PELANCARAN PAS
SELANGOR’s GREEN SILK
DEWAN
HOKKIEN KLANG
23 Februari
2016
Objektif:
PAS Selangor
mahu merancakkan komitmen usaha menaburkan bakti kepada semua tanpa
mengira bangsa, ras dan keturunan sesuai dengan slogannya PAS FOR ALL. Untuk
mencapai matlamat dan tujuan tersebut, PAS Selangor melalui Lajnah Perpaduan
Nasional menggerakkan kempen besar besaran seluruh negeri untuk mendekati, mengenali
dan menyantuni kaum bukan Melayu bagi meyakinkan mereka bahawa
perjuangan PAS adalah untuk kebaikan bersama.
Kempen
Selangor’s Green Silk ini akan melibatkan semua cawangan dan kawasan PAS dalam
Selangor yang akan mewujudkan AJK LPN hingga ke akar umbi yang akan di
mobilisasikan untuk ambil peduli tentang hal ehwal kaum bukan Melayu dengan
mengenali secara dekat, memahami adat dan kebudayaan serta nilai hidup mereka.
Pimpinan dan ahli PAS seluruh peringkat dijangka akan lebih menghargai dan
menghormati pelbagai kaum yang mempunyai bahasa, budaya dan agama yang
berbeza dan bekerja keras mencari jalan untuk bersama membangunkan masyarakat
majmuk agar kejayaan boleh dikecapi bersama.
PAS sebagai
parti politik yang didasari prinsip universal mampu menjadi sandaran
semua kaum, bangsa bahkan agama. Formula terbaik ke arah itu ialah PAS
perlu melalui satu proses pembelajaran mengatasi norma pengasingan diantara
berlainan bangsa yang terwujud sekian
lama dibawah parti pemerintah BARISAN NASIONAL yang parti komponen terbesarnya
diwujudkan mengikut kaum tertentu(UMNO/MIC/MCA).
PAS Selangor
alhamdulillah sudah mengarahkan agar kesemua cawangan dalam negeri melantikkan
ketua LPN cawangan. Di jangka dalam masa setahun, 800 cawangan PAS seluruh Selangor akan mempunyai
jawatankuasa LPN. Mereka akan dilatih untuk berkomunikasi dan berinteraksi
dengan bukan Melayu bagi saling kenal mengenali serta berdialog untuk
mewujudkan hubungan harmoni antara PAS semua peringkat dengan golongan bukan
Melayu. Fokusnya ialah melahirkan kesejahteraan bersama dan seterusnya
membangunkan Selangor yang maju, makmur serta diberkati Allah.
Jaringan
mantap pihak akar umbi dengan golongan bukan Melayu di seluruh pelusuk Selangor
dijangka akan membantu politik matang yang mahu diperjuangkan oleh PAS yang
tidak mahu terseret dengan politiking melampau yang merimaskan semua pihak.
PAS yakin
pendekatan ‘kelembutan sutera’ yang bermaksud ahli PAS menterjemahkan
kebaikan Islam dengan akhlak terpuji pada diri mereka sendiri seperti yang di
lakukan oleh Rasulullah saw akan menjadi
contoh atau acuan yang dipakai dalam gelombang Green Silk ini.
PAS
mengamalkan prinsip keamanan dan kesejahteraan. PAS membela hak untuk
semua. PAS faham bangsa keturunan dicipta Allah. PAS tiada masalah
dengan kepelbagaian bangsa.PAS tahu semua bahasa juga
dicipta Allah. PAS iktiraf warna kulit juga hak mutlak ciptaan Allah.
PAS juga menerima kewujudan kepelbagaian agama juga dengan izin Allah. Semua
ini BUKAN ISU kepada PAS. Semua itu dijamin oleh Islam. Dasar PAS
ialah Islam. Islam adalah solusi. Islam itu lengkap: merangkumi aspek
pendidikan/ekonomi/ sosial/politik/ keselamatan/kesenian dan kebudayaan/sukan
dan belia/wanita/ kanak-kanak/haiwan dan persekitaran. Semuanya ada hak dan
ruang dalam Islam.
PAS yakin
dan percaya kepentingan ilmu kerana ayat pertama yang diturunkan oleh
Allah swt dalam al Quran ialah tentang PENDIDIKAN. PAS terpanggil
untuk menyelamatkan masyarakat daripada masalah negara yang bukan sahaja
melibatkan kemerosotan ekonomi bahkan segala-galanya seperti kebimbangan isu
keselamatan, kehilangan nilai nilai murni pemimpin kerajaan, kerosakan moral dan
akhlak remaja, kerosakan alam sekitar dan jenayah yang menggerunkan.
Pihak
pimpinan PAS semua peringkat akan terlibat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Selangor
akan menjadi tunggak utama dalam Kempen ini.
PAS is
evergreen. PAS FOR ALL. PAS UNTUK SEMUA
Disediakan oleh
YB Dr Halimah Ali
Pengerusi
Lajnah Perpaduan Nasional PAS Selangor
23 Februari
2016
Comments :
Post a Comment