Pray For MH370

Pray For MH370

PERBAHASAN MUSLIMAT DI MUKTAMAR

Tuan Ibrahin Tuan Man

Sesungguhnya perbahasan muslimat bermuktamar agak panas, dengan usul yang dibawa ada yang ditolak. Namun selaku Pemerhati, Pesuruhjaya PAS Pahang mengatakan sesi perbahasan berjalan lancar.


*Usul Ahli Bersekutu

*Usul Penubuhan Dewan Muslimat Muda

*Keruntuhan akhlak



Sumber:Harakahdaily

Perbahasan muslimat amat baik


Roy Rasul


IPOH, 14 Ogos, (Hrkh) Pemerhati daripada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik bagi menyaksi persidangan Dewan Muslimat PAS Pusat ke 48, berkata, pembentangan dan perbahasan berjalan dengan sangat baik.

Menurut Tuan Ibrahim yang mewakili barisan pemerhati itu, para perwakilan yang mengambil bahagian di Muktamar ang berlansung di hotel Hillcity, dekat sini, mengungkapkan pandangan dengan positif.

Katanya, semua pandangan yang dilontarkan itu akan dirumuskan sebagai pelan bertindak selepas ini.

"Bagi pihak jawatankuasa PAS Pusat sangat puas hati dengan perkembangan perbahasan semua walaupun kita ada sedikit kekangan masa sedikit.

"Mungkin banyak perwakilan yang tidak berjaya meluahkan pandangan mereka sepenuhnya oleh tekanan masa itu," katanya.

Sehubungan itu beliau mengucap tahniah di atas kejayaan Dewan Muslimat sehingga berjaya mencipta kemenangan demi kemenangan.

Majlis Syura PAS telah lama putuskan ahli bersekutu


Johari Jaafar


IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Setelah mendapat penjelasan daripada wakil PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa tentangan daripada perwakilan terhadap usul Dewan Muslimat PAS Selangor yang mahu bukan Islam diterima menjadi ahli bersekutu, akhirnya muslimat Selangor bersetuju menyerahkan kepada Majlis Syura' membuat keputusan dan akur terhadap keputusan itu.

Sebelum ini Muslimat Selangor mengusulkan meminta dan menggesa Pusat PAS Pusat PAS Pusat menerima bukan Islam sebagai ahli bersekutu.

Turut berucap membahaskan usul tersebut, Dr.Mariah Mahmud lebih cenderong mahu kelab penyokong PAS dimantapkan terlebih dahulu bagi mengelakkan pandangan yang kurang baik daripada kalangan ahli.

"Ahli bersekutu bagi orang bukan Islam tidak banyak kelebihan, mereka masih tidak boleh mengundi, nanti kita ditohmah hanya mahu menjadikan mereka hanya golongan `kelas kedua," katanya.

"Kita perlu memantap dan mengembangkan kelab penyokong PAs dalam masa yang negatif, sama kita perlu memberikan Majlis Syura' untuk membuat keputusannya, katanya.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam penerangannya kepada para perwakilan memberitahu Majlis Syura' sudah lama membuat keputusan menerima bukan Islam menjadi ahli bersekutu tetapi telah menangguhkan keputusan itu kerana banyak memberikan implikasi yang negatif.

Beliau turut menjelaskan satu seminar mengenai kesan positif dan negatif apabila bukan Islam diterima menjadi ahli penuh.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Muslimat digesa tangani isu keruntuhan akhlak

Nuha Rahim

IPOH,14 Ogos(Hrkh) - Barisan muslimat perlu ke hadapan dalam mengetengahkan isu-isu melibatkan keruntuhan akhlak masyarakat terutamanya dalam usaha mencegah kemungkaran, kata Naib Ketua Dewan Muslimat Negeri Selangor, Mariam Bt Abd Rashid hari ini.

"Sepatutnya, konsert-konsert hiburan seperti Konsert Ella dan Mas Idayu di Selangor serta Konsert Inul mendapat bantahan daripada Dewan Muslimat. Sebaliknya, Dewan Pemuda pula yang terkehadapan membantah konsert ini sedangkan konsert itu melibatkan kaum hawa, "ujarnya dalam sesi pergulungan Dewan Muslimat yang di adakan di Hotel Hillcity, Jalan Gopeng di sini

Sebelum itu, Mariam menegaskan supaya kemenangan yang dicapai dalam pilihanraya umum yang kedua belas yang lalu diisisebaik mungkin

Menurutnya, Allah SWT telah memberi tunjuk ajar kepada kita dalam usaha mengisi kemenangan ini dalam Surah Al-Fath, ayat 1 hingga 4.

"Allah SWT menyuruh kita untuk bertasbih dan memohon ampun atas kemenangan yang diperoleh,"katanya.

Justeru, tambahnya segala perselisihan yang berlaku adalah sebagai satu rahmat untuk semua lapisan masyarakat.

Sementara itu, Naib Ketua Muslimat Kelantan mengajak semua hadirin untuk menilai kembali sumber-sumber kekuatan yang menatijahkan kemenangan dalam pilihanraya lalu.

"Kita perlu membantu untuk menggerakkan jentera dari semua pihak dalam memenuhi segala janji-janji yang pernah kita taburkan dalam pilihanraya yang lalu," tegasnya.

Beliau mencadangkan supaya Dewan Muslimat menjadi ibu angkat bagi negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

"Hal ini mampu merealisasikan impian kita melunaskan janji pada rakyat. Turunlah dua atau tiga kali sebulan agar kita terus berjuang untuk membela rakyat marhaen," katanya
------------------------------------------------------------------------------------------------

Usul penubuhan Dewan Muslimat Muda ditolak


Roy Rasul


IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Usul mengenai Dewan Muslimat Muda yang dibangkit oleh negeri Melaka ditolak oleh perwakilan dalam sidang muktamar Dewan Muslimat Pusat ke-48 yang diadakan di Hotel Hillcity, dekat sini hari ini.

Usul tersebut hanya mendapat sokongan daripada dua negeri iaitu Melaka dan Kelantan.

Wakil daripada Johor, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan yang bangun berucap menolak usul atas alasan Dewan Muslimat Pusat sudah mempunyai unit Nisa'.

Bahkan mereka berpendapat kapasiti yang ada tidak cukup untuk menggerakkannya.

Perwakilan mahu perkasakan Nisa' dan ia perlu diserap dalam dewan-dewan Muslimat seperti di kawasan, negeri, dan Pusat.

Perak bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh Wilayah Persekutuan, dan Johor dan perak juga menolak usul mengenai pembentukan Dewan Muda dan kita perlu perkasa Nisa'.

"Kita juga mmerlukan tenaga orang lama untuk membantu generasi muda bagi menyambung perjuangan Rasulullah untuk menegakkan agama Allah," ucap wakil Perak yang juga Ketua Nisa Perak, Haliza Hamidon.

Sementara itu wakil Kelantan, Mumtaz Mohd Nawi yang menyokong usul tersebut berkata mengapa perwakilan takut untuk menerima dewan baru itu.

Sementera itu, Dewan Muslimat negeri Melaka, berkata menyedari jarak umur Muslimat PAS cukup luas, semestinya wujud corak pemikiran dan tindakan yang berbeza dan kini Dewan Muslimat seakan diungguli golongan yang rata-ratanya berusia 40 tahun ke atas.

Comments :

0 comments to “PERBAHASAN MUSLIMAT DI MUKTAMAR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    2 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com