Tahmid dan Salam. Berkesempatan untuk menjalani kursus ESQ 165 anjuran E S Q Leadership Center di bawah jurulatih Pak Aminul Rachman, Pak Firdaus dan Pak Andi serta yang lain seperti En Fizi dan En Muqarrobin di Hotel Summit USJ Subang Jaya Selangor selama 3 hari. Kursus ini menggunakan kaedah Audiovisual, kesan "suara, cahaya dan bunyi", simulasi, "kesan catharsis", permainan, nasyeed serta lagu dan " role play ". Tiada pengambilan nota. Kursus dijalankan secara profesional dan setaraf dengan kursus-kursus anjuran syarikat seperti Success Resources atau Stephen Covey Leadership Centre.
Kelihatan dari kiri En Mohammed Razib Abu Bakar, Pengarah ESQ Leadership Center dan keempat dari kiri Pak Aminul Rachman sebagai Jurulatih Utama bagi Rantau Asia Tenggara.
Aktiviti Exco Modal Insan/ Pendidikan pada 01/08/08-03/08/08: Menyertai ESQ Training Angkatan 21 di Hotel Summit USJ
Labels:
Ary Ginanjar Agustian,
ESQ,
ESQ leadership Center
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment