Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label FRU. Show all posts
Showing posts with label FRU. Show all posts

ULANGTAHUN PR SELANGOR TERCEMAR

Tiga petugas Pakatan cedera: seorang cedera di tangan manakala dua lagi lebam pada muka dan kepala dibelasah anggota FRU. Begitulah salah satu acara di Perhimpunan Ulang tahun kedua Pakatan Rakyat Selangor

Polis serbu majlis sambutan 2 tahun Pakatan, 3 cedera


KUALA LUMPUR, 7 Mac: Polis menyerbu ceramah sempena dua tahun Pakatan Rakyat walaupun diadakan di tanah dan bangunan milik kerajaan negeri Selangor iaitu padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

Akibat sebuan itu, tiga petugas Pakatan cedera, seorang cedera di tangan manakala dua lagi lebam pada muka dan kepala. Mereka kemudiannya membuat laporan polis.

Kira-kira 50 FRU bertindak menyerbu perhimpunan itu selepas lima minit sahaja Naib Presiden PKR, Azmin Ali memulakan ucapannya selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berucap.

"Bangunan ini, tanah ini bukan milik Umno, bukan milik Rosmah (isteri Perdana Menteri), tetapi milik kerajaan negeri Selangor atas nama menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..."

Sebaik sahaja selepas berkata demikian, kira-kira 50 FRU yang sudah bersedia sebaik sahaja Khalid berucap sebelum itu, menyerbu pentas dan menghentikan Azmin daripada berucap.

Menurut maklumat, ada beberapa petugas dan orang ramai yang dipukul oleh FRU kerana cuba menghalang serbuan itu.

Ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan interinya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah belum sampai. Di atas pentas adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Dr Lo' Lo' Ghazali, anggota Parlimen kawasan Titiwangsa di samping Tan Sri Khalid.

Akibat serbuan itu keadaan menjadi kecoh dan pihak polis memaksa orang ramai masuk ke bangunan yang sempit itu. Mereka sama sekali tidak dibenarkan duduk di luar dewan. Jika tidak, ceramah itu tidak akan dibenarkan.

Ekoran itu, semua para hadhirin menadah tangan mengaminkan doa yang dibacakan.

Selepas perbincangan dibuat, polis membenarkan program itu diteruskan dengan syarat ia diadakan di dalam dewan.

Anwar dan isterinya tiba kira-kira jam 10.25 malam dengan disambut teriakan reformasi dan takbir daripada orang ramai.

Dalam ucapannya selepas itu, Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada polis kerana dengan tindakan itu orang ramai semakin benci kepada Umno.

Azmin memberitahu, tindakan polis menyerbu majlis pada malam ini setelah mendapat tahu satu VCD akan dilancarkan oleh Anwar berkaitan dengan fatwa Dr Yusof Qardawi berkaitan dengan Liwat II.

Menurutnya, Qardawi memberi fatwa bahawa perancang, penyokong dan mereka yang mempercayai fitnah ini sebagai fasik dan munafik.

Nazri Abdullah /harakahdaily

Read More “ULANGTAHUN PR SELANGOR TERCEMAR”  »»

FRU SEPERTI BTN, YANG BANYAK JASA KEPADA BN

"Apa yang kita buat itu adalah mengikut undang-undang demi memastikan ketenteraman awam terpelihara," kata Komandernya, Datuk Roslan Ahmad.

Berdasarkan undang-undang juga, FRU boleh bertindak melepaskan tembakan dalam menghadapi perusuh, jelas beliau. "Cuma kena tengok siapa yang berdemonstrasi" kata kawan saya.

FRU Tidak Akan Kompromi Dengan Pihak Yang Cetuskan Huru-hara


IPOH, 2 Dis (Bernama) -- Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan huru-hara dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram di negara ini.

Komandernya, Datuk Roslan Ahmad berkata demonstrasi jalanan bukan budaya dan cara terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan pihaknya akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan keamanan dan ketenteraman negara terus terpelihara.

