Laluan Shah Alam Ke Pelabuhan Klang Dan Banting Melalui Jambatan Kota Akan Ditutup
SHAH ALAM, 12 Jan (Bernama) -- Laluan Persiaran Sultan Ibrahim ke Jambatan Kota di Klang yang menghubungkan Shah Alam dengan Klang Selatan, Pelabuhan Klang dan Banting akan ditutup kepada semua lalu-lintas mulai 22 Jan ini.
Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam satu kenyataan berkata, penutupan laluan itu adalah bagi kerja-kerja pembinaan jalan di bawah Sistem Penyuraian Lalu-lintas Bandar Klang Utara, yang kini telah menghampiri Jambatan Kota yang merentasi Sungai Klang.
"Berikutan penutupan itu, pengguna laluan Persiaran Sultan Ibrahim dari Shah Alam atau Jalan Sireh akan dilencongkan ke Jalan Batu Tiga untuk menuju ke Klang Selatan, melalui Jambatan Musaeddin atau terus ke Kapar/Meru melalui Jalan Pasar.
"Bagi pengguna yang ingin ke Kapar, Meru dan Pelabuhan Klang , mereka boleh menggunakan Lebuhraya North Klang Valley Expressway terus ke Lebuhraya Shapadu.
"Bagi yang ingin ke Banting, Bandar Botanik, Bukit Tinggi, Taman Andalas, Taman Klang Jaya dan Taman Sentosa pula, mereka dinasihatkan supaya menggunakan Lebuhraya Kesas," kata MPK.
-- BERNAMA
JAMBATAN KOTA KLANG DITUTUP MULAI 22 JAN 10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa lagi la tentang perubahan lalu-lintas di bandar klang ni yang boleh memeranjatkan warga klang. Saban hari kerugian masa dan $$$ menempuh trafik jem yang tak berkesudahan semata2 untuk melintas sungai. Disuruh menggunakan laluan kesas, tapi ada ke yang menjenguk keadaan di kesas tiap pagi dan petang waktu rush hour? Sesak (ironic, sesak is an anagram for kesas) nak rak juga. Sebabnya? Pembinaan jalan/jambatan yang menutup sebahagian jalan. Jalan sana tutup, jalan sini tutup, mana la lagi nak ikut. Hatta jika disuruh oleh PBT berkolek sekalipun untuk melintas sungai sudah dikira tidak memeranjatkan. Macam-macam...
tambah la jambatan baru... dari sungai bertek ke rantau panjang .. xpayah pusing2 dh lepas ni..
semua jalan nak di tutup ... dah lah jem memanjang .. boleh gila dibuatnya ..
satu lagi .. minta letakkan papan tanda dari kelang nak ke sg udang/teluk gadong/teluk pulai/kg delek .. langsung tiada tanda arah nak pergi sana .. bukan semua org tahu arah nak pergi kesana
Mohon tolong pantau juga kawasan port klang selatan ke north port..kebanyakkan lampu jalan rosak, jln berlubang terutama atas jambatan. Kasihan untuk para pemandu kenderaan khususnya kenderaan biasa spt motor atau warga tua kerana masalah penglihatan di waktu malam.