APA MAKNANYA INI SEMUA
“Ada isu moral di sini. Anwar bercita-cita mahu menjadi perdana menteri... kita tidak boleh ada seorang perdana menteri yang sudah tercalar, itu sebab kita perlu kenal pasti lelaki dalam video ini... jika ia Anwar, apakah fikiran anda tentang dia?"
Seakan-akan SENADA dengan buku "LIMA PULUH DALIL KENAPA ANUAR TIDAK BOLEH JADI PERDANA MENTERI"
Nazri: Suruhanjaya perlu tentukan unsur pelacuran, si pelaku Anwar
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
Malaysian Insider
April 08, 2011
KUALA LUMPUR, 8 April — Datuk Seri Nazri Aziz mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh “Datuk T” bulan lalu, didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.
“Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah,” kata Nazri kepada The Malaysia Insider.
“Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur,” kata beliau lagi.
Seksyen 327(1) yang berkaitan dengan aspek menyalahgunakan mana-mana orang bagi tujuan persundalan mengatakan bahawa barang siapa “menjual, menyewa atau dengan cara lain menyerahkan, atau memperoleh, membeli atau menyewa atau dengan cara lain mendapatkan milikan harta mana-mana orang dengan niat sedemikian supaya orang itu akan diberi kerja atau digunakan untuk maksud persundalan atau membuat persetubuhan dengan mana-mana orang lain, sama ada di dalam atau di luar Malaysia atau mengetahui atau ada alasan untuk percaya bahawa orang itu akan diberi kerja atau digunakan.
Dalam pada itu, Seksyen 372A pula berkaitan dengan soal seseorang yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan manakala Seksyen 372B pula tentang perbuatan mencari langganan bagi maksud persundalan.
Mengulas lanjut, Nazri hari ini menjelaskan, suruhanjaya diraja siasatan mengenai video seks itu adalah perlu demi kepentingan awam.
“Jika orang awam berpuas hati dengan penemuan, maka tidak perlu bagi suruhanjaya diraja.
“Tetapi jika wujud elemen keraguan, maka suruhanjaya diraja diperlukan,” katanya.
“Suruhanjaya diraja diperlukan bagi apa sahaja yang berkaitan dengan kepentingan awam, untuk menjelaskan apa sahaja isu kepentingan awam,” kata Nazri lagi.
Menteri yang berkaitan dengan hal ehwal Parlimen ini menekankan bahawa suruhanjaya diraja hanya akan diperlukan jika rakyat kekal tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis yang dijalankan sekarang.
“Kita perlu tunggu bagi polis selesaikan siasatan - kenal pasti lelaki dalam video ini,” kata Nazri.
Nazri berkata, Kabinet telah memutuskan untuk membolehkan polis melengkapkan siasatan terlebih dahulu.
“Ada isu moral di sini. Anwar bercita-cita mahu menjadi perdana menteri... kita tidak boleh ada seorang perdana menteri yang sudah tercalar, itu sebab kita perlu kenal pasti lelaki dalam video ini... jika ia Anwar, apakah fikiran anda tentang dia?” katanya lagi. Read More “APA MAKNANYA INI SEMUA” »»
KENAPA ULAMA' MUDA UMNO MEMBISU?? ISU VIDEO SEKS
Beban pembuktian (burden of proof) harus terletak pada orang yang menuduh dan bukan mangsa kena tuduh. Kenapa DSAI harus mencari alibi serta bukti yang beliau bukan "pelakon" video hitam putih keluaran DATUK T.
Sahibus Samahah Datuk Seri Utama Diraja Dato' Setia Tamyes (kiri) pula menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini berjalan secara tidak betul.
"Untuk menuduh, mestilah mendatangkan bukti, iaitu empat saksi untuk mensabitkan kesalahan. Jika tidak, pihak itu boleh dikenakan hukum Qazaf.