"Kita mempunyai kekuatan anggota yang mencukupi dan tidak bimbang dalam menghadapi sebarang perhimpunan haram selain mendapat kerjasama polis secara bersepadu dalam menyuraikan sesuatu perhimpunan haram," katanya selepas majlis meraikan 40 penghuni rumah anak yatim Yayasan Amanah An-Nur Maisarah di FRU Sungai Senam dekat sini.

"Apa yang kita buat itu adalah mengikut undang-undang demi memastikan ketenteraman awam terpelihara," katanya.

Berdasarkan undang-undang juga, FRU boleh bertindak melepaskan tembakan dalam menghadapi perusuh, jelas beliau.

--BERNAMA

Read More “FRU SEPERTI BTN, YANG BANYAK JASA KEPADA BN”  »»

SEJARAH HIMPUNAN MANSUHKAN ISA 01 OGOS 09


PROLOG

Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.



PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM PERHIMPUNAN

  • 1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

  • 2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

  • 3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

  • 4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

  • 5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

  • 6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

  • 7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

  • 8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

  • 9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

  • 10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

  • 11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

  • 12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

  • 13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

  • 14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

  • 1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

  • 2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

  • 3. Memakai pakaian yang sopan- Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

  • 4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

  • 5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

  • 6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

  • 7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

  • 8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

  • 9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

  • 10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

  • 11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

  • 12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

  • 13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

  • 14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI untuk rekod dan disiarkan.


PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN

  • 1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

  • 2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

  • 3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

  • 4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

  • 5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

  • 6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen Mansuhkan ISA

  • 7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

  • 8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

  • 9. Jangan bawa sebaranenda tajam kecuali pen.

  • 10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

  • 11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

  • 12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

  • 13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

  • 14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.


SEMASA PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN


  • 1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik

  • 2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

  • 3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

  • 4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

  • 5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

  • 6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

  • 7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

  • 8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

  • 9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

  • 10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

  • 11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

  • 12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

  • 13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

  • 14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

  • 15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

  • 16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI untuk rekod dan disiarkan.

  • 17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.


SELEPAS PERHIMPUNAN

  • 1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

  • 2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

  • 3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

  • 4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

  • 5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

  • 6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi


  • 1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

  • 2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

  • 3. Jangan hampiri mereka.

  • 4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

  • 5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
  • 6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan


  • 1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

  • 2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

  • 3. Duduk jika pimpinan arahkan.

  • 4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

  • 5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

  • 6. Ambil gambar mereka jika sempat.

  • 7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.


EPILOG


Apa yang anda perlu buat jika ditahan


  • 1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

  • 2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

  • 3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

  • 4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

  • 5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

  • 6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

  • 7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

  • 8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

  • 9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

  • 10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

  • 11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan


  • 1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

  • 2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

  • 3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

  • 4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

  • 5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

  • 6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

  • 7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

  • 8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

  • 9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

  • 10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

  • 11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

  • Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

  • Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

  • Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

  • Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

  • Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.
cAtaTan DARI SIASAHBLOGSPOT.COM oleh Blogger kamal farhan

Read More “SEJARAH HIMPUNAN MANSUHKAN ISA 01 OGOS 09”  »»

10 DEKLARASI ISA AKAN DISERAH PADA AGONG

Himpunan berjaya, GMI akan hantar Memo 10 Deklarasi ISA kepada Agong secepat mungkin


Tarmizi Mohd Jam | Foto Wan Zahari Wan SallehI malaysiakini
Sat | Aug 01, 09 | 4:46:31 pm MYT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat.

Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Demikian lapor wartawan Harakah, NYZA AYOB dari Pejabat Agung PAS.

Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.

Anwar menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.

Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.

Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras. Para peguam kini sedang berusaha untuk menyelesai dan membebaskan ke semua tahanan tersebut.

