Pray For MH370

Pray For MH370

PERSATUAN PENTERNAK SOKONG LADANG MODEN WALAUPUN KENA PINDAH

Persatuan penternak bantah bekalan import

KUALA LUMPUR 11 April - Dua persatuan penternak babi menolak cadangan mengimport daging babi bagi menangani kemelut pelaksanaan projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta di Sepang.

Bagaimanapun, persatuan tersebut bersetuju dengan cadangan menempatkan kawasan penternakan babi itu di kawasan lain untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Pengerusi Unit Babi, Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kim Hee berkata, langkah mengimport daging itu tidak berbaloi kerana hanya merugikan penternak tempatan.

Katanya, daging import lebih mahal berbanding yang diternak di negara ini ekoran kadar pertukaran mata wang asing yang tinggi.

"Penternak akan terpaksa menanggung kerugian besar dan mungkin gulung tikar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kim Hee berkata, penternak babi menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri Selangor terdahulu untuk membuka sebuah pusat penternakan babi yang moden seluas 809.37 hektar di kawasan Kampung Tumbuk, Tanjung Sepat di Sepang.

Menurutnya, walaupun mungkin akan melibatkan kos pemindahan ladang ternakan masing-masing yang tinggi, ia diterima sebagai satu pelaburan jangka panjang.

"Mereka (penternak) sedar ia dapat menyelesaikan pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada pembuangan najis babi dan air kumbahan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Babi Tanjong Sepat, Chuang Hock Meng berkata, idea mengimport daging babi adalah tidak logik ekoran harga daging import berlipat ganda lebih mahal berbanding daging yang diternak.

Menurutnya, harga 100 kilogram daging babi di pasaran negara ini adalah RM590.

"Bayangkan harga daging yang sama mencecah antara RM700 hingga RM1,200 bagi kuantiti yang sama dan ia juga bergantung kepada negara pengeksport," jelasnya.

Menurut Hock Meng, pusat penternakan 'tertutup' menggunakan sistem bioteknologi daripada syarikat Jerman itu dapat menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar.

Malah, katanya, teknologi baru itu difahamkan dapat menukar sisa najis babi kepada tenaga gas dan elektrik.

ULASAN

Tujuan saya memuatkan laporan dari utusan online di atas adalah bertujuan agar puak-puak yang menentang projek ladang ternak khinzir moden melihat bagaimana pihak persatuan penternak akur dan sanggup berkorban untuk masa depan. Bagi mereka, kesusahan yang perlu dilalui merupakan satu pelaburan jangka panjang. Pihak persatuan penternak juga insaf dan akur tentang pencemaran yang mereka telah lakukan. Kita nyatakan fakta dan bukti, persatuan boleh terima, tetapi rombongan yang melawat ke Eropah tempoh hari pergi setakat melancong, tak perhati betul-betul ladang moden yang mereka lawati. Mungkin tak pandai bahasa German atau Inggeris.

Comments :

0 comments to “PERSATUAN PENTERNAK SOKONG LADANG MODEN WALAUPUN KENA PINDAH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com