Bismillah.
Berita sensasi sentiasa dinanti
Ribut politik yang melanda negara seolah memberi kesan agak besar kepada warga Malaysia tidak terkecuali Selangor. Barisan Nasional teruk dibelasah kerana masalah tadbir kelola negara yang mengundang seribu satu macam persoalan daripada rakyat negara samada daripada lawan BN daripada parti PAS, PKR dan DAP yang sebelum ini dikenali sebagai PAKATAN RAKYAT, bahkan ahli UMNO-BN sendiri terasa tertipu oleh tingkah laku dan tindakan peneraju kerajaan di Putrajaya.
Saya yakin majoriti rakyat yang waras mahu urus tadbir yang baik, berprinsip, amanah dan MAMPU menjaga maslahah rakyat dan melindungi mereka daripada kemalaratan hidup dan mencegah mafsadah dalam masyarakat Malaysia. Apa jua kecenderungan politik mereka, naluri manusia akan mahu kebaikan untuk diri, keluarga dan masyarakat sekeliling bahkan alam sekitar. Habis kenapa ribut melanda negara?
Orang politik semua faham pilihanraya negeri Sarawak bakal menjelma. Semua parti berhajat besar. Ada yang sudah menunjuk prestasi yang agak baik sudah tentu bermati-matian mahu mengekalkan kejayaan tersebut. Rasionalnya mereka mahu kejayaan lagi besar dan pengaruh meluas dan mendalam. Samada di kalangan komponen parti BN mahupun DAP dan PKR. PAS ada bertanding tetapi BELUM memenangi sebarang kerusi. Maka, pada hemat saya adalah logik apabila ketua-ketua parti politik ini berpencak dan berkungfu untuk meraih sokongan sebesar mungkin. Golongan media TIDAK gemar menyiarkan berita orang berbaik-baik dan saling berkasih sayang kerana kurang jumlah yang mahu membaca berita 'boring' dan tidak ada 'kick' seperti itu.
Daripada strategi pemasaran, pihak media memerlukan berita yang 'panas' dan sensasi. Barulah akhbar mereka cepat laku seperti goreng pisang!!
Maka, adalah tidak menghairankan sekiranya tajuk seperti yang pilih di atas, Dr Halimah KEKAL bersama PAS BUKAN PILIHAN media! Itu resam dunia media. Bagi rakyat jelata , kita perlu faham rentak itu. Kita mesti kenal muzik itu. Apatah lagi kalau kita pemimpin! Boleh jahanam masyarakat dan organisasi yang kita pimpin sekiranya fakta asas mengenai PUNCA KAWALAN ATAU PENGARUH MEDIA kepada emosi dan tindakan yang terhasil daripada PERSEPSI yang salah atau kurang tepat atau hanya sekerat separuh.
EMOSI yang berpotensi untuk mempengaruh seseorang membeli surat khabar adalah biasa emosi yang negatif seperti marah, sedih, tidak puas hati sebab rasa tertipu atau kerisauan.
Itu baru cerita media cetak dan formal. Media baru dengan kepantasan tekonologi viral, juga menggunakan rasional yang sama. Untuk sesebuah berita di panjangkan secara meluas dengan pantas melalui hujung jari ia mesti bercirikan yang 'gempar' dan boleh 'menggempabumikan' media siber di kalangan seramai mungkin rakan taulan, friends fb, instagram, website, telegram dll. Bercirikan 'hot and spicy'!
NEWS BREAKING.
Pengalaman Peribadi Mutakhir.
Pra-muktamar PAS ke 61, dengan ribut dalam cangkir PAS yang melahirkan NGO PASMA, nama saya tersenarai dalamnya walaupun saya tidak ada kaitan langsung dengan PASMA.
Hari kedua raya, 2 Syawal 1436H, berita hangat bahawa saya akan keluar PAS 31 Ogos bersama rakan-rakan lain tersebar luas. Penafian saya dimuatkan dalam Harakahdaily.Terima kasih Harakahdaily!
Terkini saya difahamkan sebuah akhbar Cina , Orientaldaily memaparkan gambar 5 ADUN PAS Selangor kan keluar PAS untuk masuk GHB Selangor, di antaranya ialah ADUN MERU, ADUN SRI SERDANG selain daripada 2 ADUN PAS yang digantung keahlian kerana membelakangkan parti, disiplin parti. Orang yang ke 5 adalah saya , ADUN SELAT KLANG!!