Read More “10 DEKLARASI ISA AKAN DISERAH PADA AGONG”  »»

FRU TUNGGU ARAHAN SELANJUTNYA

Polis enggan benarkan tahanan temui peguam


Anis Nazri
Sat | Aug 01, 09 | 9:59:17 pm MYT




KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Suasana di Pusat Tahanan FRU Cheras menjadi kecoh apabila pihak polis bertelagah dengan para peserta demonstrasi anti-ISA yang ditahan sebelum dan semasa himpunan MANSUH, hari ini.


Menurut Ahli Jawatan Kuasa Muslimat PAS, Athirah Aiman al-Jundi, yang ditahan kira-kira jam 12.50 tengah hari di Kompleks Pertama, pertelagahan tersebut berlaku apabila pihak polis tidak membenarkan mereka yang ditahan untuk menemui peguam.

Tambah beliau, pihak polis tidak membenarkan mereka menemui peguam dengan alasan 'mereka belum ditahan', selain mengatakan para peguam tidak mengendahkan hak dan nasib mereka.

"Alasan pihak polis tidak membenarkan kami menemui peguam ialah kerana kami belum ditahan. Jadi, yang letakkan kami di pusat tahanan ini apa namanya? Jika kami tidak ditahan, mengapa tidak dilepaskan sahaja?", soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Tambah beliau lagi, alasan polis bahawa para peguam tidak mengendahkan mereka yang ditahan turut tidak masuk akal, memandangkan terdapat tiga peguam di luar pusat tahanan tersebut, antaranya Lateefa Koya yang ingin menemui mereka yang ditahan.

Sambil menyatakan kesemua yang ditahan dipisahkan antara satu sama lain bagi mengelakkan sebarang perbincangan, Athirah turut memaklumkan tiada sebarang keterangan diambil polis ke atas mereka yang ditahan.

"Kita tidak tahu apa yang mereka mahu. Keterangan tidak diambil, malah terdapat dua tahanan wanita dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil. Atas sebab apa kita tidak tahu. Malah, ada di kalangan yang ditahan telah diambil kad pengenalan mereka tanpa dipulangkan kembali," tambah beliau yang turut menyampaikan informasi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan mereka yang ditahan bertindak melakukan pelbagai aktiviti bagi memprotes tindakan polis, antaranya melaungkan slogan 'Hidup Rakyat', 'Mansuh ISA', 'Hentikan kezaliman', 'hancur penindasan', 'lawan tetap lawan', selain mendeklamasikan sajak.

Antara yang turut ditahan bersama Athirah ialah AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof Rawa; Exco Pemuda Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil; Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah; serta beberapa aktivis lain, termasuk isteri tahanan ISA lapan tahun, Norlaila Othman.

Read More “FRU TUNGGU ARAHAN SELANJUTNYA”  »»

20 RIBU ANTI ISA BANJIRI KL BERTEMBUNG POLIS

Lebih 20,000 peserta himpunan aman bertembung polis dekat Sogo
Harakahdaily
Sat | Aug 01, 09 | 2:27:50 pm MYT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat mengetuai perarakan beberapa kumpulan yang terpisah dari Sogo ke Dataran Merdeka. Turut bersamanya, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Naib-Naib Presiden, Dato' Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.

Menurut wartawan Harakahdaily polis sudah menggunakan kekerasan dan keganasan dengan membelasah peserta perhimpunan aman Mansuh ISA yang mula digerakkan dari kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamik.

Keadaan dilihat semakin tidak terkawal dengan tindakan ganas polis itu. Laungan takbir dan reformasi bersahut-sahutan. Dianggarkan lebih 20,000 orang terbabit dengan perarakan berkenaan.

Kumpulan yang bersama dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat menjadi sasaran pihak polis. Kelihatan juga beberapa insiden 'pertempuran' antara peserta himpunan dengan anggota polis yang semakin ganas bertindak.

Peserta demonstrasi menggunakan jalan lain menuju ke Dataran Merdeka untuk bertemu dengan kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.

