Menurut YAB Dato' MB Selangor " sehingga kini kurang dari 30 peratus belia yang bergiat aktif di dalam sebarang program sama dianjurkan oleh pertubuhan belia kerajaan atau bukan kerajaan(NGO)." Yang selebihnya dikira lesu dan kurang inisiatif dan motivasi.
Dato' MB Selangor juga menyebut " tenaga generasi muda dapat digembleng agar secara tidak langsung mereka dapat mengatasi masalah sosial yang dihadapi oleh para belia sekaligus merangka sendiri rancangan pembangunan untuk mereka sendiri".
Tambah beliau " kerajaan negeri akan bantu menyediakan prasarana, kewangan dan tenaga pengajar serta galakan dalam menjalankan aktiviti sosial serta ilmuan".
Dalam konteks yang sama, Exco Pembangunan Modal Insan, dalam majlis yang sama berkata " pembaharuan untuk generasi muda adalah proses evolusi yang membabitkan pengubahsuaian, iltizam berterusan dan perubahan sosioekonomi, perkembangan maklumat serta peningkatan kepakaran".
Juga generasi muda perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta keperluan lain seperti memmiliki sifat jati diri yang berterusan serta bertanggung jawab terhadap pelbagai kemungkinan yang bakal di hadapi.
BERSEDIAKAH BELIA MENYAHUT CABARAN?
Labels:
Belia,
evolusi,
iltizam,
jati diri,
persatuan belia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment