Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label laluan alternatif bandar Klang. Show all posts
Showing posts with label laluan alternatif bandar Klang. Show all posts

JAMBATAN KOTA KLANG DITUTUP MULAI 22 JAN 10

Laluan Shah Alam Ke Pelabuhan Klang Dan Banting Melalui Jambatan Kota Akan Ditutup


SHAH ALAM, 12 Jan (Bernama) -- Laluan Persiaran Sultan Ibrahim ke Jambatan Kota di Klang yang menghubungkan Shah Alam dengan Klang Selatan, Pelabuhan Klang dan Banting akan ditutup kepada semua lalu-lintas mulai 22 Jan ini.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam satu kenyataan berkata, penutupan laluan itu adalah bagi kerja-kerja pembinaan jalan di bawah Sistem Penyuraian Lalu-lintas Bandar Klang Utara, yang kini telah menghampiri Jambatan Kota yang merentasi Sungai Klang.

"Berikutan penutupan itu, pengguna laluan Persiaran Sultan Ibrahim dari Shah Alam atau Jalan Sireh akan dilencongkan ke Jalan Batu Tiga untuk menuju ke Klang Selatan, melalui Jambatan Musaeddin atau terus ke Kapar/Meru melalui Jalan Pasar.

"Bagi pengguna yang ingin ke Kapar, Meru dan Pelabuhan Klang , mereka boleh menggunakan Lebuhraya North Klang Valley Expressway terus ke Lebuhraya Shapadu.

"Bagi yang ingin ke Banting, Bandar Botanik, Bukit Tinggi, Taman Andalas, Taman Klang Jaya dan Taman Sentosa pula, mereka dinasihatkan supaya menggunakan Lebuhraya Kesas," kata MPK.

-- BERNAMA

Read More “JAMBATAN KOTA KLANG DITUTUP MULAI 22 JAN 10”  »»

PELAN BARU SISTEM ALIRAN TRAFIK BANDAR KLANG

Satu kajian yang dijalankan oleh MPK, PDRM dan JKR mendapati:-

(i) Persimpangan berlampu isyarat di bandar Klang menyebabkan berlaku kelewatan dalam alirn trafik,

(ii) Aktiviti meletak kenderaan serta menunggu menjejaskan pengaliran lalu lintas di pusat bandar,

(iii) Konflik lalu lintas di jalan keluar masuk pada Persiaran Sultan Ibrahim
menganggu kelancaran trafik,

(iv) Kapasiti sedia ada tidak mampu menampung kesesakan serta penggunaan di Jambatan Kota, Bulatan 100 dan Persiaran Sultan Ibrahim.

Kerajaan Selangor Desak Bina Jambatan Ketiga Atasi Kesesakan Bandar Klang

KLANG, 6 Dis - Kerajaan Negeri Selangor mendesak Kerajaan Persekutuan membina jambatan ketiga bagi mengatasi masalah kesesakan bandar Klang, kata Ronnie Liu.

Menurutnya, sewaktu pentadbiran Umno-Barisan Nasional, mereka sudah berjanji kepada rakyat Klang malah sudah pun melancarkan batu asas jambatan ketiga bagaimanapun ia hanya omongan kosong sahaja.

“Kerajaan Pusat dia sudah janji orang Klang, dia ada jambatan ketiga, dia sudah janji lama 10 tahun, akhir sekali semasa ada kempen Pilihanraya Ke12 Mac 2008, saya nampak Khir Toyo dan Samy Vellu dia datang sama-sama untuk lancarkan dia mahu mulakan jambatan ketiga, kalau tidak silap saya kosnya 230 juta”, kata Ronnie.

Kelambatan pembinaan jambatan di pusat bandar Klang memburukkan lagi keadaan apabila didapati sering tergendala dan dibuat secara sambil lewa oleh kontraktror Spaz Sdn Bhd.

Menurut Ronnie, pembinaan jambatan tersebut yang dimulakan sejak 2007 itu masih gagal disempurnakan malah sering kali berlaku penangguhan walaupun ia sepatutnya siap pada Mac tahun ini.

