Pray For MH370

Pray For MH370

PESAKIT BUAH PINGGANG KURANGKAN ULAM

Dengan hanya membaca tajuk artikel yang dimuatkan pada beberapa akhbar tempatan contohnya Sinar Harian bertarikh 27hb Julai 2008 yang lalu, kita akan terus menghukum "ulam bahaya, mesti dijauhi". Sebenarnya memakan ulam yang berlebihan hanya berbahaya kepada pesakit yang menghidap masalah kegagalan buah pinggang (ginjal) sahaja dan mungkin mendapat rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu.

Kandungan mineral bernama kalium yang tinggi terdapat dalam ulam boleh memudaratkan jantung bagi pesakit di atas dek kerana jumlah kalium dalam darah terlampau tinggi lantaran kegagalan fungsi ginjal mengnyahkan lebihan kalium (hiperkalemia). Bahaya hiperkalemia ialah kepada jantung (jantung terhenti). Keadaan ini berlaku jika kalium melebihi 7.0 mmol/l (julat normal 3.5-5.5)

Bagi orang awam yang sihat seperti saudara saudari, pengambilan ulam adalah sangat-sangat digalakkan disebabkan khasiat yang terdapat pada ulam. Selain bertindak sebagai pembekal asid folate bagi tujuan pembinaan sel darah merah, ulam mengandungi anti-oksidant yang dapat mencegah penyakit-penyakit yang berpunca dari lebihan radikal bebas seperti kanser dan lain-lain.

Ulam juga amat digalakkan kepada pesakit yang menghidap hipertensi atau penyakit tekanan darah tinggi kerana kalium yang wujud dalam ulam dapat mengurangkan tekanan darah. Juga pesakit hipertensi yang menggunakan ubat jenis diuretik seperti lasix (sila rujuk doktor anda) adalah disarankan mengambil makanan yang kaya dengan kalium seperti pisang dan ulam.

Akhir sekali, ulam bertindak sebagai serabut atau pelawas mudah buang air besar. Bagi ibu hamil pengambilan ulam adalah suatu amalan pemakanan yang sangat baik bagi mencegah kurang sel darah merah (anemia) dan buasir (akibat sembelit).

Galakkan dan biasakan anak-anak kita mengambil sayur-sayuran hijau terutamanya jenis ulam. Ini kerana ramai kanak-kanak tidak gemar makan sayur kerana mungkin tidak mendapat "model" atau suri teladan dari ibu bapa.

Contoh ulam yang masyhur di negara kita

Petai
Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 70 g, protein 10 g, lemak 1.8 g, karbohidrat 16.9 g, kalsium 126 miligram (mg), fosforus 3 mg, ferum 3.4 mg, natrium 11 mg, kalium 376 mg, vitamin B1 0.15 mg, vitamin B 2 0.2 mg, niasin 0.5 mg dan vitamin C 32.7 mg

Jering
Jering mengandungi khasiat makanan sederhana. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian buah muda mengandungi: air 93 g, protein 3.5 g, karbohidrat 1.7 g, lemak 0.1 g, kalsium 21 miligram (mg), fosforus 25 mg, ferum 0.7 mg, vitamin B1 0.1 mg, vitamin C 12 mg


Pegaga
Maklumat lanjut tentang Ulam

Comments :

2 comments to “PESAKIT BUAH PINGGANG KURANGKAN ULAM”
tajudin said...
on 

ulasan penjelasan kepada artikel yang sangat bagus. saya adalah salah seorang yang paling kerap makan ulam.

info yang sangat berguna YB Dr. tq.

Unknown said...
on 

Salam. Terima kasih En Tajuddin. Apa yang baik dari ALlah dan segala kekurangan bersumber dari saya sendiri.

Tentang cadangan artikel mengenai DNA testing, sedang diusahakan.

Terima kasih.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com