Pasukan dari UNISEL telah dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan " 1st LEEM INTERNATIONAL CANSAT" nano satelit antara Varsiti di Madrid baru-baru ini. Pasukan ini terdiri dari seramai 12 orang pelajar yang diketuai oleh pelajar berumur 26 tahun, Tan Pei Pih. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan serta semua warga UNISEL yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kejuaraan ini. Di bawah memaparkan Exco Pendidikan , Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan bergambar dengan Pasukan sebelum mereka berlepas ke Madrid.
UNISEL DINOBAT JUARA DUNIA DI MADRID SEPANYOL
Lawatan ADUN beserta Pegawai POLIS MARIN, Immigresyen, JAB LAUT, PERIKANAN dan lain-lain ke PULAU KETAM pada 12/04/08
Pegawai-pegawai dari Jabatan yang terlibat dengan keselamatan, pelesenan, jenayah dan penyeludupan.
ADUN sedang menerangkan sesuatu.
Penduduk Pulau Ketam sedang asyik mendengar taklimat.
Sesi dialog dan soaljawab.
ADUN menjawab soalan para pemberita dari akhbar berbahasa Cina.
Pemandangan di Jeti Pelabuhan Klang setiba rombongan ADUN dari Pulau ke Tanah Besar.
TAHNIAH KHIR TOYO BERJAYA: KES BABI ALIHKAN FOKUS KERAJAAN BA/PR
Dari keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 12hb April 2008 tentang kenyataan Datuk Mat Yassir Ikhsan, Pengerusi Persatuan Silat Cemande Selangor ternyata bahawa pihak pembangkang Selangor telah berjaya mengalihkan tumpuan, fokus serta membuang masa dan sumber YAB Tan Sri serta kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) selama kira-kira seminggu dalam menangani isu penternakan khinzir di Kuala Langat. Pihak kerajaan PR terpaksa menjawab tohmahan dan tuduhan pihak UMNO/BN yang berselindung di belakang NGO seperti persatuan penduduk, persatuan nelayan dan lain-lain. Alangkah baiknya jika masa dan sumber tersebut digunakan untuk tujuan yang dinyatakan oleh Datuk Mat Yassir.
Kalau tidak silap ingatan saya, kerajaan Tan Sri Abdul Khalid sebelum isu khinzir ini timbul telah mencadangkan agar pekerja asing di Selangor dikenakan levi RM 9 sahaja bagi setiap orang sebulan yang diambil terus dari majikan. Wang atau dana yang terkumpul ini digunakan untuk melatih dan memberi kemahiran kepada muda mudi Selangor terutama mereka yang menganggur. Tiba-tiba isu khinzir meletup seperti pertama kali dilaporkan dalam Utusan Meloya pada 7hb April 2008. Ekoran dari laporan akhbar itu, saya telah menerima berbagai bunyi SMS yang mengutuk, menyindir, menempelak, menyerang dan berbagai lagi kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Khir Toyo dan konco-konconya.
Maka dari situlah bermulanya episod babi. Demonstrasi diadakan, spanduk serta kain rentang bergambar dan bertulis ditonjolkan oleh akhbar, bantahan dibuat, sidang akhbar dipanggil dan berbagai-bagai lagi aktiviti dilaksanakan. Dalam pada itu parti UMNO bergolak dan bergelojak. Sedikit sebanyak isu babi dapat mengalih tumpuan orang Melayu dari isu-isu negara yang sebenarnya patut diberi tumpuan dan perhatian serius.
Kini puaslah hati UMNO/BN dan kes hampir selesai. Dato' Seri Dr Khir Toyo telahpun berlepas ke Mekah untuk .................................... Sekian, harap maaf.
Buang yang busuk ambil yang wangi
BN lain kali jangan buat lagi.
Buang yang keruh ambil yang jernih
BN lain kali ojo ngawe menih.
PERSATUAN PENTERNAK SOKONG LADANG MODEN WALAUPUN KENA PINDAH
Persatuan penternak bantah bekalan import
KUALA LUMPUR 11 April - Dua persatuan penternak babi menolak cadangan mengimport daging babi bagi menangani kemelut pelaksanaan projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta di Sepang.
Bagaimanapun, persatuan tersebut bersetuju dengan cadangan menempatkan kawasan penternakan babi itu di kawasan lain untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Pengerusi Unit Babi, Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kim Hee berkata, langkah mengimport daging itu tidak berbaloi kerana hanya merugikan penternak tempatan.
Katanya, daging import lebih mahal berbanding yang diternak di negara ini ekoran kadar pertukaran mata wang asing yang tinggi.
"Penternak akan terpaksa menanggung kerugian besar dan mungkin gulung tikar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kim Hee berkata, penternak babi menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri Selangor terdahulu untuk membuka sebuah pusat penternakan babi yang moden seluas 809.37 hektar di kawasan Kampung Tumbuk, Tanjung Sepat di Sepang.
Menurutnya, walaupun mungkin akan melibatkan kos pemindahan ladang ternakan masing-masing yang tinggi, ia diterima sebagai satu pelaburan jangka panjang.
