Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label JKKK. Show all posts
Showing posts with label JKKK. Show all posts

KONSEP BARU JKKKP STRATEGI TAWAN SELANGOR




Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor telah menggariskan konsep 4K bagi menggantikan konsep KBSM yang lama sebagai strategi merampas Selangor. Konsep KBSM ialah akronim untuk KENDURI BESAR, SAKIT MATI.

Konsep 4K pula akronim untuk KEBAJIKAN, KEMATIAN, KENDURI KEDAI KOPI.

Sasaran UMNO Selangor ialah untuk mendapatkan tambahan 9 kerusi lagi untuk memerintah.








Read More “KONSEP BARU JKKKP STRATEGI TAWAN SELANGOR”  »»

MASALAH SOSIAL SERTA INFRA MENJADI MASALAH UTAMA

Halimah tumpu struktur masalah sosial dan pembangunan


SHAH ALAM, 12 Feb - ADUN Selat Klang, Dr. Halimah Ali meminta agensi kerajaan dan jabatan memberi kerjasama sepenuhnya dalam melaksanakan kerja secara menyeluruh bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk.




Beliau berkata terdapat dua permasalahan besar yang perlu diberi fokus iaitu permasalahan pembangunan infrastruktur dan sosial yang diadukan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) di satu-satu tempat.

“Jadi saya telah mengemukan masalah-masalah yang telah diadukan oleh ketiga-tiga JKK iaitu Sungai Udang, Telok Gadong dan juga Kampung Delek. Jadi terdapat bukti-bukti dan tempat-tempat masalah yang sedang mereka alami khususnya masalah jalanraya, lorong-lorong, longkang dan parit-parit yang tersumbat, serta sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik.”

Beliau berkata selain permasalahan sturuktur terdapat juga permasalahan sosial yang semakin ketara peningkatannya perlu diberi perhatian oleh jabatan yang bertanggungjawab.

“Iaitu masalah daripada segi kafe siber yang melewati masa yang diberikan lesen oleh Majlis Perbandaran Klang, pusat-pusat perjudian, pusat-pusat hiburan dan juga masalah yang telah dibawakan kepada penduduk-penduduk terutamanya kepada pelajar.”

Beliau berharap aktiviti ini dapat dikawal selia dengan baik dari semua pihak terutamanya bagi mereka yang meluluskan premis pusat hiburan di kawasan tersebut.

Beliau turut meminta kerajaan persekutuan tidak mempolitikkan keperluan rakyat terutamanya apabila menyentuh soal pembangunan rakyat.

Beliau berharap segala peruntukan yang disediakan dapat diuruskan secara baik dan kolektif antara agensi kerajaan dan jabatan.

Selangorkini

Read More “MASALAH SOSIAL SERTA INFRA MENJADI MASALAH UTAMA”  »»

SATU LAGI ARAHAN HUKUM RIMBA BERKUATKUASA SERTA MERTA

Dengan ini adalah diberi ketahui bahawa dengan kuasa yang dicampakkan kepada saya, saya Dato' Seri Dr Zahid Hamidi mengarahkan perintah larangan berkuatkuasa serta merta seperti di bawah. Tindakan akan diambil kepada sesiapa yang ingkar.


1.Semua Pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri kecuali Jabatan Pengarain dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis dikecualikan daripada larangan ini.
2
. Kita tidak mengiktiraf syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
3. Semua syor yang dibuat JKKKP adalah syor yang sah.

4 Jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan telah diarahkan supaya hanya menerima borang-borang yang ditandatangani JKKKP.
5. Kemasukan ke institusi pengajian tinggi juga memerlukan syor JKKKP.

6. 28 wakil Barisan Nasional yang dipilih di peringkat negeri akan diberikan peruntukan khas untuk membantu masyarakat di kawasan mereka jika berlaku insiden-insiden termasuk kebakaran, banjir atau ribut petir.
Pegawai Kerajaan Persekutuan dilarang hadir mesyuarat negeri.

IPOH: Semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya pengarah agensi peringkat negeri yang dibenarkan menghadiri mesyuarat negeri, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau pegawai daerah.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pengarah agensi Persekutuan jika mereka menghadiri mesyuarat tersebut," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri bagaimanapun berkata, agensi-agensi seperti Jabatan Pengarain dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis dikecualikan daripada larangan itu.

