Mangsa sempat selamatkan diri
Tindakan pantas seorang remaja perempuan, Nurhazimah Haron ,13, berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kebakaran di rumahnya di Flat Sri Perantau, Pelabuhan Klang Selangor.
Nurhazimah berkata, sekitar jam 10 pagi, dia berasakan panas dan dipercayai daripada dapur di dalam rumahnya dan api mula merebak dengan begitu pantas.
Menurutnya, dia berlari keluar dan meminta pertolongan jiran yang datang untuk memadamkan kebakaran di rumahnya yang terletak di tingkat empat.
Sementara itu bapanya, Haron Abdullah, 47, pula menyifatkan apa yang terjadi adalah dugaan daripada Tuhan dan reda dengan apa yang berlaku.
Katanya, dia bersyukur kerana semua ahli keluarganya terselamat dan mengucapkan terima kasih terutama kepada jiran yang banyak membantu dalam situasi cemas ketika berlaku kebakaran terbabit.
Diadaptasi dpd Sinar Harian on line
REDHA MESKIPUN KALI KEDUA RUMAH TERBAKAR DI SERI PERANTAU
Labels:
ADUN SELAT KLANG,
flat Seri Perantau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment