
Rombongan Amal Malaysia yang di ketuai oleh Presidennya Tuan Hj Hussin Ismail disertai oleh Timbalan Presiden Tuan Hj Jamulidin Elias, Naib Presiden YB Dr Abd Rani Osman, YB Dr Hj Hamdan, Pengerusi Amal Malaysia Cawangan Selangor, YB Dr Hj Ahmad Yunos dan sukarelawan Encik Khalil telah selamat sampai di Kaherah, Mesir.
InsyaAllah Amal Malaysia akan membekalkan barang-barang makanan dan air mineral bernilai 20,000 Euro Dollar untuk di hantar dengan beberapa buah lori ke Hospital Arish di Sempadan Ghaza.
Aktiviti Yayasan Amal di Gaza-Mesir di SINI,
Laporan khas dari Ketua Misi Amal di Hospital SINI
YAYASAN AMAL TELAH TUNAIKAN AMANAH RAKYAT SELANGOR
KERAJAAN SELANGOR PELAWA RELAWAN KE GAZA

Kerajaan negeri Selangor mengalu-alukan NGO yang ingin menyertai misi dan mereka yang berminat hendaklah menghubungi terus Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dak Komunikasi Rodziah Ismail atau Adun Meru Dr Abdul Rani Osman.
Selangor akan hantar misi kemanusiaan ke Palestin
Salmiyah Harun / harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Hrkh) -Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar bantuan misi kemanusiaan ke Palestin yang diterajui Yayasan Amal salah satu NGO yang mempunyai pengalaman luas di seluruh dunia.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah memutuskan menghantar misi itu yang berpangkalan di sempadan Mesir bagi memberi bantuan perubatan dan sosial kepada penduduk Gaza.
Segala bantuan yang diberikan dalam misi itu akan dibiayai penuh oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Sehubungan itu, kerajaan negeri turut mengalu-alukan NGO yang ingin menyertai misi dan mereka yang berminat hendaklah menghubungi terus Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dak Komunikasi Rodziah Ismail atau Adun Meru Dr Abdul Rani Osman.
"Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi serangan bertubi-tubi yang telah mengorbankan beribu-ribu orang awam yang tidak bersalah," demikian menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya.