"Hukum ini tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Kepada yang dituduh, boleh bersumpah untuk menafikan apa yang dituduh. Tetapi sekarang, yang menuduh bersumpah, yang dituduh diminta mencari bukti. Ini terbalik dan tidak betul," katanya. Ikuti Laporan Malaysia kini berjudul Siasat dulu kesahihan berita, mufti senada
UNDANG-UNDANG RIMBA BERMAHARAJALELA

Trio 'Datuk T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan.
Qazaf: Jamil Khir enggan ulas kerana libatkan polis
Baja satukan 'Datuk T', kata pengawal peribadi
JANGAN KEJUTKAN "FITNAH" YANG SEDANG TIDUR
Tidak mustahil fitnah dikembalikan kepada tuannya
(Gambar: Ribuan turut menunaikan solat hajat yang diimamkan Presiden PAS)
Ismail Hashim, Foto: Shukri /HARAKAHDAILY
SHAH ALAM, 28 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang.
Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena orang zalim sebaliknya akan terkena sesiapa sahaja.
Katanya, fitnah apabila melanda dalam masyarakat adalah seperti malam gelap gelita dan sesiapapun sudah tidak dapat membezakan siapa yang ada di hadapannya.
Tuan Ibrahim berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib dalam majlis Solat Hajat dan Pidato Khas anjuran Pakatan Rakyat yang sedang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini.
Tuan Ibrahim berkata sifat fitnah, ia hanya laku ketika awal sahaja selepas itu, ia akan ditolak oleh masyarakat dan rakyat.
Beliau mengaitkan fitnah isu video seks yang ditolak selepas sahaja saiz perut pelakon kelihatan berbeza.
"Kerana itu, dalam hal ini kita kena menjaga perut kita kerana kini ia sudah menjadi bahan bukti.
"Dalam zaman teknologi tinggi kini, jika perut atau bahu kelihatan berbeza, keadaan ini masih boleh dibaiki dengan editan dalam waktu sekejap sahaja," tegasnya.
Disiplin Islam, ujarnya, menegaskan setiap berita apabila ia datang wajib dikaji selidik terlebih dahulu, bukan tayang baru hendak dikaji.
Inilah yang menyebabkan berlakunya fitnah besar, ujarnya, melibatkan maruah termasuk keluarga dan sanak saudara.
"Tidak mustahil untuk Allah kembalikan fitnah itu kepada tuannya dan jadikan fitnah itu sebagi sumber kebangkitan rakyat," katanya.
Sementara itu selepas solat Isyak tadi, berlangsung solat hajat yang diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Turut berlangsung sekarang ini adalah pidato khas oleh pimpinan PR seperti Presiden PAS sendiri, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Read More “JANGAN KEJUTKAN "FITNAH" YANG SEDANG TIDUR” »»
SIFAT HAIWANIAH SERTA SYAITONIAH SESETENGAH PEMIMPIN KAUM MELAYU
Menurut laporan Malaysiakini, 'Datuk T' - pendekan bagi perkataan "Trio " - adalah terdiri daripada ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah, bendahari Pertubuhan Pribumi Perkara (PERKASA) dan bekas senator, iaitu Datuk Shuib Lazim serta bekas ketua menteri Melaka Rahim Thamby Chik.
Video: Johari dakwa Rahim pujuk tinggalkan PKR

Harakahdaily
PETALING JAYA, 23 Mac: Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul mendakwa Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Thamby Chik memujuknya supaya meninggalkan parti selepas menyaksikan tayangan video seks.
Sepanjang penayangan video tersebut, katanya, Rahim yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga ahli parlimen Sungai Petani menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Berikut adalah kenyataan beliau.
Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting.
Pada hari Isnin, 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.
Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain.
Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.
Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite.
Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.
Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.
Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara.
Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar.
Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.
Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerap kali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan.
Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.
Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.
Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.
Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti.
Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.
Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:
1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.
2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.
3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
4. Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.
Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik.
Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011.
Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.
Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini di luar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perkembangan lain, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik - yang mengakui antara tiga orang di sebalik penayangan video seks - mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan ketulenan klip itu.
