Pray For MH370

Pray For MH370

Kenapa PAS mesti kuat!?

Saya yakin dan percaya setiap insan yang normal di Malaysia mahu negara yang aman damai serta makmur. Penduduk Malaysia yang majoriti mahukan kualiti hidup yang lebih terjamin. Ini bererti, segala harta kekayaan Malaysia yang dikurniakan oleh Maha Pencipta perlu diurus dengan cekap dan amanah untuk menjaminkan kelangsungan hidup penduduk Malaysia. Pembangunan yang mampan hanya boleh dicapai dengan pemimpin yang berintegriti dan komited sepenuhnya untuk menjaga maslahah atau kepentingan rakyat.

Semua faham perkara tersebut. Tidak ada perselisihan. Semua menerima konsep asas ini. Samada Melayu, Cina, India, penduduk Sarawak dan Sabah serta orang asli sepakat keperluan bersama. Semua mahu cukup makan, cukup pakai, ada tempat berteduh. Ada sumber pendapatan. Semua mahu selamat. Semua suka hidup harmoni. Semua perlu sumber air yang bersih. Semua mahu hirup udara segar. Semua mahu kesihatan mereka terjaga, kebajikan anak isteri terjamin. Seluruhnya mahu anak mereka jadi orang bijak pandai.

Hakikatnya, dewasa ini negara dalam keadaan serba ironis.Malaysia dikurniakan dengan pelbagai sumber kekayaan asli seperti minyak dan gas, emas, bijih timah, batu arang, pasir, air sungai yang banyak. Malaysia merupakan 'top 10' paling kaya biodiversity di dunia. Malaysia kaya dengan tarikan semulajadi yang boleh menarik pelancong seantero dunia, bukan yang perlu dikutip dan di olah oleh negara jiran Singapura. Malaysia buminya hijau! Malaysia tiada gempa bumi! Bencana alam hanya skala kecil.
Malaysia mempunyai potensi menjadi negara kaya dan makmur!!
Persoalannya sudah hampir 58 tahun Malaysia bebas daripada penjajahan fizikal British, kenapa negara ini sentiasa bergelut dengan hutang negara yang semakin runcing dan kritikal?!!
Kenapakah negara masih menyaksikan isu perkauman yang masih tidak kunjung padam. Kenapakah rakyat masih tidak mempercayai transaksi dengan kerajaan bebas daripada rasuah? Laporan antarabangsa membimbangkan beliau kerana memang Malaysia dikenali dengan negara rasuah! Malu!!

Justeru, PAS sebagai parti politik yang hampir sama umurnya dengan UMNO yang sekarang menjadi tulang belakang kerajaan persekutuan dan majoriti kerajaan negeri di Malaysia mesti kuat dan dilihat kuat oleh pihak kawan dan lawan. Hakikatnya, memang PAS sudah kuat. Dasar PAS sangat mantap. Sistem tanzim atau organisasinya tersusun rapi. Tujuan Perjuangannya jelas. Hukum dan disiplin semua termuat dalam Perlembagaan parti. Kerja-kerja orang dulu dulu dalam PAS. Faktor kritikal ini sudah kemas rapi. ini faktor kekuatan parti PAS.

Hanya sanya untuk berpencak di bumi yang sebenar, PAS perlukan KOLABORASI YANG SINERGISTIK segala elemen ilmu, kemahiran, pengalaman dan kebijaksanaan yang sedia ada dalam jemaahnya. PAS perlu mengoptimakan aset sedia ada. PAS perlu memaksimakan sumber kekayaan modal insan yang sudah mencecah jumlah 1 juta orang. PAS perlu meniupkan semangat ukhuwwah lillahi ta ala. PAS perlu melindung modal insan yang menaruh harapan besar berjuang di atas landasan yang diredhaiNya. PAS perlu mampu mengurus kepelbagaian dalam massa ahli 1 juta orang ini. PAS mesti mengendalikan konflik dalaman yang lumrah dalam keluarga besar PAS. PAS mesti matang dan bijaksana menghadapi konflik bersumber luaran. Itu juga normal dan dijangka. Bukan luarbiasa .Perlu hadapi. Mesti berani 'take the bulls by the horns'.

Bottomline....PAS mesti kuat! dan PAS mesti dilihat kuat!
Tidak kuat apabila 'orang orang kuat' PAS bertelegah depan khalayak. Tidak kuat jika orang orang kuat bazir masa sumbat gol dalam tiang sendiri.

Bulan JUN, para perwakilan akan melakukan satu perkara yang teramat penting.
Muktamar tahun ini akan menyaksikan para perwakilan PAS memilih 'orang orang kuat' PAS. Apakah kriteria yang mereka gunakan untuk memilih orang orang kuat ini? Adakah dengan kaji selidik minima atau mainan emosi ledakan media sosial yang mempengaruhi jemari mereka memangkah orang-orang kuat PAS?!

Masa depan PAS akan ditentukan oleh bakal pemimpin, 'orang-orang kuat ' PAS yang akan dipilih kelak. Semoga mereka bersifat inklusif, berjiwa besar, berpandangan jauh, berlapang dada, strategis berkaliber dan pemimpin yang mempunyai ilmu, kemahiran dan pengalaman dakwah dan politik yang praktikal.

Mudah-mudahan Allah membimbing PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ke arah yang memungkinkan objektif baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur tercapai. Aamiin.

Comments :

0 comments to “Kenapa PAS mesti kuat!? ”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com