Pray For MH370

Pray For MH370

BERANI CUBA: PROJEK CHAMPIONS UPSR 6A 2016 DUN SELAT KLANG


1.0 Rasional
Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dilaksanakan untuk tahun 6 saban tahun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya dianggap sebagai kayu ukur keupayaan akademik seseorang pelajar. Pencapaian UPSR ini digunakan sebagai penentu arah tuju pelajar tersebut di peringkat menengah, samada layak untuk meneruskan persekolahannya di sekolah asrama penuh atau sekolah yang berprofil tinggi. Juga sesetengah biasiswa ditentukan pencapaian pelajar yang paling cemerlang. Justeru, sekolah, guru dan ibu bapa sudah tentu mahu melihat pelajar yang dibawah jagaan mereka mencapai keputusan keramat semua A dalam subjek yang diambil, termasuk semua sekolah di DUN Selat Klang.

Justeru, selaku ADUN Selat Klang, saya amat menghargai niat murni semua sekolah, PIBG dan pelajar untuk menggengam kecemerlangan tersebut. Satu pelan tindakan untuk menjadi pemangkin kepada semua sekolah yang terlibat untuk mencapai sasaran maksima 6A untuk 2016 melalui gerakan sepadu yang bersifat sukses-sukses yakni kerja berpasukan yang sinergistik untuk saling menyokong ke arah kejayaan bersama. Inilah tujuan PROJEK CHAMPIONS UPSR 6A 2016 DUN SELAT KLANG diwujudkan.

Dimulakan dengan solat hajat perdana yang dipimpin oleh sahibus samahah Timbalan Mufti Negeri Selangor untuk menundukkan diri sebagai insan yang perlukan pertolongan dan bimbingan Yang Maha Berilmu dan Yang Maha Berkuasa di Masjid Darul Muttaqin Sg Udang. Kemudian diikuti dengan bengkel oleh guru pakar Bahasa Inggeris dan Matematik.

Rezeki pelajar DUN SELAT KLANG mereka dapat bersama slot khas bersama TOKOH AKADEMIK NEGARA Professor Emeritus Dato' Dr Abdul Latip Ibrahim yang berkongsi pengalaman dan jejak langkah seorang 'kampung boy' menjadi Ilmuwan tersohor bukan sahaja di negara bahkan di luar negara terutama di kalangan rakan sebaya saintis sedunia. Beliau merupakan the antara fellow pengasas ISLAMIC WORLD ACADEMY OF SCIENCE, sebuah badan penasihat sains untuk OIC.
Semoga momentum semangat juang terus maju hinga mencapai matlamat perjuangan. Marilah kita bersama beristghfar, memohon ampun kepada Allah dan memohon bantuannya untuk mencapaikan visi dan misi bersama. Aamiin.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan projek perintis ini.Khusus kepada semua YDP PIBG SK Telok Gadong, YDP SK Telok Pulai, YDP Sekolah Rendah Islam al FARABI dan  YDP SK Sg Udang. Semoga perancangan dan usaha kita membuahkan kejayaan yang mampu melahirkan insan cemerlang yang diredhai Allah swt insya Allah.  

Read More “BERANI CUBA: PROJEK CHAMPIONS UPSR 6A 2016 DUN SELAT KLANG”  »»

Lombong Emas Selangor Di Sini

2016: 
 Jumlah Pelajar di prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah kelolaan jabatan pendidikan(Kementerian pelajaran) di Selangor adalah 938,000 orang

Jumlah pelajar di tadika dan sekolah selain daripada kerajaan boeh mencecah 60,000(anggaran)

Maka, jumlah besar pelajar di Selangor mencecah 1,000,000 orang.

Sekiranya, pelajar ini dibangunkan dengan berkesan apakah agaknya akan kita saksikan di Selangor.
Lombong emas hanya memberi pulangan apabila diterokai dan diproseskan menjadi produk. Bagaimana dengan aset insan yang nilai potensinya sudah tentu lebih besar daripada lombong emas kerana insan bukan fizikal semata, tetapi mempunyai potensi daya akal, daya emosi, daya rohani dan daya kekuatan sokongan sosial yang 'enormous' sebagai makhluk ciptaan Allah yang terbaik
 

Read More “Lombong Emas Selangor Di Sini”  »»

PAS SELANGOR GREEN SILK



PELANCARAN PAS SELANGOR’s GREEN SILK
Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2016
DEWAN HOKKIEN KLANG
23 Februari 2016