Polis juga menggunakan anjing pengesan membantu operasi mereka. Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dilihat mengetuai perarakan yang semakin ramai sambutan. Polis membelasah menggunakan belantan.

Sebelum itu, Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad dan aktivis Arutchelvan sedang berbincang dengan pihak polis bagi mendapatkan laluan ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamik. Namun pihak polis bukan sahaja tidak membenarkan, malah memberi amaran akan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan himpunan. _

Lintas langsung Perhimpunan Mansuhkan ISA
Harakahdaily
Sat | Aug 01, 09 | 1:16:59 pm MYT

2.00 tengah hari: Di SOGO, 2 orang lelaki dari parti PKR ditangkap oleh polis kerana memakai lencana Mansuhkan ISA dan ia menimbulkan sedikit kekecohan. Pegawai Khas MB Kedah, Yusrin Zakri Adnan dan bapanya Hj Adnan Din ditahan polis. Orang ramai mula bergerak ke Dataran Merdeka. Kira-kira 5,000 orang bertembung di Jalan TAR dan mula berarak ke Dataran Merdeka.

Di MASJID NEGARA, Ketua Polis Kuala Lumpur memberitahu bahawa setakat ini 157 orang telah ditangkap. Orang ramai mula berarak ke Dataran Merdeka dipimpin oleh Dr Hatta Ramli tetapi diminta bersurai oleh polis. Namun mereka meneruskan perjalanan. Kira-kira 5,000 orang sedak berarak.

Di MASJID JAMEK, orang ramai semakin berkurangan setelah disuraikan oleh pasukan polis. 3 orang lelaki telah ditangkap secara aneh oleh pasukan apabila mereka dikehendaki bergambar bersama T'shirt lambang ISA. Polis membuat benteng dan mengarahkan orang ramai segera beredar. Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

Di ISTANA NEGARA, keadaan masih tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.

1.30 tengah hari: Di SOGO, 27 orang telah ditangkap polis setakat ini. Semua kedai di kawasan ini dan Sogo sendiri telah ditutup. Polis mengarahkan kira-kira 1,500 orang supaya segera bersurai.

Di MASJID NEGARA, beberapa orang telah ditangkap kerana setelah diperiksa mereka didapati membawa bahan yang ada kaitan dengan ISA seperti topi, lencana dan banner.

Di MASJID JAMEK, orang ramai semakin berkurangan setelah disuraikan oleh pasukan polis. Setakat ini 23 orang telah ditangkap di sini termasuk 2 orang wanita.

Di ISTANA NEGARA, keadaan masih tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.

1.00 tengah hari: Di SOGO, orang ramai semakin ramai berhimpun biarpun pasukan polis termasuk unit anjing cuba menghalang mereka berbuat demikian. Helikopter polis berlegar-legar rendah di kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman yang telah ditutup kepada lalu lintas. Aktivis GMI Norlaila Osman dan anak perempuannya Narshita Md Noor, Aiman Athirah Al-Jundi (PAS), Salmah Ismail (PKR), Hayati Abd Samad (PKR) telah ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria. 8 lelaki turut ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria.

Di MASJID NEGARA, polis memperketatkan kawalan dan menghalang orang ramai memasuki perkarangan masjid. Petugas-petugas media berkumpul di sini menunggu kehadiran pimpinan pembangkang dan GMI. Hanya beberapa orang awam berkumpul di sini. Orang ramai yang berkumpul di Stesen KTM mula bergerak ke Masjid Negara untuk menunaikan solat zohor. Polis memeriksa beg-beg yang dibawa oleh orang ramai.

Di MASJID JAMEK, 20 orang telah ditahan polis. Orang ramai semakin ramai berhimpun di sini. Polis menghalang orang ramai berkumpul di sekitar Masjid Jamek. Seorang peguam Puspa Rosman ditahan kerana mengedarkan risalah undang-undang kepada orang ramai. Polis memberi arahan kepada orang ramai supaya beredar dalam masa 15 minit.

Di ISTANA NEGARA, keadaan tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.

