Cuba anda teliti gelagat mereka. Adakah anda kenal mereka dari video di bawah. Ahli PAS diminta berhati-hati dan bertindak mengikut akhlak ISLAMIYAH. Poster serta bunting KONVENSYEN Pakatan Rakyat dua minggu yang lalu masih belum diturunkan lagi di bandar
Shah Alam. Munasabahkah ahli PAS akan berdemo.....Dari youtube di bawah, seolah-olah Pemberita lebih ramai dari yang berdemo.
Kumpulan desak PAS S'gor keluar Pakatan Rakyat
Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.
Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, PKR dan DAP cuba membelakangi PAS dalammembuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
"Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan... kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.
"Justeru, kami mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 orang di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat Shah Alam.
Sementara itu, Wan Hilman yang mendakwa ahli PAS dari bahagian Gombak menafikan kumpulannya didalangi Umno Selangor.
Katanya, satu memorandum akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali Isnin pagi di pejabatnya di Shah Alam.
Bernama
PAS AKAN SIASAT SIAPA DALANG
SALEHUDDIN:PENDESAK PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT BUKAN AHLI
Showing posts with label DEMONSTRASI PROJEK BABI. Show all posts
Showing posts with label DEMONSTRASI PROJEK BABI. Show all posts
SIAPA DALANG DEMONSTRASI DESAK PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT
KISAH BUDAK UMNO YANG MEMBANTAH "KHINZIR" PADA 14/03/08 DI HADAPAN BANGUNAN SUK SHAH ALAM
Mereka diterima dengan baik dan tiada semburan gas pemedih mata atau air berkimia.
14/03/2008 Tunjuk Perasaan di Hadapan Bangunan SUK disambut baik oleh PDRM serta FRU.
Labels:
DEMONSTRASI PROJEK BABI,
FRU,
PDRM
Subscribe to:
Posts (Atom)