Saya difahamkan rakan sejawat saya. YB Dr Rani dan YB Noor Hanim telah menyangkal dakwaan tersebut di media massa. Saya ingin menegaskan di sini bahawa kami menyertai PAS bukan 'ikut-ikut' trend atau orang tetapi dengan kefahaman yang jelas mengenai misi perjuangan kami.
Secara peribadi, saya mengakui memang ada kelemahan dan kesilapan dalam PAS. Ia berlaku dalam proses mencapaikan misi perjuangan. Ia bersifat faktor manusiawi. Telah ditegur dan akan terus ditegur kerana tiada pemimpin PAS yang maksum. Saya melihat fenomena yang berlaku mutakhir ini sedikit sebanyak mentarbiyahkan langsung 'hands on' sebagai mata rantai perjuangan murni rahmat lil 'alamin Rasulullah saw. Belum sempurna? Ya . Belum.
Namun landasan perjuangan dalam PAS adalah jelas, telah teruji 6 dekad. Andaikata , PAS sudah 'hit rockbottom' maka the only way is to go up insya Allah! Buang ego, buang superiority complex. Balik ke 'drawing board' .
PAS berupaya meyakinkan Islam yang syumul yang tujuannya adalah menjaga kepentingan ummah termasuk ekonomi, sosial, keselamatan, keadilan semua kaum, semua bangsa, semua keturunan bahkan semua agama. PAS FOR ALL adalah realiti yang boleh dicapai sekiranya 'critical pathway to success' di rencana dan dipraktikkan secara membumi hingga diyakini dan insya Allah diterima oleh semua lapisan masyarakat yang amat memerlukan penyelamat Malaysia sekarang ini.
Wallahu a'lam
YB DR HJH HALIMAH ALI
ADUN SELAT KLANG
24 Julai 2015
YB Dr.Halimah KEKAL bersama PAS
Kenapa PAS mesti kuat!?
Saya yakin dan percaya setiap insan yang normal di Malaysia mahu negara yang aman damai serta makmur. Penduduk Malaysia yang majoriti mahukan kualiti hidup yang lebih terjamin. Ini bererti, segala harta kekayaan Malaysia yang dikurniakan oleh Maha Pencipta perlu diurus dengan cekap dan amanah untuk menjaminkan kelangsungan hidup penduduk Malaysia. Pembangunan yang mampan hanya boleh dicapai dengan pemimpin yang berintegriti dan komited sepenuhnya untuk menjaga maslahah atau kepentingan rakyat.
Semua faham perkara tersebut. Tidak ada perselisihan. Semua menerima konsep asas ini. Samada Melayu, Cina, India, penduduk Sarawak dan Sabah serta orang asli sepakat keperluan bersama. Semua mahu cukup makan, cukup pakai, ada tempat berteduh. Ada sumber pendapatan. Semua mahu selamat. Semua suka hidup harmoni. Semua perlu sumber air yang bersih. Semua mahu hirup udara segar. Semua mahu kesihatan mereka terjaga, kebajikan anak isteri terjamin. Seluruhnya mahu anak mereka jadi orang bijak pandai.
Hakikatnya, dewasa ini negara dalam keadaan serba ironis.Malaysia dikurniakan dengan pelbagai sumber kekayaan asli seperti minyak dan gas, emas, bijih timah, batu arang, pasir, air sungai yang banyak. Malaysia merupakan 'top 10' paling kaya biodiversity di dunia. Malaysia kaya dengan tarikan semulajadi yang boleh menarik pelancong seantero dunia, bukan yang perlu dikutip dan di olah oleh negara jiran Singapura. Malaysia buminya hijau! Malaysia tiada gempa bumi! Bencana alam hanya skala kecil.
Malaysia mempunyai potensi menjadi negara kaya dan makmur!!
Persoalannya sudah hampir 58 tahun Malaysia bebas daripada penjajahan fizikal British, kenapa negara ini sentiasa bergelut dengan hutang negara yang semakin runcing dan kritikal?!!
Kenapakah negara masih menyaksikan isu perkauman yang masih tidak kunjung padam. Kenapakah rakyat masih tidak mempercayai transaksi dengan kerajaan bebas daripada rasuah? Laporan antarabangsa membimbangkan beliau kerana memang Malaysia dikenali dengan negara rasuah! Malu!!
