Pray For MH370

Pray For MH370

PROJEK BAKUN BELUM SELESAI LAGI 12 EMPANGAN AKAN DIBINA DI SARAWAK

Syarikat Ekran yang hampir bankrap dan Syarikat Sime Darby yang menolak tawaran membina Empangan Bakun harus dijadikan teladan dan sempadan. Kini dua belas lagi empangan dicadangkan dibina di Sarawak kononnya untuk membekalkan kuasa eletrik di Sarawak sahaja.

Pembinaan empangan hidroeletrik mempunyai masalahnya tersendiri walaupun kuasa eletrik
yang terhasil dari empangan hidro dikira "bersih" dari pencemaran alam seperti karbon monoksida , belerang dan lain-lain. Namun, pembiakan parasit dan makhluk perosak merupakan kesan sampingan pembinaan empangan.

Dua tajuk berita dari Borneo Post tentang projek empangan dan serangan siput gondang emas di Sarawak.

Projek Empangan hidroelektrik Sarawak disokong


Pakar sifatkan pembinaan 12 empangan hidroelektrik baik asal tidak pinggir aspek alam sekitar

KUCHING: Pemegang Ke-rusi Profesor Diraja Ungku Aziz, Profesor Jeffrey D. Sachs berkata pembinaan 12 empangan hidroelektrik di Sarawak adalah amat baik asalkan tidak meminggirkan aspek alam sekitar.

“Projek ini boleh menjadi amat baik, menghasilkan banyak sumber tenaga diperbaharui, bersih dari aspek pelepasan karbon berbanding penggunaan bahan bakar fosil…banyak faedah.

“Selain itu, banyak perkara membabitkan projek ini yang tidak diketepikan dalam perancangannya, seperti kesan terhadap sistem sungai atau hidrologi, habitat atau kepelbagaian biologi. Ini semua telah diambil kira,” katanya dalam sidang media selepas dialog kemiskinan dan pembangunan di Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama dalam dialog berkenaan, Menteri Pembangunan Tanah Dato Sri Dr James Masing, Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan Dato Sri Wong Soon Koh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Wilson Baya Dandot.

Beliau diminta mengulas mengenai perdebatan antara Kerajaan Negeri dan pencinta alam sekitar serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti yang termuat dalam akhbar baru-baru ini.

Katanya, perbahasan mengenai pembinaan projek berkenaan merupakan aktiviti sihat.

“Perkara ini (alam sekitar) perlu dititikberatkan, jadi saya gembira apabila mendapat tahu ada berlaku per-bincangan atau perbahasan,” jelasnya.

Baru-baru ini, Pengerusi Pusat Teknologi dan Pembangunan Alam Sekitar Malaysia (CETDEM) Gurmit Singh dipetik berkata, pembinaan empangan hidroelektrik yang banyak tidak perlu.

Katanya, Suruhanjaya Empangan Dunia mengkelaskan empangan yang menjana tenaga sebanyak 30 megawatt dan ke bawah adalah memadai manakala yang berkapasiti lebih tinggi dikelaskan sebagai ‘tidak lestari’.

Bagi menjawab dakwaan itu, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan kritikan daripada pihak berkenaan sebagai bukan satu perkara baru.

“Dunia sedang berdepan dengan kenaikan harga sumber tenaga dengan mendadaknya lebih-lebih lagi petrol dan situasi ini memerlukan tenaga alternatif baru yang lebih murah serta menjimatkan perlu dimaju dan digunakan.

“Ada ’seseorang’ di Pulau Pinang cuba menghidupkan semula cerita lama ini dan mengkritik Sarawak tanpa mengetahui keadaan sebenar Sarawak.

“Saya fikir dia harus belajar dari mula lagi sebelum membuka mulut,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, kedudukan projek empangan Tutoh adalah jauh dengan Taman Negara Mulu yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Du-nia oleh UNESCO.

Justeru tidak wujud isu kemusnahan alam sekitar.

Sarawak merancang untuk membina 12 empangan secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai kapasiti tenaga antara 54 megawatt dan 1,000 megawatt.

Sementara itu, Jeffrey berkata, konsep pembangunan mapan perlu diamalkan kerana projek-projek pembangunan berkait dengan ekologi, sumber di bawah permukaan air, minyak dan gas, kepelbagaian biologi, serta industri pembalakan.

“Pembangunan mapan bukan sahaja menyentuh alam sekitar tetapi juga membabitkan budaya kerana Sarawak menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki pelbagai budaya.

“Sarawak yang kian meningkat dari aspek pendapatan rakyat berasaskan pengeksploitasian sumber mentah, adalah amat penting untuk mempraktikkan amalan pembangunan mapan,” katanya.

Serangan siput gondang emas semakin buruk


MIRI: Tanah tinggi Ba’Kelalan yang merupakan pengeluar utama beras Bario selain Bario berhadapan dengan ancaman besar ekoran serangan siput gondang emas yang dilaporkan semakin buruk dan boleh menjejaskan pengeluaran padi tahun ini.

Penduduk kampung, Pangiran Sakai, 56, ketika dihubungi Utusan Borneo semalam berkata, masalah ini sudah sekian lama menghantui kira-kira 200 penanam padi di situ namun sehingga kini masih tiada penyelesaian.

“Setiap tahun kami mengalami kerugian kerana ancaman siput gondang emas yang mampu merosakkan berhektar-hektar sawah padi dalam sekelip mata. Sehubungan itu kami menggesa pihak kerajaan mempercepatkan pemberian itik untuk mengurangkan serangan,”ujarnya.

Menurut beliau, penggunaan itik dapat mengurangkan ancaman siput gondang emas itu kerana haiwan perosak tersebut merupakan rantaian makanannya (itik).

“Penduduk kampung sudah membincangkan perkara ini dengan pihak Jabatan Pertanian Lawas pada minggu lepas. Kita berharap bantuan itik ini dapat disegerakan memandangkan kami akan menanam padi mulai Jumaat ini,” katanya sambil menambah setiap pintu memerlukan sekurang-kurangnya 20 ekor itik.

Setakat ini katanya, jabatan telah memberi dua botol racun untuk setiap pintu penanam padi, namun ia tidak mencukupi memandangkan mereka mempunyai dua hingga empat hektar sawah.

“Bayangkan satu botol hanya cukup untuk satu hektar sawah sedangkan kebanyakkan penduduk di sini mempunyai empat hektar sawah. Tambahan pula penggunaan racun tidak efektif selain harganya yang mahal. Ini sudah pasti membebankan penduduk di sini.”

Pangiran menambah, itik berkenaan akan dilepaskan ke sawah untuk memakan telur dan siput gondang emas yang gemar memakan anak padi.

“Tahun lepas jabatan telah memberi bantuan itik, bagaimanapun itik tersebut memerlukan kos yang tinggi kerana hanya memakan baja. Kita mahu jenis itik tempatan yang tidak memerlukan kos tinggi dan senang dipelihara,” katanya.

Sementara itu Utusan Borneo difahamkan selain Ba Kelalan, kawasan lain yang turut terjejas ialah Buduk Nur, Long Langai, Long Ritan dan Buduk Bui.

Difahamkan serangan haiwan berasal dari Amerika Selatan itu mampu bertelur sehingga 8,000 biji setahun dan seekor siput gondang boleh memusnahkan satu meter persegi anak padi dengan serangannya membentuk tompok-tompok dalam sawah seperti anak benih tidak tumbuh.

Comments :

0 comments to “PROJEK BAKUN BELUM SELESAI LAGI 12 EMPANGAN AKAN DIBINA DI SARAWAK”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com