Objektif:
PAS Selangor mahu merancakkan komitmen usaha menaburkan bakti kepada semua tanpa mengira bangsa, ras dan keturunan sesuai dengan slogannya PAS FOR ALL. Untuk mencapai matlamat dan tujuan tersebut, PAS Selangor melalui Lajnah Perpaduan Nasional menggerakkan kempen besar besaran seluruh negeri untuk mendekati, mengenali dan menyantuni kaum bukan Melayu bagi meyakinkan mereka bahawa perjuangan PAS adalah untuk kebaikan bersama.
Kempen Selangor’s Green Silk ini akan melibatkan semua cawangan dan kawasan PAS dalam Selangor yang akan mewujudkan AJK LPN hingga ke akar umbi yang akan di mobilisasikan untuk ambil peduli tentang hal ehwal kaum bukan Melayu dengan mengenali secara dekat, memahami adat dan kebudayaan serta nilai hidup mereka. Pimpinan dan ahli PAS seluruh peringkat dijangka akan lebih menghargai dan menghormati pelbagai kaum yang mempunyai bahasa, budaya dan agama yang berbeza dan bekerja keras mencari jalan untuk bersama membangunkan masyarakat majmuk agar kejayaan boleh dikecapi bersama.
PAS sebagai parti politik yang didasari prinsip universal mampu menjadi sandaran semua kaum, bangsa bahkan agama. Formula terbaik ke arah itu ialah PAS perlu melalui satu proses pembelajaran mengatasi norma pengasingan diantara berlainan bangsa yang  terwujud sekian lama dibawah parti pemerintah BARISAN NASIONAL yang parti komponen terbesarnya diwujudkan mengikut kaum tertentu(UMNO/MIC/MCA).
PAS Selangor alhamdulillah sudah mengarahkan agar kesemua cawangan dalam negeri melantikkan ketua LPN cawangan. Di jangka dalam masa setahun,  800 cawangan PAS seluruh Selangor akan mempunyai jawatankuasa LPN. Mereka akan dilatih untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan bukan Melayu bagi saling kenal mengenali serta berdialog untuk mewujudkan hubungan harmoni antara PAS semua peringkat dengan golongan bukan Melayu. Fokusnya ialah melahirkan kesejahteraan bersama dan seterusnya membangunkan Selangor yang maju, makmur serta diberkati Allah.
Jaringan mantap pihak akar umbi dengan golongan bukan Melayu di seluruh pelusuk Selangor dijangka akan membantu politik matang yang mahu diperjuangkan oleh PAS yang tidak mahu terseret dengan politiking melampau yang merimaskan semua pihak.
PAS yakin pendekatan ‘kelembutan sutera’ yang bermaksud ahli PAS menterjemahkan kebaikan Islam dengan akhlak terpuji pada diri mereka sendiri seperti yang di lakukan oleh Rasulullah saw  akan menjadi contoh atau acuan yang dipakai dalam gelombang Green Silk ini.
PAS mengamalkan prinsip keamanan dan kesejahteraan. PAS membela hak untuk semua. PAS faham bangsa keturunan dicipta Allah. PAS tiada masalah dengan kepelbagaian bangsa.PAS tahu semua bahasa juga dicipta Allah. PAS iktiraf warna kulit juga hak mutlak ciptaan Allah. PAS juga menerima kewujudan kepelbagaian agama juga dengan izin Allah. Semua ini BUKAN ISU kepada PAS. Semua itu dijamin oleh Islam. Dasar PAS ialah Islam. Islam adalah solusi. Islam itu lengkap: merangkumi aspek pendidikan/ekonomi/ sosial/politik/ keselamatan/kesenian dan kebudayaan/sukan dan belia/wanita/ kanak-kanak/haiwan dan persekitaran. Semuanya ada hak dan ruang dalam Islam.
PAS yakin dan percaya kepentingan ilmu kerana ayat pertama yang diturunkan oleh Allah swt dalam al Quran ialah tentang PENDIDIKAN.   PAS terpanggil untuk menyelamatkan masyarakat daripada masalah negara yang bukan sahaja melibatkan kemerosotan ekonomi bahkan segala-galanya seperti kebimbangan isu keselamatan, kehilangan nilai nilai murni pemimpin kerajaan, kerosakan moral dan akhlak remaja, kerosakan alam sekitar dan jenayah yang menggerunkan.
Pihak pimpinan PAS semua peringkat akan terlibat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Selangor akan menjadi tunggak utama dalam Kempen ini.
PAS is evergreen. PAS FOR ALL. PAS UNTUK SEMUA
Disediakan oleh            
YB Dr Halimah Ali
Pengerusi Lajnah Perpaduan  Nasional PAS Selangor   
23 Februari 2016

Read More “PAS SELANGOR GREEN SILK”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com