Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor telah menggariskan konsep 4K bagi menggantikan konsep KBSM yang lama sebagai strategi merampas Selangor. Konsep KBSM ialah akronim untuk KENDURI BESAR, SAKIT MATI.
Konsep 4K pula akronim untuk KEBAJIKAN, KEMATIAN, KENDURI KEDAI KOPI.
Sasaran UMNO Selangor ialah untuk mendapatkan tambahan 9 kerusi lagi untuk memerintah.
KONSEP BARU JKKKP STRATEGI TAWAN SELANGOR
SELANGOR MESTI DIRAMPAS DARI PAKATAN RAKYAT WALAU APA SEKALIPUN
Walau apa cara sekalipun, Selangor mesti kembali ke tangan UMNO/BN. Ini kerana negeri Selangor adalah NADI Malaysia. Begitulah saranan dan amaran DS Najib kepada ahli UMNO/BN Selangor yang mana beliau merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, dan sekaligus kepada parti komponen Pakatan Rakyat.
Di antara agensi di bawah DS Najib yang akan membantu beliau dalam merampas balik Selangor ialah
SPRM,
SPR,
KEMAS,
Majlis Keselamatan Negeri
Jabatan Belia dan Sukan
Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Jabatan Hal Ehwal Khas
Jabatan Kemajuan Masyarakat
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
"Formula Pekan" yang disebut oleh DS Najib terdiri dari 3 budaya iaitu " mendengar, berkhidmat dan menyelesaikan masalah".
Selangor nadi negara - Najib
09/08/2009 1:01pm
UtusanOnLine
KUALA SELANGOR 9 0gos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau mahu Selangor dikembalikan semula ke tangan Barisan Nasional (BN) kerana negeri ini penting sebagai nadi negara.
"Peluang untuk BN berkuasa semula di Selangor tetap ada tetapi dengan syarat parti-parti komponen yang diterajui UMNO sudah insaf dan menyedari kekurangan diri dan sanggup berubah," kata beliau yang juga Presiden UMNO semasa berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor di sini hari ini.
Selain daripada itu, beliau berkata, UMNO tidak boleh mempunyai perasaan benci kepada orang lain dalam keluarga BN dan perlu berjuang bersama-sama dalam satu keluarga besar berganding bahu berjuang secara seia sekata dan sehaluan.
“Ini harapan saya ... pesanan saya kalau hendak menang buat cara nak menang, jangan kita kata nak menang tapi perbuatan kita menempah kekalahan,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Najib berkata, perancangan itu yang dipanggil sebagai “Formula Pekan” telah membawa beliau ke persada yang lebih tinggi di dalam politik negara sehingga menjadi Perdana Menteri dan presiden parti.
- BERNAMA
==========================================================
Amalkan tiga budaya untuk mantapkan kembali UMNO - Najib
08/08/2009 1:47pm
PEKAN 8 Ogos — Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para pemimpin dan anggota parti itu mesti mempraktikkan tiga budaya - “mendengar, berkhidmat dan menyelesaikan masalah” bagi memantapkan semula UMNO.
Perdana Menteri berkata ketiga-tiga budaya itu penting bagi memastikan UMNO terus dapat mempertahankan kedudukannya sebagai parti memerintah dan mendapat sokongan padu daripada rakyat.
“Yang pertama, budaya mendengar - kita kena sentiasa mendengar suara rakyat, rintihan rakyat, sanggup sentiasa disisi rakyat dan bukannya jauh, bukan sombong tapi merendah diri dan jangan jadi golongan elit,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Pekan di sini, hari ini.
Najib yang juga Ketua UMNO bahagian itu berkata budaya kedua ialah berkhidmat iaitu sentiasa memberikan khidmat yang terbaik sepanjang masa.