Katanya, suruhanjaya itu perlu turut dianggotai tiga ketua parti pembangkang pembangkang, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Turut hadir di sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa di ibu negara itu, seorang lagi anggota 'Datuk T' - pendekan bagi perkataan "Trio " - ialah ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.
Aggota ketiga - bendahari Pertubuhan Pribumi Perkara (PERKASA) dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim - tidak hadir.
Video seks selama 20 minit itu memaparkan seorang lelaki melakukan aksi seks dengan seorang wanita dalam sebuah bilik hotel.
Suami Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau sebagai lelaki dalam video tersebut.
Kerjasama apa sahaja
Sementara itu, Rahim mencadangkan anggota lain suruhanjaya diraja itu boleh melibatkan pemimpin NGO, peguam negara, pengamal media dan wakil negara luar.
"Semua ini supaya kebenaran yang ditemui nanti tidak boleh dipersoal," kata Rahim.
Dalam masa yang sama, Abdul Rahim meminta Anwar yang sering dirujuknya sebagai "si fulan itu" menimbang meletak jawatan seperti yang dilakukannya sebelum ini ketika berdepan dakwaan kes merogol pada 1994.
Abdul Rahim menegaskan, beliau meletak jawatan kerana dianggap sebagai beban kepada parti walaupun mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah.
Sementara itu, mereka juga memberitahu akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis yang menyiasat perkara itu.
"Kita akan berikan apa sahaja kepada pihak polis. Seluar dalam (sendiri) pun kita akan beri kalau dia mahu," selerohnya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 50 pemberita dalam dan luar negara.
Sidang media itu menarik perhatian kira-kira 50 wakil media daripada dalam dan luar negara hadir membuat liputan walaupun mendapat notis di saat-saat akhir.
PKR dakwa Rahim Thamby Chik, Eskay terbabit Read More “SIFAT HAIWANIAH SERTA SYAITONIAH SESETENGAH PEMIMPIN KAUM MELAYU” »»
SIAPA YANG BERI PERMIT MENAYANGKAN VIDEO LUCAH
Dalam kes Chua Soi Lek yang rata-rata rakyat dari MCA dan UMNO sudah lupa, memiliki salinan pita tayangan adegan Soi Lek menjadi satu kasalahan di sisi undang-undang. Dalam kes terbaru ini, memanggil pemberita dan menayangkan video seolah-olah mendapat restu pihak berwajib.
Polis tak terlibat dalam pembikinan video seks
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa polis tidak terlibat dalam pembikinan video yang didakwa mengandungi aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita di sebuah hotel.
"Saya ingin mengesahkan apa yang dikatakan oleh Hishammuddin, iaitu pihak polis tidak terlibat dengan rakaman video berkenaan," katanya dalam laman Twitter malam ini.
Petang tadi, Hishammuddin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak terlibat dalam pembikinan video berkenaan, yang didedahkan kepada media hari ini.
Hishammuddin juga berkata setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan berhubung video itu.
Terdahulu, satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks pemimpin pembangkang berkenaan dengan seorang wanita di sebuah hotel di ibunegara yang menawarkan perkhidmatan seks.
Kumpulan itu diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.
- Bernama
Tayangan 'meletup' di Carcosa Sri Negara
GARA-GARA ......................
Saban hari pelbagai berita gejala keruntuhan moral dan akhlak dilaporkan. Kita mengulas hal ini bukan ingin membesar-besarkan atau mensensasikan isu tetapi ingin menegaskan betapa rosak nya akhlak dan moral sesetengah kanak-kanak, remaja serta orang dewasa di negara kita. Dan, kita mesti bertindak segera. Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan oleh pihak berwajib. Usaha sekadar melepaskan batuk di tangga atau "cakap politik" perlu ditukar kepada "massive action" di semua peringkat serta lapisan masyarakat baik sekolah, PIBG, PPD, Jabatan Pendidikan Negeri, JKKK, Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk, semua NGO, Persatuan Pengguna dan seterusnya semua agensi kerajaan dan Jabatan-jabatan.
