Pray For MH370

Pray For MH370

KHIR TOYO SUDAH BUAT EIA TAPI TAK MENGAKU






Ahad 13 April 2008 | 6 Rabiul Akhir 1429 Hijrah
Selangor dapatkan khidmat luar kaji projek ladang ternakan babi moden
Harakahdaily.
Sat | Apr 12, 08 | 6:42:05 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 April (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor akan mendapatkan khidmat pakar dari luar negara untuk menjalankan kajian terperinci berhubung projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta di Kuala Langat dalam kawasan Parlimen Sepang.

Dalam satu laporan Bernama hari ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kajian terbabit bagi menguatkan lagi kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sebagai jaminan kepada orang ramai tidak ada masalah yang akan timbul selepas pelaksanaan projek itu yang dijangka memakan masa selama setahun.

Katanya, kajian EIA telah pun dilakukan sebelum ini oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang turut mengadakan lawatan ke Jerman dan Belanda bagi mengenal pasti teknologi yang digunakan di ladang ternakan babi moden di negara terbabit.

"Kita amat telus dan akan umumkan kepada rakyat supaya mereka memahami dan menghayati apa yang kita usahakan.

"Kita akan umumkan jumlah kos sebenar, keluasan kawasan, jumlah penternak yang terbabit dan jumlah babi yang akan diternak dalam projek moden itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke22 Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBs), di Shah Alam.

Beliau mengulas kenyataan Penasihat Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM) Dr Gurmit Singh yang meminta kerajaan negeri mengumumkan hasil kajian EIA kepada umum.

Dr Gurmit berkata sehingga kini kerajaan negeri tidak pernah mengumumkan hasil kajian EIA kepada orang ramai termasuk bila EIA diluluskan dan siapa yang meluluskannya.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Ushawan negeri Yaakob Sapari akan turun padang bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada masyarakat khususnya penduduk di kawasan sekitar.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri ada tiga pilihan untuk menyelesaikan isu tersebut iaitu sama ada terus membiarkan ladang babi yang mencemar alam sekitar di seluruh negeri terus beroperasi; menutup semua operasi ladang berkenaan; atau mengadakan ladang ternak yang menggunakan sistem moden serta berkelompok.

Menteri Besar berkata setahun adalah jangka masa yang terbaik bagi menyiapkan projek ladang itu memandangkan kerajaan perlu juga meneliti dan mengambil kira beberapa faktor lain.

"Pelaksanaan ini juga bukan senang. Kita nak tubuhkan satu ladang ternakan babi. Banyak perkara yang kita perlu lakukan. Kita nak alihkan semua ladang yang ada ke satu tempat, nak kumpul semua pengusaha ladang dan sebagainya," katanya./wann.

))>KOMEN: BUKANKAH MEMBAZIR DUIT NAMANYA TU. DAH BELANJA UNTUK LAWATAN KE EROPAH MASIH BERDOLAK DALIK LAGI KATA TAK TAHU. SEKARANG KELUAR LAGI DUIT BUAT KAJIAN SEBAB NAK PUASKAN HATI PUAK UMNO/BN. BADAN PENCEGAH RASUAH SIASAT BERAPA KHIR TOYO DAN ROMBONGANNYA BERBELANJA UNTUK KE EROPAH. BERAPA BANYAK DIA TUNTUT UNTUK ELAUN PERJALANAN. BUKA FAIL BALIK. SIASAT SAMPAI DIA TAHU "WE MEAN BUSINESS. ENOUGH IS ENOUGH. NO MORE NONSENSE FOR A NUISANCE AND MENACE"( > U < ).


Comments :

0 comments to “KHIR TOYO SUDAH BUAT EIA TAPI TAK MENGAKU”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com