Keputusan dan tindakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah di bawah Senatornya menunjukkan dengan jelas sikap dan ciri sebuah kementerian atau agensi yang mengenepikan semangat kerjasama, kesatuan dan hasrat rakyat untuk bersatu padu serta berusaha ke arah integrasi nasional dengan mewujud serta melantik Ketua Kampung dan JKKKnya sendiri yang dipanggil JKKKP.
Beginilah hipokritnya kerajaan Pusat UMNO/BN. Mereka mengembar gemburkan cerita terpencil tentang betapa masjid atau surau mempunyai dua imam, pemboikotan majlis tertentu oleh anggota masyarakat yang berlainan ideologi politik dan sebagainya yang kononnya diamalkan oleh ahli parti lawan khususnya PAS.
Kerajaan BN menekankan bahawa orang kampung khususnya orang Melayu perlu bersatu tetapi apabila mereka ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya yang mereka sendiri tetapkan peraturan serta undang-undangnya, UMNO/BN adalah pihak pertama dan utama yang tidak menghormati kehendak dan pilihan rakyat. Dengan kata lain, demokrasi yang mereka perjuangkan akan dihumban ke laut jika mereka kalah dalam proses pemilihan kepimpinan demokrasi ala UMNO/BN.
Tidak hairanlah jika puak Nasionalis akan menggunakan apa cara sekalipun untuk mengekalkan kuasa mereka hatta dengan mewujudkan porak peranda dan ketidakstabilan politik dalam negara. Hal ini berlaku bukan sahaja di negara kita malah di negara-negara seperti Morocco, Turki dan lain-lain.
Dalam perkembangan lain, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Kementerian serta Menteri yang berkenaan. Ini kerana ia jelas bertentangan dengan Perlembagaan negara.
JKKKP PEMECAHBELAH MASYARAKAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment