Pray For MH370

Pray For MH370

SARAWAK BERGELAP SELAMA SEJAM: ADA AGENDA LAIN KE?

Baru-baru ini Ketua Menteri mengumumkan cadangan membina beberapa empangan hidro di Sarawak bagi menampung keperluan eletrik. Persoalannya kenapa terlampau banyak empangan yang diperlukan?Isu Empangan Bakun di bawah pembinaan oleh syarikat Ekran masih belum selesai. Ada agenda lain ke?

Hampir seluruh kawasan di Sarawak bergelap

Oleh Saibi Gi

BORNEOPOSTONLINE
KUCHING: Hampir keseluruhan kawasan di negeri ini yang disambungkan dengan grid utama elektrik bergelap mula jam 6.30 petang semalam.

Ketiadaan elektrik berlaku secara berperingkat-peringkat bermula dari selatan ke bahagian utara negeri, tanpa melibatkan Bintulu di kawasan tengah.

Kuching mula bergelap pada jam 6.15 petang, disusuli Sri Aman 6.30, Sibu 6.40 dan Miri 7.30 malam.

Ketiadaan elektrik di bandar raya ini menyebabkan kelancaran lalu lintas jalan raya terjejas berikutan lampu isyarat tidak berfungsi, begitu juga dengan lampu jalan.

Keadaan kembali normal di beberapa tempat di bandar raya ini kira-kira pada jam 7.40 malam.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan ketika dihubungi juga gagal mengesahkan punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan sistem grid utama negeri mengalami masalah.

Pegawai bertugas di talian aduan Syarikat Sesco Bhd pada jam 8.30 malam pula berkata, bekalan elektrik terputus mungkin berpunca daripada kabel di Selangau yang terletak di wilayah tengah.

Sepasukan petugas Sesco dihantar ke sana untuk menyiasat dan membaik pulih.

Beliau juga memberitahu beberapa bahagian di Kuching disambungkan dengan bekalan dari stesen jana kuasa di Sejingkat.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mengesahkan berapa lama keadaan akan pulih.

Sementara itu, Ketua Polis Kuching ACP Wong Wai Loong yang dihubungi berkata, beliau juga cuba menghubungi Sesco tetapi panggilan tidak dijawab.

Tidak ada kejadian jenayah yang dilaporkan ketika beliau dihubungi.

Manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 8.00 malam mengesahkan semua operasi di situ termasuk jadual penerbangan tidak terjejas.

Ketua Jabatan Kardiologi, Hospital Umum Sarawak Dr Sim Kui Hean yang dihubungi pada jam 8.15 malam juga mengesahkan operasi mereka berjalan seperti biasa dengan adanya sumber alternatif.

Kebanyakan kawasan di bandar raya Kuching kembali pulih semula bekalan elek-triknya dari jam 9.35 malam tadi, termasuk pejabat Utusan Borneo di sini.

Comments :

0 comments to “SARAWAK BERGELAP SELAMA SEJAM: ADA AGENDA LAIN KE?”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com