Pray For MH370

Pray For MH370

YB Dr.Halimah KEKAL bersama PAS

 Bismillah.

Berita sensasi sentiasa dinanti

Ribut politik yang melanda negara seolah memberi kesan agak besar kepada warga Malaysia tidak terkecuali Selangor. Barisan Nasional teruk dibelasah kerana masalah tadbir kelola negara yang mengundang seribu satu macam persoalan daripada rakyat negara samada daripada lawan BN daripada parti PAS, PKR dan DAP yang sebelum ini dikenali sebagai PAKATAN RAKYAT, bahkan ahli UMNO-BN sendiri terasa tertipu oleh tingkah laku dan tindakan peneraju kerajaan di Putrajaya.

Saya yakin majoriti rakyat yang waras mahu urus tadbir yang baik, berprinsip, amanah dan MAMPU menjaga maslahah rakyat dan melindungi mereka daripada kemalaratan hidup dan mencegah mafsadah dalam masyarakat Malaysia. Apa jua kecenderungan politik mereka, naluri manusia akan mahu kebaikan untuk diri, keluarga dan masyarakat sekeliling bahkan alam sekitar. Habis kenapa ribut melanda negara?

Orang politik semua faham pilihanraya negeri Sarawak bakal menjelma. Semua parti berhajat besar. Ada yang sudah menunjuk prestasi yang agak baik sudah tentu bermati-matian mahu mengekalkan kejayaan tersebut. Rasionalnya mereka mahu kejayaan lagi besar dan pengaruh meluas dan mendalam. Samada di kalangan komponen parti BN mahupun DAP dan PKR. PAS ada bertanding tetapi BELUM memenangi sebarang kerusi. Maka, pada hemat saya adalah logik apabila ketua-ketua parti politik ini berpencak dan berkungfu untuk meraih sokongan sebesar mungkin. Golongan media TIDAK  gemar menyiarkan berita orang berbaik-baik dan saling berkasih sayang kerana kurang jumlah yang mahu membaca berita 'boring' dan tidak ada 'kick' seperti itu.
Daripada strategi pemasaran, pihak media memerlukan berita yang 'panas' dan sensasi. Barulah akhbar mereka cepat laku seperti goreng pisang!!

Maka, adalah tidak menghairankan sekiranya tajuk seperti yang pilih di atas, Dr Halimah KEKAL bersama PAS BUKAN PILIHAN media! Itu resam dunia media. Bagi rakyat jelata , kita perlu faham rentak itu. Kita mesti kenal muzik itu. Apatah lagi kalau kita pemimpin! Boleh jahanam masyarakat dan organisasi yang kita pimpin sekiranya fakta asas mengenai PUNCA KAWALAN ATAU PENGARUH MEDIA kepada emosi dan tindakan yang terhasil daripada PERSEPSI yang salah atau kurang tepat atau hanya sekerat separuh.
 EMOSI yang berpotensi untuk mempengaruh seseorang membeli surat khabar adalah biasa emosi yang negatif seperti marah, sedih, tidak puas hati sebab rasa tertipu atau kerisauan.

Itu baru cerita media cetak dan formal. Media baru dengan kepantasan tekonologi viral, juga menggunakan rasional yang sama. Untuk sesebuah berita di panjangkan secara meluas dengan pantas melalui hujung jari ia mesti bercirikan yang 'gempar' dan boleh 'menggempabumikan' media siber di kalangan seramai mungkin rakan taulan, friends fb, instagram, website, telegram dll. Bercirikan 'hot and spicy'!

NEWS  BREAKING.

Pengalaman Peribadi Mutakhir.

Pra-muktamar PAS ke 61, dengan ribut dalam cangkir PAS yang melahirkan NGO PASMA, nama saya tersenarai dalamnya walaupun saya tidak ada kaitan langsung dengan PASMA.

Hari kedua raya, 2 Syawal 1436H,  berita hangat bahawa saya akan keluar PAS 31 Ogos bersama rakan-rakan lain tersebar luas. Penafian saya dimuatkan dalam Harakahdaily.Terima kasih Harakahdaily!

Terkini saya difahamkan sebuah akhbar Cina , Orientaldaily memaparkan gambar 5 ADUN PAS Selangor kan keluar PAS untuk masuk GHB Selangor, di antaranya ialah ADUN MERU, ADUN SRI SERDANG selain daripada 2 ADUN PAS yang digantung keahlian kerana membelakangkan parti, disiplin parti. Orang yang ke 5 adalah saya , ADUN SELAT KLANG!!

Saya difahamkan rakan sejawat saya. YB Dr Rani dan YB Noor Hanim telah menyangkal dakwaan tersebut di media massa. Saya ingin menegaskan di sini bahawa kami menyertai PAS bukan  'ikut-ikut' trend atau orang tetapi dengan kefahaman yang jelas mengenai misi perjuangan kami.
Secara peribadi, saya mengakui memang ada kelemahan dan kesilapan dalam PAS. Ia berlaku dalam proses mencapaikan misi perjuangan. Ia bersifat faktor manusiawi. Telah ditegur dan akan terus ditegur kerana tiada pemimpin PAS yang maksum. Saya melihat fenomena yang berlaku mutakhir ini sedikit sebanyak mentarbiyahkan langsung 'hands on' sebagai mata rantai perjuangan murni rahmat lil 'alamin Rasulullah saw. Belum sempurna? Ya . Belum.
Namun landasan perjuangan dalam PAS adalah jelas, telah teruji 6 dekad. Andaikata , PAS sudah 'hit rockbottom' maka the only way is to go up insya Allah! Buang ego, buang superiority complex. Balik ke 'drawing board' .
PAS berupaya meyakinkan Islam yang syumul yang tujuannya adalah menjaga kepentingan ummah termasuk ekonomi, sosial, keselamatan, keadilan semua kaum, semua bangsa, semua keturunan bahkan semua agama. PAS FOR ALL adalah realiti yang boleh dicapai sekiranya 'critical pathway to success' di rencana dan dipraktikkan secara membumi hingga diyakini dan insya Allah diterima oleh semua lapisan masyarakat yang amat memerlukan penyelamat Malaysia sekarang ini.

Wallahu a'lam

YB DR HJH HALIMAH ALI
ADUN SELAT KLANG
24 Julai 2015

Comments :

0 comments to “YB Dr.Halimah KEKAL bersama PAS”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com