Ahmad Zahid berkata, berkuat kuasa serta-merta juga, agensi-agensi persekutuan hanya akan menerima syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

"Jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan telah diarahkan supaya hanya menerima borang-borang yang ditandatangani JKKKP," katanya.

Disebabkan Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf JKKKP, semua syor yang dibuat JKKKP adalah syor yang sah.

"Kita tidak mengiktiraf syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya.

Berhubung permohonan biasiswa, Ahmad Zahid berkata, kemasukan ke institusi pengajian tinggi juga memerlukan syor JKKKP.

Ahmad Zahid juga memberitahu, 28 wakil Barisan Nasional yang dipilih di peringkat negeri akan diberikan peruntukan khas untuk membantu masyarakat di kawasan mereka.

"Peruntukan itu akan diberikan jika berlaku insiden-insiden termasuk kebakaran, banjir atau ribut petir di kawasan mereka," katanya yang enggan menyatakan jumlah peruntukan bagi setiap kawasan.

Sumber: Mstar Online

Read More “SATU LAGI ARAHAN HUKUM RIMBA BERKUATKUASA SERTA MERTA”  »»

Aktiviti Exco Modal Insan Pada 19/08/08: Majlis Perasmian Kursus SPIES Kepimpinan Ketua Kampung

Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Pemodenan, Pertanian dan Sumber Alam sedang menganjurkan Kursus Kepimpinan Ketua Kampung menggunakan Modul SPIES dengan bantuan Syarikat Perunding Qi Consultant, BAHA Creative Consultant , AMR Consultant dan Edisi Cemerlang di Lembah Azwen Resort dari 19-21hb Ogos 2008.Exco Modal Insan sedang berucap
Para peserta terdiri dari Tok Ketua Kampung

Read More “Aktiviti Exco Modal Insan Pada 19/08/08: Majlis Perasmian Kursus SPIES Kepimpinan Ketua Kampung”  »»

KURSUS S.P.I.E.S KEPIMPINAN KETUA KAMPUNG NEGERI SELANGOR



Read More “KURSUS S.P.I.E.S KEPIMPINAN KETUA KAMPUNG NEGERI SELANGOR”  »»

JKKKP PEMECAHBELAH MASYARAKAT

Keputusan dan tindakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah di bawah Senatornya menunjukkan dengan jelas sikap dan ciri sebuah kementerian atau agensi yang mengenepikan semangat kerjasama, kesatuan dan hasrat rakyat untuk bersatu padu serta berusaha ke arah integrasi nasional dengan mewujud serta melantik Ketua Kampung dan JKKKnya sendiri yang dipanggil JKKKP.

Beginilah hipokritnya kerajaan Pusat UMNO/BN. Mereka mengembar gemburkan cerita terpencil tentang betapa masjid atau surau mempunyai dua imam, pemboikotan majlis tertentu oleh anggota masyarakat yang berlainan ideologi politik dan sebagainya yang kononnya diamalkan oleh ahli parti lawan khususnya PAS.

Kerajaan BN menekankan bahawa orang kampung khususnya orang Melayu perlu bersatu tetapi apabila mereka ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya yang mereka sendiri tetapkan peraturan serta undang-undangnya, UMNO/BN adalah pihak pertama dan utama yang tidak menghormati kehendak dan pilihan rakyat. Dengan kata lain, demokrasi yang mereka perjuangkan akan dihumban ke laut jika mereka kalah dalam proses pemilihan kepimpinan demokrasi ala UMNO/BN.

Tidak hairanlah jika puak Nasionalis akan menggunakan apa cara sekalipun untuk mengekalkan kuasa mereka hatta dengan mewujudkan porak peranda dan ketidakstabilan politik dalam negara. Hal ini berlaku bukan sahaja di negara kita malah di negara-negara seperti Morocco, Turki dan lain-lain.
Dalam perkembangan lain, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Kementerian serta Menteri yang berkenaan. Ini kerana ia jelas bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Read More “JKKKP PEMECAHBELAH MASYARAKAT”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com