADUN Selat Klang dan Pejabat Exco Pembangunan Modal Insan telah membuat lawatan ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di Klang pada pagi 09hb Julai 2008. Sesi taklimat dan soal jawab telah berlangsung dan berjaya menyelesaikan berbagai persoalan yang timbul selama ini bagi staf di Pejabat ADUN Selat Klang. Purata pengunjung ke Pejabat ADUN Selat Klang ialah 350 orang sebulan. Mereka datang dengan pelbagai masalah terutama mengenai kebajikan. 
Sedang khusyuk mendengar taklimat.
Aktiviti ADUN Selat Klang pada 05/06/08: Perbincangan Bersama Pegawai Pejabat Tanah/Daerah dan Wakil Penduduk Sg Sireh P.Klang
Satu perbincangan telah diadakan pada 05hb Jun 2008 bertempat di Pejabat Daerah / Tanah Klang antara wakil penduduk Kg Sg Sireh dengan Pegawai Pejabat Tanah Klang mengenai isu tanah kediaman yang telah diduduki puluhan tahun tanpa sebarang dokumen teratur seperti TOL atau surat hak milik (grant tanah). Selepas pembubaran Parlimen dan beberapa hari sebelum PRU ke 12, Pejabat Tanah Klang ada mengeluarkan surat yang dialamatkan kepada mantan ADUN Selat Klang tentang kelulusan yang dibuat oleh Exco Dr Khir Toyo.

Pembantu ADUN Selat Klang yang terdiri dari kiri, Tn Hj Bahari, Tn Hj Shaari, Tn Hj Kamaluddin (PA), En Abd Razak.
Wakil penduduk Kg Sg Sireh.