Justeru, PAS sebagai parti politik yang hampir sama umurnya dengan UMNO yang sekarang menjadi tulang belakang kerajaan persekutuan dan majoriti kerajaan negeri di Malaysia mesti kuat dan dilihat kuat oleh pihak kawan dan lawan. Hakikatnya, memang PAS sudah kuat. Dasar PAS sangat mantap. Sistem tanzim atau organisasinya tersusun rapi. Tujuan Perjuangannya jelas. Hukum dan disiplin semua termuat dalam Perlembagaan parti. Kerja-kerja orang dulu dulu dalam PAS. Faktor kritikal ini sudah kemas rapi. ini faktor kekuatan parti PAS.
Hanya sanya untuk berpencak di bumi yang sebenar, PAS perlukan KOLABORASI YANG SINERGISTIK segala elemen ilmu, kemahiran, pengalaman dan kebijaksanaan yang sedia ada dalam jemaahnya. PAS perlu mengoptimakan aset sedia ada. PAS perlu memaksimakan sumber kekayaan modal insan yang sudah mencecah jumlah 1 juta orang. PAS perlu meniupkan semangat ukhuwwah lillahi ta ala. PAS perlu melindung modal insan yang menaruh harapan besar berjuang di atas landasan yang diredhaiNya. PAS perlu mampu mengurus kepelbagaian dalam massa ahli 1 juta orang ini. PAS mesti mengendalikan konflik dalaman yang lumrah dalam keluarga besar PAS. PAS mesti matang dan bijaksana menghadapi konflik bersumber luaran. Itu juga normal dan dijangka. Bukan luarbiasa .Perlu hadapi. Mesti berani 'take the bulls by the horns'.
Bottomline....PAS mesti kuat! dan PAS mesti dilihat kuat!
Tidak kuat apabila 'orang orang kuat' PAS bertelegah depan khalayak. Tidak kuat jika orang orang kuat bazir masa sumbat gol dalam tiang sendiri.
Bulan JUN, para perwakilan akan melakukan satu perkara yang teramat penting.
Muktamar tahun ini akan menyaksikan para perwakilan PAS memilih 'orang orang kuat' PAS. Apakah kriteria yang mereka gunakan untuk memilih orang orang kuat ini? Adakah dengan kaji selidik minima atau mainan emosi ledakan media sosial yang mempengaruhi jemari mereka memangkah orang-orang kuat PAS?!
Masa depan PAS akan ditentukan oleh bakal pemimpin, 'orang-orang kuat ' PAS yang akan dipilih kelak. Semoga mereka bersifat inklusif, berjiwa besar, berpandangan jauh, berlapang dada, strategis berkaliber dan pemimpin yang mempunyai ilmu, kemahiran dan pengalaman dakwah dan politik yang praktikal.
Mudah-mudahan Allah membimbing PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ke arah yang memungkinkan objektif baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur tercapai. Aamiin.
PRK ROMPIN: tahniah warga Felda berani berubah
Fenomena menarik dalam keputusan PRK ROMPIN. Undi yang diperolehi calon PAS Ustaz Nazri, tidak banyak berbeza daripada undi yang diperolehi oleh calon PAS pada PRU13. Namun pada PRU KE 13 CALON PAS kalah 15,114 undi. Hari ini pengundi Rompin menunjukkan angin yang sedikit luar biasa kerana calon BN hanya mendapat majoriti 8,234 undi. Tahniah kepada ahli Parlimen Rompin yang baru daripada BN.
Lazimnya untuk PRK kecil, calon pembangkang kalah lagi teruk kerana segala tumpuan BN akan diarah ke tempat PRK, BN mempastikan segala jentera,media bahkan segala gula-gula akan dihantar ke tempat menambat hati pengundi. Sejarah juga merekodkan lazimnya warga Felda akan pulun mengundi BN.
Amat memberangsangkan apabila PAS tidak banyak hilang undi bermakna, PAS berjaya mengekal sokongan dan dengan itu memperolehi undi yang lebih kurang sama dalam masa pengundi luar yang kebanyakkannya pengundi muda tidak pulang mengundi. Maka, kemungkinan besar, PAS sudah berjaya memperolehi undi 'baru' daripada penduduk yang bermukim di Rompin.