Isytihar perang dan palulah gendang perang kepada program kemaksiatan serta promosi terhadap segala bentuk aktiviti yang menjurus ke arah seks bebas, rambang, budaya hedonistik, aethistik dan lain-lain.
Perhebatkanlah segala bentuk program yang mampu mendidik jiwa anak-anak muda, seminar tentang kaedah bagaimana mencari ketenangan selain dari penggunaan dadah, arak dan aktiviti tidak bermoral, aktiviti sukan serta rekreasi dan lain-lain.
Main zina-zinaOleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah
MyMetro
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Jika selama ini main ‘masak-masak atau main kahwin-kahwin’ begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan ‘main rogol-rogol’ sangat menggemparkan.
‘Permainan’ yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.
Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.
Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.
Dalam temu bual pada sesi kaunseling itu, katanya, tiga murid lelaki, masing-masing berusia 11 tahun dan seorang berumur 10 tahun, membuat pengakuan jujur mengenai keterlanjuran mereka melakukan zina akibat terangsang selepas menonton VCD lucah.
Katanya, seorang daripada murid terbabit yang dikenali sebagai Amir, 11, mendakwa gagal mengawal nafsu sebelum mencabul kehormatan adik kandung sendiri berusia enam tahun.
“Amir yang berasal dari pinggir ibu kota mendakwa kerap menonton VCD lucah yang akhirnya mendorong dia menjadikan adik kandung sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu.
“Saya diberitahu ketika kejadian, Amir menonton VCD lucah bersama rakan di rumah ketika ibu dan bapa keluar bekerja,” katanya.
Akibat tidak dapat mengawal gelojak nafsu, Amir menarik adiknya masuk ke bilik sebaik rakan beredar.
“Adiknya yang berusia enam tahun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan si abang lebih ‘pandai’ akibat terpengaruh dengan perbuatan dalam VCD lucah. Malah, dia memberitahu, perbuatan terbabit sekadar ‘main rogol-rogol’ saja,” katanya.
Beliau berkata, perbuatan tidak bermoral kanak-kanak terbabit hanya diketahui ibu bapanya selepas adik perempuan mengadu mengenai perlakuan jijik si abang.
“Amir memberitahu dia dipukul teruk dan tidak dibenar keluar rumah serta bergaul dengan rakan hingga dihantar ke pusat itu untuk mendapat bimbingan,” katanya.
Ahmadi berkata, Amir mendakwa mudah mendapatkan VCD lucah daripada rakan selain membelinya di pasar malam berhampiran dengan menggunakan wang saku pemberian ibu bapa.
Seorang murid yang dikenali sebagai Ashraf, 10, pula mengaku melakukan perbuatan ‘main rogol-rogol’ itu bersama kakak saudaranya yang berusia 12 tahun dan puncanya juga sama iaitu pengaruh VCD lucah.
“Ashraf memberitahu, ketika kejadian dia dan kakak saudaranya menonton VCD lucah bersama selama dua jam sebelum kanak-kanak perempuan itu mengajaknya ke bilik,” katanya.
Selepas itu, katanya, mereka melakukan aksi sama seperti dalam VCD berkenaan selama lima minit sebelum dilihat bapa tiri Ashraf yang pulang ke rumah.
Seorang lagi murid berusia 11 tahun dikenali sebagai Kamal terjebak dengan aktiviti ‘main rogol-rogol’ bersama adik saudaranya.
Kanak-kanak berkenaan yang tinggal di ibu negara mendakwa terpengaruh melakukan seks selepas menonton VCD lucah yang dipinjam daripada rakan.
Pengakuan jujur ketiga-tiga murid terbabit yang dirakamkan menggunakan perakam video dianggap gejala sosial memeranjatkan berikutan membabitkan kanak-kanak belum baligh.
Read More “GARA-GARA ......................” »»