“Berkhidmat untuk rakyat, jangan berkhidmat kepada puak kita sahaja, berkhidmat mesti sepanjang masa, bukan masa dekat pilihan raya, (bila dekat pilihan raya), kepil biodata, harap-harap jadi calon. - Bernama
=======================================================================================
Cari "Salah Orang" atau "Orang Salah"
Siapa Sebenarnya Pemecahbelah Masyarakat
Pejabat Pembangunan Negeri Didakwa Mahu Jatuhkan Kerajaan Selangor
Friday, 13 March 2009
SHAH ALAM, 13 Mac - Persidangan dewan undangan negeri hari ini dikejutkan dengan pendedahan penyalahgunaan kuasa oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor melalui program People Centric yang bermatlamat menjatuhkan kerajaan negeri.
Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata program berkenaan bertujuan meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan Persekutuan dengan meningkatkan imej dan kredibiliti kerajaan negeri.
“Program ini menjadi tanda tanya tentang kebebasan pegawai kerajaan yang nampaknya bertindak menyebelahi kerajaan Barisan Nasional (BN) sedangkan mereka sepatutnya bersikap bebas dan profesional dalam menjalankan tugas.
“Lebih teruk lagi program ini cuba memberi kredibiliti kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) sedangkan DYMM Sultan Selangor telah pun bertitah tidak mengiktirafkan JKKP di Selangor,” katanya kepada pemberita malam ini.
Sehubungan itu, Abdul Khalid menggesa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menjelaskan mengapa pegawai kerajaan dibenarkan bersubahat dengan BN sekaligus menjatuhkan maruah pegawai-pegawai itu sendiri.
Abdul Khalid menambah, timbul persoalan sama ada program itu turut menjadi sebab Selangor akhir-akhir ini diserang dengan pelbagai tuduhan serta tohmahan.
“Ingin saya nyatakan tuduhan seperti lembu dan kereta peribadi serta tuduhan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun kononnya Menteri Besar terlibat dalam aktiviti mencuri pasir dan mempunyai pejabat di tingkat 5, Bangunan SUK tidak benar sama sekali,” katanya.
Beliau juga menafikan pernah memberi sebarang kebenaran kepada saudara mara melakukan sebarang perniagaan yang melibatkan kerajaan negeri.
Tambah Dato’ Menteri Besar, beliau telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat daerah dan semua anak syarikat kerajaan negeri supaya tidak melayan permintaan ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan ataupun pihak-pihak tertentu.
- NOOR ALLIA KASSIM/selangor kini
PONTOON JETI PULAU KETAM TENGGELAM, HARBOUR CITY ASA NIAGA TIMBUL
Pada bulan Jun 2009, jeti awam ke Pulau Ketam telah "tenggelam", hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana ia boleh berlaku.
Dengan ehsan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), penduduk Pulau Ketam serta pengguna pengangkutan feri serta bot mula menggunakan jeti LKIM dan kemudahan ini akan berakhir pada 31 Julai 2009, namun satu rundingan telah diadakan pada 25 Jun 2009 dengan pihak-pihak yang terlibat, tempoh penggunaan jeti LKIM telah dilanjutkan sehingga 8 Ogos 2009.
Seramai lebih kurang ?500 orang penduduk Pulau Ketam berdemonstrasi pada 1hb Julai 2009 menyuarakan rasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Mari kita kaji apa hikmahnya pontoon jeti Pulau Ketam tenggelam. Ini kerana jika ia tidak tenggelam nescaya tiada siapa yang tahu sejarah jeti awam Pulau Ketam dan Projek Harbour City milik ASA Niaga Sdn Bhd.
Jeti Awam Pulau Ketam (JAPK) sebelum pontoonnya tenggelam terletak di atas tanah rezab Persekutuan Lot 17 Seksyen 16 Pelabuhan Klang atau lot lama 104724.
Kerajaan BN Selangor telah meluluskan sebahagian dari tanah rezab di atas seluas 15.0 ekar kepada Tetuan ASA Niaga Sdn Bhd untuk projeknya pada 29 Nov 1995.
Pada tahun 1999 Kerajaan BN Selangor telah meluluskan 2 lot tanah kepada ASA Niaga Sdn Bhd iaitu:
(1) Sebahagian tanah rezab lot 17 Seksyen 16 PT 92572 seluas 15 ekar yang mana jeti ini terletak,
(2) Sebahagian tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) iaitu lot 24 PT 483 seluas 5.709 ekar,
dengan premium 30% DISKAUN berjumlah keseluruhannya RM2.182 juta sahaja.
