Pray For MH370

Pray For MH370

ULASAN BUKU: KAMUS MODEN ALMIFTAH

Saudara digalakkan untuk mengambil peluang mengunjungi PESTA BUKU SELANGOR yang sedang berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam dari 25Julai-3ogos 2008. Bawalah keluarga tercinta.

Saya ingin mencadangkan sebuah buku yang saya fikir pelaburan yang saudara belanjakan adalah berbaloi berlipat kali ganda dunia akhirat.

Pada Pesta Buku Antarabangsa 2000 di PWTC saya telah membeli sebuah kamus Arab- Indonesia berjudul "KAMUS KONTEMPORER" sususan Aatabikl Ali dan Ahmad Zuhdi Muhdior terbitan Yayasan Al maksum pondok persantren Krapyak Indonesia. Saya dah lupa kosnya tetapi yang pasti ia telah digunakan oleh beberapa orang anak saya yang bersekolah di SAM Hisamuddin Sg Bertih, SAMTH Hisamudin Kg Jawa seterusnya di SAMBEST USJ5.

Buku yang saya ingin syorkan saudara memilikinya ialah kamus tribahasa KAMUS ALMIFTAH susunan Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin dan Mohd Fuad Mohd Isa yang kesemua mereka adalah graduan Uni Al Azhar. walaupun buku ini diterbit oleh Al Azhar Media Enterprise, cetakan Angkatan Edaran dan diedar oleh Thaqafi Enterprise namun ia telah ditaja oleh ramai hamba-hamba ALlah yang benar-benar faham hadith ArRasul " Apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sadakah jariah, anak soleh yang mendoakannya dan ilmu yang bermanafaat".

Kamus AlMiftah ini beratnya 2.6kg, kos pelaburan ialah RM22o.00 sahaja sebelum diskaun dan muka suratnya ialah sebanyak 1962 . Berkulit keras dan penjilidannya kemas. Memiliki gambar, perkataan dalam tiga warna iaitu hitam, biru dan merah. Makna perkataan dalam bahasa Inggeris berwarna biru, makna perkataan dalam bahasa melayu dicetak berwarna hitam. Perkataan Arab dicetak berwarna merah serta mempunyai baris bagi kita yang kurang mahir sebutan Arab. Kertasnya berkualiti dan glossy.


Comments :

0 comments to “ULASAN BUKU: KAMUS MODEN ALMIFTAH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com