Read More “20 RIBU ANTI ISA BANJIRI KL BERTEMBUNG POLIS”  »»

KISAH BUDAK UMNO YANG MEMBANTAH "KHINZIR" PADA 14/03/08 DI HADAPAN BANGUNAN SUK SHAH ALAM

Mereka diterima dengan baik dan tiada semburan gas pemedih mata atau air berkimia.


14/03/2008 Tunjuk Perasaan di Hadapan Bangunan SUK disambut baik oleh PDRM serta FRU.

Read More “KISAH BUDAK UMNO YANG MEMBANTAH "KHINZIR" PADA 14/03/08 DI HADAPAN BANGUNAN SUK SHAH ALAM”  »»

KISAH SEORANG WAKIL RAKYAT YANG MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA

Video seorang Ahli Parlimen telah diajak bergocoh oleh "Penjaga Keamanan Negara"

Read More “KISAH SEORANG WAKIL RAKYAT YANG MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA”  »»

KISAH BUDAK UNIT AMAL YANG MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA












































Lihat sendiri bagaimana anggota Unit Amal yang dibelasah oleh "Penjaga Keamanan Negara" demi mempertahankan bahasa ibunda yang tercinta.

Read More “KISAH BUDAK UNIT AMAL YANG MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA”  »»

PIHAK POLIS SEKADAR MENJALANKAN PERINTAH ORANG ATASAN

Saudara, kita tidak boleh salahkan Polis semata-mata dalam insiden "kezaliman" serta "kekasaran" di Masjid Negara serta sepanjang Perhimpunan 100 Ribu pada Sabtu 7hb Mac 2009 kerana alasan dan hujah yang biasa diberi ORANG mungkin boleh disenaraikan seperti berikut,

  • (1) mereka menjalankan tugas,

  • (2) mereka menerima arahan pihak atasan,


  • (3) sudah menjadi budaya Polis taat perintah tanpa kompromi atau " yes, no, but SIR" laksana .....
  • (4) mereka terpaksa taat perintah jika tidak mahu dibuang kerja,

  • (5) mesti berdisiplin ikut perintah ketua sebab nak cari rezeki "halal" dengan makan gaji,

  • (6) mereka sudah dilatih bertindak ganas bagi tujuan menanamkan rasa gerun di hati "penjenayah"

  • (7)mereka akan jadi insan biasa seperti kita apabila "uniform" dibuka,

  • (8)Nasib baik dan bersyukurlah sebab anda atau sanak saudara anda tidak memakai lencana di kepala tertera perkataan "ALLAH' dan "MUHAMMAD",

  • (9) Apabila pencen nanti bertaubatlah serta jadi orang masjid jika beragama Islam dan "buat baik" untuk "cover" kesilapan lampau,

TETAPI pada pendapat saya, mereka terlepas pandang satu fakta iaitu dalam ajaran Islam, jika sesiapa telah menzalimi manusia lain, wajiblah, wajarlah,( haruslah jika di Indonesia), hendaklah, sayugialah...ia memohon maaf (ampun) kepada individu yang telah dizaliminya. Jika tidak .........Untuk jawapannya rujuklah kepada ahli agama.






















FRU serta polis derhaka terhadap Raja!


Tindakan FRU melepaskan gas pemedih mata terhadap rakyat yang berarak ke Istana Negara bagi mengiringi pimpinan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong disifatkan sebagai menderhaka terhadap raja.


Ini kerana pihak istana telah memperkenankan pimpinan GMP menyerahkan memorandum tersebut dan diiringi rakyat yang turut membantah dasar tersebut.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan PAS mengecam dan kesal dengan tindakan zalim pasukan keselamatan terhadap rakyat yang menyatakan bantahan mereka terhadap dasar yang secara halus sedang membunuh bahasa Melayu.

"Isu ini merupakan isu yang disepakati oleh semua parti bukan hanya dari kalangan Pakatan Rakyat.