Bayaran diterima pada 4 Jan 2002.
Dengan yang demikian, maka jeti awam Pulau Ketam kini terletak di atas tanah milik ASA Niaga Sdn Bhd. Bagaimana caranya untuk
memindahkan jeti ini dari wujud dan beroperasi? Tuan-tuan yang bijaksana jawab sendiri.
laporan Sinar Harian bertarikh 2/7/09
PELABUHAN KLANG - Penduduk Pulau Ketam dan Sungai Lima berhadapan dengan dilema apabila kemudahan jeti yang sekian lama digunakan mereka untuk berulang alik ke tanah besar bakal ditarik balik.
Sinar Harian difahamkan jeti milik Jabatan Perikanan digunakan atas dasar pinjaman dan tempoh berkenaan bakal berakhir Ogos depan, membuatkan mereka diburu keresahan apabila sehingga kini pihak berkenaan seperti Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri tidak menunjukkan usaha serius untuk menyelesaikan kemelut itu.
Menurut seorang penduduk, Ismail Hakim, 46, sejak sekian lama penduduk di situ menggunakan jeti Jabatan Perikanan yang prihatin membenarkan mereka menggunakan jeti secara percuma, sedangkan jeti kekal yang dinanti masih ‘tidak kunjung tiba’.
“Sejak sekian lama kami menumpang jeti di sekitar kawasan ini untuk kegunaan ketika datang berurusan ke tanah besar dan tambang yang semakin mahal kepada penduduk.
“Malah, hingga kini belum ada tindakan serius daripada kerajaan negeri untuk membantu kami mengatasi kemelut yang berlaku ini,” katanya.
Katanya, kerajaan negeri atau persekutuan perlu serius untuk membantu penduduk dan tidak hanya menjanjikan isu ini terutama pada waktu menjelang pilihan raya bagi meraih undi.
SIAPA SEBENARNYA PEMECAHBELAH MASYARAKAT
Sejak diperintah oleh Pakatan Rakyat selepas pilihanraya umum ke 12, Mac 2008, Negeri Selangor telah mencatat banyak kejayaan yang tidak dapat ditandingi oleh negeri-negeri dibawah kerajaan Barisan Nasional.
Kejayaan ini tidak disenangi oleh kerajaan pusat, maka satu program untuk menjatuhkan kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat dirancang.
“ICU atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Persekutuan Negeri (JKTPNg) Selangor Darul Ehsan pada 26 Februari 2009 di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor telah memutuskan Pelaksanaan Program “PEOPLE CENTRIC” di Negeri Selangor oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor.”
1. Antara hala tuju dan matlamat keseluruhannya :
a) Bagi mengekalkan dan mengukuhkan persepsi/ tanggapan positif rakyat kepada Kerajaan Persekutuan,
b) Meningkatkan sokongan kepada rakyat kepada Kerajaan Persekutuan dengan meningkatkan imej dan kredibiliti pemimpin dan sekaligus “MENJATUHKAN IMEJ DAN KREDIBILITI PEMBANGKANG”
c) Memenangi Pilihanraya Umum ke-13 dengan majority dua pertiga di Parlimen; dan Barisan Nasional menawan kembali Negeri Selangor daripada Pembangkang
d) Untuk mengekalkan terus kesinambungan pemerintahan Kerajaan Persekutuan dibawah Barisan Nasional
2. KEAHLIAN TASK FORCE PEOPLE CENTRIC :-
I. PENGERUSI – Pejabat Pembangunan Negeri
II. KEAHLIAN –
· Majlis Keselamatan Negeri
· Jabatan Belia dan Sukan
· Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Jabatan Hal Ehwal Khas
· Jabatan Kemajuan Masyarakat
· Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
· SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) !!!
SATU LAGI ARAHAN HUKUM RIMBA BERKUATKUASA SERTA MERTA
Dengan ini adalah diberi ketahui bahawa dengan kuasa yang dicampakkan kepada saya, saya Dato' Seri Dr Zahid Hamidi mengarahkan perintah larangan berkuatkuasa serta merta seperti di bawah. Tindakan akan diambil kepada sesiapa yang ingkar.