Ironinya, pengundi BN merosot agak teruk. Yang lebih mencemaskan BN barangkali ialah PAS sudah menang di tempat peti undi Felda Keratong 4: BN:841 ; PAS 865
FELDA KERATONG 2: BN 930; PAS 940
Siapa kata orang FELDA tidak pandai mengundi?!
Siapa kata orang FELDA tak faham keperitan GST?!
Siapa kata anak FELDA tidak mengerti politik?!
Mudah mudahan perkembangan positif ini terus mendapat momentum perubahan hingga ke PRU 14.
Tahniah NGO ANAK! Tahniah Mazlan Aliman dan pasukan.
Tahniah kepada semua anggota jentera pilihanraya PAS yang telah berkhidmat cemerlang
Siiru 'ala barakatillah.
Terima kasih PAKATAN RAKYAT
Semoga Permatang Pauh kekal menang.
USAH CEPAT MELATAH, NANTI CANGKIR PECAH!
Apabila seseorang individu stress, beliau berisiko tinggi untuk salah tafsir apa yang didengar dan dilihat.Lazimnya secara negatif. Persepsi salah ini sering mengakibatkan emosinya terganggu: marah,geram, risau. Ini mencetus satu reaksi berangkai(chain reaction) yang boleh mendorong mulutnya berkata-kata perkara yang tidak sepatutnya, melukakan hati orang lain, meninggikan suara bahkan merangsangkan kaki tangannya untuk bertindak liar bagi menzahirkan luapan kemarahannya. Ia juga menatijahkan reaksi destruktif yang infektif di media sosial seperti fb, twitter, Whatsapp dsb. Cerita yang penuh emosi amatlah sensasi. Ia cepat merebak bila diviralkan. Ini baru tahap 'individu' yang stress.
Apabila sekelompok individu yang stress samada daripada punca yang sama dan biasanya bercampur aduk dengan stressor tahap individu itu sendiri semakin kompleks lah sesuatu insiden yang 'common' untuk semua di timbulkan sebagai isu oleh individu berpengaruh dalam kelompok tersebut. 'Hujjah' masing masing bila dipanjangkan serta di tambah rempah ratus, maka akan menimbulkan ketegangan dalam kelompok apabila berlaku perbezaan persepsi dan pendapat. Masing-masing kelompok akan berpegang kepada pandangan sendiri dan berhujjah berdasarkan maklumat terhad atau fakta separuh separuh.Apabila'opinion leaders' dalam kelompok ini bersikap eksklusif dan berperwatakan keras lebih lebih bila disulami dengan ego yang tinggi maka keadaan tegang ini sukar untuk dikendurkan. Sepatutnya masing-masing ketua kelompok ini boleh menerima konsep keharmonian yang memungkinkan kekusutan terlerai dengan baik dan menang-menang. Mereka sepatutnya matang untuk menerima hakikat bahawa sekiranya si A betul, itu tidak bermakna si B salah. Begitu juga sebaliknya. Tambahan, sekiranya si B salah, itu bukan bukti bahawa si A betul.Apa asasnya, buktinya. Mesti objektif bukan subjektif.
Mana-mana organisasi yang mahu menghadapi pemilihan pemimpin akan dilanda ribut-ribut dalam cangkir. Selesai pemilihan, ribut pun reda. Namun ribut dalam cangkir yang di tambah dengan gegaran daripada luar cangkir akan menumpahkan banyak air daripada cawan tersebut. Air semakin kurang dalam cawan. Dan sekiranya pukulan luaran terlampau kuat dan ribut di dalam tidak ditenangkan, cangkir boleh retak dan terus pecah.
Mudah-mudahan organisasi Islam cepat menyedari fenomena ribut dalam cangkir ini.Mudah-mudahan juga 'pengguna-pengguna' cangkir yang mendapat manfaat daripada maslahah daripada perjuangan Hizbul Islam bersama terus menyokong dan berdoa agar cabaran demi cabaran ini boleh segera diredakan dengan bermodelkan perjuangan Rasulullah saw.
Tundukkan EGO
Kawalkan EMOSI
OBATKAN HATI, INGAT ILAHI
Latih diri , 'mati sebelum mati'.