“Sebab itu hari ini saya minta bagi pihak orang Klang kita minta dibuat 24 jam, yang kedua dia tambah pekerja, ketiga dia kena pastikan sentiasa ada cukup bahan, sebab pekerja dia kata kadang-kadang tak ada bahan, tak ada bahan semua orang berhenti”, jelasnya lagi.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan, Ronnie Liu bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada perhimpunan secara aman di jambatan Pusat Bandar Klang, pagi tadi.

Ekoran itu, Ronnie sendiri menempatkan jurutera kerajaan negeri bagi memantau perjalanan projek pembinaan jambatan tersebut supaya dapat disiap seberapa segera.

“Saya harap orang Klang dia kena faham ini projek persekutuan, kontraktor pun persekutuan, orang yang jaga tempat ni pun JKR, ini semua persekutuan punya kuasa, jadi kita minta jangan salahkan MPK, jangan salahkan Adun termasuk saya, saya ini kita hanya boleh bagi desakan sahaja”, tegasnya.

Katanya lagi, kontraktor sudah berjanji menurap jalan lencongan berhampiran jambatan baharu semalam, bagaimanapun sehingga kini mereka masih gagal berbuat demikian.

MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN/selangorkini

















Read More “PELAN BARU SISTEM ALIRAN TRAFIK BANDAR KLANG”  »»

BANDAR KLANG SESAK, LALUAN UTAMA BERUBAH

PETUNJUK: LALUAN BERWARNA HIJAU MERUPAKAN LALUAN ALTERNATIF
Kelihatan lencongan dari arah KL ke P.Klang depan Plaza MPK sebelum Jambatan Kota. Lencongan ini juga akan ditutup sementara. Lencongan dari Jambatan Kota ke KL agak sempit dan mempunyai selekoh yang agak tajam. Setakat ini telah berlaku beberapa kemalangan Jalanraya dan seorang mangsa telah terbunuh di langgar oleh lori kontena.
Bagi penduduk bandar Klang serta pengguna jalan raya yang lain yang turut menggunakan laluan melalui Bandar DiRaja untuk ke destinasi lain, sila ambil perhatian tentang penutupan laluan utama dari Jambatan Kota ke Bulatan Seratus. Diharap kiranya siap pembinaan jejambat di penghujung tahun 2009, kenderaan berat seperti trailer, lori kontena dan sebagainya tidak seharusnya mengambil laluan melalui bandar Klang dari Pelabuhan Utara, Selatan atau Barat kerana telah wujud laluan alternatif seperi lebuhraya KESAS atau Shapadu seperti yang berlaku sekarang.
Saya kira hanya terdapat beberapa pilihan sahaja sehingga jejambat siap untuk pengguna serta penduduk Klang yang mahu ke Shah Alam dan destinasi lain. Saya masih ingat tatkala Jambatan Kota sedang dalam pembinan pada sekitar hujung tahun lapan puluhan, cukup punya siksa hendak ke Shah Alam dan tempat-tempat lain. Kali ini diharap majikan, Pengetua sekolah dan pihak yang berkenaan perlu ambil kira masalah kesesakan lalulintas jika berlaku sebarang kelewatan ke tempat kerja atau sekolah.

Laluan berubah mulai 21 Mei


Oleh Rafidah Mat Ruzki
Berita Harian Online

SHAH ALAM: Pengguna jalan raya di Klang diminta mengubah laluan rutin mereka mulai 21 Mei berikutan penutupan beberapa jalan dan perubahan laluan bagi pelaksanaan projek naik taraf jalan di Bandar Diraja itu.

Ini bagi mengurangkan kesesakan jalan raya yang dijangka berlaku sehingga projek bernilai RM31 juta itu siap 14 Disember tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Teng Chang Khim, berkata kerja menaik taraf jalan.

Read More “BANDAR KLANG SESAK, LALUAN UTAMA BERUBAH”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com