"Di kalangan pemimpin Umno bukan sedikit yang menentang dasar sia-sia ini dan mendesak agar ia dihapuskan," tegas beliau.

Lebih mengecewakan tegas beliau, bila pihak keselamatan tidak menghiraukan dan tidak menghormati pejuang-pejuang bahasa seperti Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said yang berarak ke Istana Negara.
Perarakan bermula dari Masjid Negara, Sogo dan Pasar Seni pada pukul 2.00 petang diketuai oleh Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said yang memakai baju melayu berwarna merah jambu.
Pimpinan PAS Pusat turut sama berarak ke Istana bagi memberikan sokongan terhadap rakyat yang membantah dasar tersebut.

Pimpinan PAS diketuai oleh Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang; Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Mohamad Sabu; Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaffar; Ketua Penerangan, Dato' Mahfuz Omar dan Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli.

Selain itu beberapa ahli parlimen PAS turut kelihatan berarak ke Istana seperti Dr Dzulkifli Ahmad, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa dan lain-lain lagi.

Irwan Muhammad Zain | Foto Wan Zahari Wan Salleh/ mks/harakahdaily

Read More “PIHAK POLIS SEKADAR MENJALANKAN PERINTAH ORANG ATASAN”  »»

PERAK STATE ASSEMBLY MEETING HELD UNDER A TREE

Yes, the world is watching the Bolehland especially the Silver State Of Reduan but more stannous (tin) oxide is to be found in its famous Kinta Valley. History was in the making this morning 03rd day of March 2009 when the legitimate state government was barred from entering the State Assembly Hall by a handful
of "government servants" mainly the Police under the instruction of Higher Authorities whomsoever it may be. Three motions were passed.

Ikuti berita selanjutnya dari Bernama dan harakahdaily.



* Sidang tergempar DUN di bawah pokok, Nizar mendapat undi percaya

* 'Persidangan DUN Perak' Di Bawah Pokok

* 'Persidangan Tergempar' DUN Perak Lulus Tiga Usul

Sidang tergempar DUN di bawah pokok, Nizar mendapat undi percaya


Sidang tergempar DUN telah diadakan di bawah sepohon pokok berdekatan tempat letak kereta di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat dan Speaker tidak dibenarkan masuk pagi tadi.

Sidang itu dikendalikan dan dipengerusikan sendiri oleh Speaker DUN V Sivakumar dan meminta orang ramai yang hadir meyaksikan 'acara penuh sejarah' itu agar tidak menepuk tangan ataupun memberi sorakan. Siva meminta mereka yang dianggarkan kira-kira 300 orang supaya menghormati sidang DUN itu.

Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.

Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ.

Kira-kira jam 10.20 pagi usul pertama yang dibentangkan bahawa menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah diluluskan dengan sebulat suara.

harakahdaily

'Persidangan DUN Perak' Di Bawah Pokok


Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar dan 27 anggota dewan daripada pembangkang hari ini mengadakan "persidangan tergempar DUN" di bawah pokok, 100 meter di luar bangunan DUN.

Persidangan pada 10.20 pagi itu diadakan setelah kumpulan ADUN berkenaan dihalang oleh polis daripada memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN Perak pagi ini, kerana persidangan itu disifatkan sebagai tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Persidangan itu ditangguhkan 25 minit kemudian selepas meluluskan tiga usul.

Sebelum itu, kekecohan berlaku di luar perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan apabila ADUN pembangkang cuba memasuki ke kawasan bangunan itu untuk menghadiri persidangan di dalam dewan.

Polis bagaimanapun hanya membenarkan Sivakumar memasuki bangunan itu pada kira-kira 9.45 pagi dan orang ramai termasuk media yang berada di situ telah diminta bersurai.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias memberi amaran akan menahan sesiapa sahaja termasuk wakil rakyat yang enggan bersurai.

Polis sejak petang semalam telah mengadakan kawalan ketat termasuk menutup beberapa jalan menghala ke bangunan berkenaan Perak Darul Ridzuan.