1.Semua Pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri kecuali Jabatan Pengarain dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis dikecualikan daripada larangan ini.
2. Kita tidak mengiktiraf syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
3. Semua syor yang dibuat JKKKP adalah syor yang sah.
4 Jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan telah diarahkan supaya hanya menerima borang-borang yang ditandatangani JKKKP.
5. Kemasukan ke institusi pengajian tinggi juga memerlukan syor JKKKP.
6. 28 wakil Barisan Nasional yang dipilih di peringkat negeri akan diberikan peruntukan khas untuk membantu masyarakat di kawasan mereka jika berlaku insiden-insiden termasuk kebakaran, banjir atau ribut petir.
Pegawai Kerajaan Persekutuan dilarang hadir mesyuarat negeri.
IPOH: Semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya pengarah agensi peringkat negeri yang dibenarkan menghadiri mesyuarat negeri, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau pegawai daerah.
"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pengarah agensi Persekutuan jika mereka menghadiri mesyuarat tersebut," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri bagaimanapun berkata, agensi-agensi seperti Jabatan Pengarain dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis dikecualikan daripada larangan itu.
Ahmad Zahid berkata, berkuat kuasa serta-merta juga, agensi-agensi persekutuan hanya akan menerima syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
"Jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan telah diarahkan supaya hanya menerima borang-borang yang ditandatangani JKKKP," katanya.
Disebabkan Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf JKKKP, semua syor yang dibuat JKKKP adalah syor yang sah.
"Kita tidak mengiktiraf syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya.
Berhubung permohonan biasiswa, Ahmad Zahid berkata, kemasukan ke institusi pengajian tinggi juga memerlukan syor JKKKP.
Ahmad Zahid juga memberitahu, 28 wakil Barisan Nasional yang dipilih di peringkat negeri akan diberikan peruntukan khas untuk membantu masyarakat di kawasan mereka.
"Peruntukan itu akan diberikan jika berlaku insiden-insiden termasuk kebakaran, banjir atau ribut petir di kawasan mereka," katanya yang enggan menyatakan jumlah peruntukan bagi setiap kawasan.
Sumber: Mstar Online
JKKKP PEMECAHBELAH MASYARAKAT
Keputusan dan tindakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah di bawah Senatornya menunjukkan dengan jelas sikap dan ciri sebuah kementerian atau agensi yang mengenepikan semangat kerjasama, kesatuan dan hasrat rakyat untuk bersatu padu serta berusaha ke arah integrasi nasional dengan mewujud serta melantik Ketua Kampung dan JKKKnya sendiri yang dipanggil JKKKP.
Beginilah hipokritnya kerajaan Pusat UMNO/BN. Mereka mengembar gemburkan cerita terpencil tentang betapa masjid atau surau mempunyai dua imam, pemboikotan majlis tertentu oleh anggota masyarakat yang berlainan ideologi politik dan sebagainya yang kononnya diamalkan oleh ahli parti lawan khususnya PAS.
Kerajaan BN menekankan bahawa orang kampung khususnya orang Melayu perlu bersatu tetapi apabila mereka ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya yang mereka sendiri tetapkan peraturan serta undang-undangnya, UMNO/BN adalah pihak pertama dan utama yang tidak menghormati kehendak dan pilihan rakyat. Dengan kata lain, demokrasi yang mereka perjuangkan akan dihumban ke laut jika mereka kalah dalam proses pemilihan kepimpinan demokrasi ala UMNO/BN.
Tidak hairanlah jika puak Nasionalis akan menggunakan apa cara sekalipun untuk mengekalkan kuasa mereka hatta dengan mewujudkan porak peranda dan ketidakstabilan politik dalam negara. Hal ini berlaku bukan sahaja di negara kita malah di negara-negara seperti Morocco, Turki dan lain-lain.Dalam perkembangan lain, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Kementerian serta Menteri yang berkenaan. Ini kerana ia jelas bertentangan dengan Perlembagaan negara.