"Mereka (penternak) sedar ia dapat menyelesaikan pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada pembuangan najis babi dan air kumbahan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Babi Tanjong Sepat, Chuang Hock Meng berkata, idea mengimport daging babi adalah tidak logik ekoran harga daging import berlipat ganda lebih mahal berbanding daging yang diternak.
Menurutnya, harga 100 kilogram daging babi di pasaran negara ini adalah RM590.
"Bayangkan harga daging yang sama mencecah antara RM700 hingga RM1,200 bagi kuantiti yang sama dan ia juga bergantung kepada negara pengeksport," jelasnya.
Menurut Hock Meng, pusat penternakan 'tertutup' menggunakan sistem bioteknologi daripada syarikat Jerman itu dapat menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar.
Malah, katanya, teknologi baru itu difahamkan dapat menukar sisa najis babi kepada tenaga gas dan elektrik.ULASAN
Tujuan saya memuatkan laporan dari utusan online di atas adalah bertujuan agar puak-puak yang menentang projek ladang ternak khinzir moden melihat bagaimana pihak persatuan penternak akur dan sanggup berkorban untuk masa depan. Bagi mereka, kesusahan yang perlu dilalui merupakan satu pelaburan jangka panjang. Pihak persatuan penternak juga insaf dan akur tentang pencemaran yang mereka telah lakukan. Kita nyatakan fakta dan bukti, persatuan boleh terima, tetapi rombongan yang melawat ke Eropah tempoh hari pergi setakat melancong, tak perhati betul-betul ladang moden yang mereka lawati. Mungkin tak pandai bahasa German atau Inggeris.
Read More “PERSATUAN PENTERNAK SOKONG LADANG MODEN WALAUPUN KENA PINDAH” »»
KHIR TOYO SUDAH BUAT EIA TAPI TAK MENGAKU
| Selangor dapatkan khidmat luar kaji projek ladang ternakan babi moden |
| Harakahdaily. Sat | Apr 12, 08 | 6:42:05 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 12 April (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor akan mendapatkan khidmat pakar dari luar negara untuk menjalankan kajian terperinci berhubung projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta di Kuala Langat dalam kawasan Parlimen Sepang. Dalam satu laporan Bernama hari ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kajian terbabit bagi menguatkan lagi kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sebagai jaminan kepada orang ramai tidak ada masalah yang akan timbul selepas pelaksanaan projek itu yang dijangka memakan masa selama setahun. Katanya, kajian EIA telah pun dilakukan sebelum ini oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang turut mengadakan lawatan ke Jerman dan Belanda bagi mengenal pasti teknologi yang digunakan di ladang ternakan babi moden di negara terbabit. "Kita amat telus dan akan umumkan kepada rakyat supaya mereka memahami dan menghayati apa yang kita usahakan. "Kita akan umumkan jumlah kos sebenar, keluasan kawasan, jumlah penternak yang terbabit dan jumlah babi yang akan diternak dalam projek moden itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke22 Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBs), di Shah Alam. Beliau mengulas kenyataan Penasihat Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM) Dr Gurmit Singh yang meminta kerajaan negeri mengumumkan hasil kajian EIA kepada umum. Dr Gurmit berkata sehingga kini kerajaan negeri tidak pernah mengumumkan hasil kajian EIA kepada orang ramai termasuk bila EIA diluluskan dan siapa yang meluluskannya. Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Ushawan negeri Yaakob Sapari akan turun padang bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada masyarakat khususnya penduduk di kawasan sekitar. Abdul Khalid berkata kerajaan negeri ada tiga pilihan untuk menyelesaikan isu tersebut iaitu sama ada terus membiarkan ladang babi yang mencemar alam sekitar di seluruh negeri terus beroperasi; menutup semua operasi ladang berkenaan; atau mengadakan ladang ternak yang menggunakan sistem moden serta berkelompok. Menteri Besar berkata setahun adalah jangka masa yang terbaik bagi menyiapkan projek ladang itu memandangkan kerajaan perlu juga meneliti dan mengambil kira beberapa faktor lain. "Pelaksanaan ini juga bukan senang. Kita nak tubuhkan satu ladang ternakan babi. Banyak perkara yang kita perlu lakukan. Kita nak alihkan semua ladang yang ada ke satu tempat, nak kumpul semua pengusaha ladang dan sebagainya," katanya./wann. ))>KOMEN: BUKANKAH MEMBAZIR DUIT NAMANYA TU. DAH BELANJA UNTUK LAWATAN KE EROPAH MASIH BERDOLAK DALIK LAGI KATA TAK TAHU. SEKARANG KELUAR LAGI DUIT BUAT KAJIAN SEBAB NAK PUASKAN HATI PUAK UMNO/BN. BADAN PENCEGAH RASUAH SIASAT BERAPA KHIR TOYO DAN ROMBONGANNYA BERBELANJA UNTUK KE EROPAH. BERAPA BANYAK DIA TUNTUT UNTUK ELAUN PERJALANAN. BUKA FAIL BALIK. SIASAT SAMPAI DIA TAHU "WE MEAN BUSINESS. ENOUGH IS ENOUGH. NO MORE NONSENSE FOR A NUISANCE AND MENACE"( > U < ). |


