Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label Peta bandar Klang. Show all posts
Showing posts with label Peta bandar Klang. Show all posts

PELAN BARU SISTEM ALIRAN TRAFIK BANDAR KLANG

Satu kajian yang dijalankan oleh MPK, PDRM dan JKR mendapati:-

(i) Persimpangan berlampu isyarat di bandar Klang menyebabkan berlaku kelewatan dalam alirn trafik,

(ii) Aktiviti meletak kenderaan serta menunggu menjejaskan pengaliran lalu lintas di pusat bandar,

(iii) Konflik lalu lintas di jalan keluar masuk pada Persiaran Sultan Ibrahim
menganggu kelancaran trafik,

(iv) Kapasiti sedia ada tidak mampu menampung kesesakan serta penggunaan di Jambatan Kota, Bulatan 100 dan Persiaran Sultan Ibrahim.

Kerajaan Selangor Desak Bina Jambatan Ketiga Atasi Kesesakan Bandar Klang

KLANG, 6 Dis - Kerajaan Negeri Selangor mendesak Kerajaan Persekutuan membina jambatan ketiga bagi mengatasi masalah kesesakan bandar Klang, kata Ronnie Liu.

Menurutnya, sewaktu pentadbiran Umno-Barisan Nasional, mereka sudah berjanji kepada rakyat Klang malah sudah pun melancarkan batu asas jambatan ketiga bagaimanapun ia hanya omongan kosong sahaja.

“Kerajaan Pusat dia sudah janji orang Klang, dia ada jambatan ketiga, dia sudah janji lama 10 tahun, akhir sekali semasa ada kempen Pilihanraya Ke12 Mac 2008, saya nampak Khir Toyo dan Samy Vellu dia datang sama-sama untuk lancarkan dia mahu mulakan jambatan ketiga, kalau tidak silap saya kosnya 230 juta”, kata Ronnie.

Kelambatan pembinaan jambatan di pusat bandar Klang memburukkan lagi keadaan apabila didapati sering tergendala dan dibuat secara sambil lewa oleh kontraktror Spaz Sdn Bhd.

Menurut Ronnie, pembinaan jambatan tersebut yang dimulakan sejak 2007 itu masih gagal disempurnakan malah sering kali berlaku penangguhan walaupun ia sepatutnya siap pada Mac tahun ini.

“Sebab itu hari ini saya minta bagi pihak orang Klang kita minta dibuat 24 jam, yang kedua dia tambah pekerja, ketiga dia kena pastikan sentiasa ada cukup bahan, sebab pekerja dia kata kadang-kadang tak ada bahan, tak ada bahan semua orang berhenti”, jelasnya lagi.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan, Ronnie Liu bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada perhimpunan secara aman di jambatan Pusat Bandar Klang, pagi tadi.

Ekoran itu, Ronnie sendiri menempatkan jurutera kerajaan negeri bagi memantau perjalanan projek pembinaan jambatan tersebut supaya dapat disiap seberapa segera.

“Saya harap orang Klang dia kena faham ini projek persekutuan, kontraktor pun persekutuan, orang yang jaga tempat ni pun JKR, ini semua persekutuan punya kuasa, jadi kita minta jangan salahkan MPK, jangan salahkan Adun termasuk saya, saya ini kita hanya boleh bagi desakan sahaja”, tegasnya.

Katanya lagi, kontraktor sudah berjanji menurap jalan lencongan berhampiran jambatan baharu semalam, bagaimanapun sehingga kini mereka masih gagal berbuat demikian.

MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN/selangorkini

















Read More “PELAN BARU SISTEM ALIRAN TRAFIK BANDAR KLANG”  »»

CADANGAN LALUAN ALTERNATIF SEKITAR BANDAR KLANG

Laluan Alternatif di bandar Klang bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang agak teruk. Laluan berwarna merah ialah laluan yang harus dielakkan, manakala laluan berwarna hijau merupakan laluan yng dicadangkan. Namun jika semua orang menggunakan laluan alternatif pada waktu yang sama, sesak juga akhirnya. Sekalung tahniah dan terima kasih pada Pihak Polis Trafik Klang kerana membantu mengurangkan kesesakan di laluan utama dan di persimpangan yang sesak seperti di hadapan Masjid Bukit Jati Jln Sg Jati (Uganda) dan Jln Kota Raja, Simpang Empat Jln Kota Raja (Kg Jawa ) dan Jln Raja Nong dan lain-lain.






Kelihatan aktiviti pembinaan di kawasan antara Plaza MPK, BANGUNAN CHI LIUNG, SHAW CENTER POINT, JAMBATAN KOTA DAN BULATAN 100.


Read More “CADANGAN LALUAN ALTERNATIF SEKITAR BANDAR KLANG”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com