Lebih 100 penyokong pembangkang berkumpul di luar bangunan itu sejak awal pagi ini.

Pintu masuk utama ke bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang telah ditutup sejak petang semalam dan hanya kakitangan perkhidmatan awam yang bertugas dibenarkan masuk hari ini.

Bangunan itu menempatkan pejabat Menteri Besar Perak, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Undangan Negeri.

Jumaat lalu, Sivakumar telah memanggil persidangan tergempar Dewan hari ini, namun Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Dewan Abdullah Antong Sabri berkata persidangan itu tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Sivakumar bagaimanapun tetap menyatakan ia sah dan dibuat mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan mengadakan kawalan di pintu masuk bahagian belakang bangunan berkenaan.

Di Mahkamah Tinggi Ipoh pula, sekumpulan peguam mewakili sama ada Barisan Nasional atau pakatan pembangkang berada di perkarangan mahkamah menunggu kes yang difail oleh Zambry dan enam anggota exco kerajaan negeri bagi memohon perintah mengisytiharkan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang mereka menghadiri persidangan DUN sebagai terbatal dan tidak sah.

Sivakumar sebelum ini menggantung dan melarang Zambry daripada menghadiri persidangan DUN selama 18 bulan manakala enam anggota exco itu dikenakan larangan selama 12 bulan.

Beliau semalam turut menggantung serta merta tugas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Abdullah Antong.


'Persidangan Tergempar' DUN Perak Lulus Tiga Usul


"Persidangan tergempar" Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung hari ini di bawah pokok 100 meter dari bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, meluluskan tiga usul.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

Persidangan itu, yang berlangsung selama 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Usul pertama dibentangkan oleh wakil rakyat Titi Serong, Khalil Idham Lim, usul kedua oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang, dan satu lagi oleh ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham. Mesyuarat itu ditangguhkan pada 10.33 pagi.

Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 27 ADUN pembangkang daripada memasuki Dewan.

Persidangan yang berlangsung sambil wakil-wakil rakyat terbabit berdiri dan ia dijalankan dengan bantuan Setiausaha Dewan yang baru dilantik semalam, Mohd Misbahul Munir Masduki, dengan penggunaan alat pembesar suara.

Kawasan persidangan yang berlangsung di sebuah lorong itu dipagari oleh sekumpulan penyokong pembangkang manakala lebih 200 orang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Ia disusuli sidang akhbar di pejabat DAP Perak yang terletak berhampiran.

Pada sidang akhbar itu Mohammad Nizar berkata beliau akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagi mempersembahkan keputusan Dewan hari ini untuk membubarkan DUN Perak.

Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Dewan, Abdullah Antong Sabri, berkata persidangan itu tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Ketika ditanya apakah tindakan seterusnya jika Sultan Azlan enggan memperkenankan pembubaran DUN, Mohammad Nizar berkata jika pembubaran dewan tidak dilaksanakan, ia akan hanya menyebabkan krisis perlembagaan kini berpanjangan sekaligus menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Perak.

"Jadi, kami menyampaikan hasrat rakyat Perak agar Tuanku mendengar suara rakyat dan membubarkan dewan," katanya.

Apabila diberitahu bahawa beberapa ADUN dari Barisan Nasional mendakwa tidak menerima sebarang notis daripada Setiausaha Dewan mengenai persidangan hari ini, Mohammad Nizar berkata Speaker telah memaklumkannya kepada semua ADUN.

Ngeh pula meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Zambry supaya bersetuju dengan pembubaran dewan kerana, menurutnya, itu adalah satu-satunya penyelesaian segera terhadap masalah dan krisis yang berlaku kini.

Beliau berkata laporan polis akan dibuat terhadap polis, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Rahman Hashim serta kakitangan awam yang terlibat menghalang sidang tergempar hari ini, kerana menghina.

BERNAMA

Read More “PERAK STATE ASSEMBLY MEETING HELD UNDER A TREE”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    9 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com